بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Mengapa sihat minum ais dan air dingin?.* Kerana amalan minum ais dapat menyihatkan jantung. Jantung sebagai sistem penyejuk darah dan akan menambah baik aliran darah kerana cukupnya oksigen. Sebenarnya penawar bagi lemah jantung adalah garam dan ais. Ambil garam pada setiap pagi boleh meningkatkan sifat sabar dan tenang kerana tubuh telah cukup bekalan oksigen. Panas bersifat mengubah, memecah, mengurai dan memindahkan tenaga. Minum air garam bersama ais atau air dingin diawal pagi ketika perut kosong akan menambah kesan elektrolit dan ion negatif dalam darah sebagai pembawa bekalan oksigen. Ini adalah fakta yang tidak terbantahkan lagi. Sangat merbahaya ketika awal pagi perut yang sedang panas dan dipenuhi dengan gas dan asid dimarakkan lagi dengan air suam. Apa akan jadi pada jantung ketika bersukan dan dalam keadaan kita dahaga kita terus minum air suam. Air suam tidak akan menghilangkan dahaga. Air suam tidak menyegarkan. Air suam tidak sesuai dalam situasi itu. Secara alamiah sifat rohani dalam tubuh dengan sendirinya akan tertarik pada air yang dingin apatah lagi yang berais. *Kenapa makruh mengambil air sembahyang yang dalam keadaan air panas?* Kerana air yang terkena panas cahaya matahari keadaan molekulnya akan berserakan secara rawak dan tidak dapat menyusun getaran niat. Air panas suam itu adalah air mati yang tidak memiliki resonansi dan bersifat memecah berbanding air dingin bersifat menyusun dan membina.
Dapatlah disimpulkan bahawa meminum air dingin memberi masa kepada sistem pencernaan membina dan membangunkan zat untuk keperluan sel-sel tubuh dan yang selebihnya adalah untuk tenaga. Sebaliknya jika minum air panas suam kerja metabolisma terlalu aktif dan cepat dan kebanyakkan zat terus ditukar menjadi gas dan ini mengurangkan oksigen dalam darah. Ini sangat merugikan malah memudaratkan pencernaan. Hakikatnya sel memerlukan keseimbangan zat dan tenaga. Seperti buah pisang yang terlalu cepat teroksik menjadi gas. Kerana terurai tenaganya sebelum sempat digunakan. Berbeza dengan buah kurma lebih tahan lama untuk tersimpan dihati dan akan memberi tenaga tambahan apabila diperlukan juga dalam jangka masa panjang. Terlalu banyak minum air juga tidak baik jika tidak dahaga apatah lagi air suam.
*Mitos ais dan air dingin*. Kononnya akan buat urat masuk angin dan kembang. Apatah lagi banyak mitos ketika wanita selepas bersalin dalam waktu berpantang. Sebenarnya ais akan menyerap gas yang memberi kesan panas dalam perut secara berlebihan. Makanan yang sejuk seperti buah-buahan dan sayuran akan berlawan dengan gas panas dan membuat perut kembung. Seperti sayur kangkung dan kacang panjang yang bersifat sejuk dan menyejukkan darah. Orang tua zaman dulu lupa yang mereka makan ubi kayu, pisang, mangga dan banyak lagi buah dan sayur yang bersifat sejuk. Ais dan air dingin tidak memberi kesan sejuk *SECARA TERUS* apabila masuk ke dalam tubuh. Bermakna ais menyeimbangkan darah yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Dalam keadaan biasa suhu darah panas dan suhu tulang mesti sejuk. Berbeza dengan orang demam keadaan suhu darah bertukar atau terbalik menjadi sejuk tetapi otot dan tulang pula bertukar panas. Semua punca demam berkaitan makanan dan minuman dan muncullah jangkitan dari berbagai jenis kuman dan virus. Asid dan racun bertoksik dari kuman inilah penyebab panas dan demam. Waktu inilah ais lebih diperlukan sebagai sistem penyejuk tubuh. Sebab itu jugalah kenapa orang demam amat takut dengan riaksi air sejuk yang terasa menyucuk menangkap sampai ke tulang yang panas. Kita kembali sihat apabila suhu normal darah kembali panas dan tulang kembali sejuk. Jelas bahawa logik akal tahap luaran sahaja tidak membantu untuk kita memahami hal dasar riaksi kimia secara dalaman mengikut sistem tubuh.
Bermakna ais atau air dingin akan memberikan kesan keseimbangan suhu darah yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Air yang dipanaskan atau dimasak dan kita minum dalam keadaan suam adalah yang sudah bersifat mati dan tidak lagi memberikan kesan keseimbangan. Air laut yang masin selaut mati itu juga sudah bersifat mati dan tidak aktif lagi. Tidak ada kehidupan seperti batu karang sekalipun. Air laut mati dalam keadaan panas akan memberi kesan apungan kerana kurangnya oksigen. Yang tidak faham akan buat terapi mandian dan mengambilnya untuk tujuan garam kosmetik yang kononnya untuk rawatan kulit. Itulah peninggalan sisa zat zat dosa manusia terdahulu. Moga warga CVT dan para pengamalnya lebih mantap dengan fakta dan kebenaran berilmu.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment