بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam semua warga CVT yang dikasihi. Nampaknya saya terpaksa bersuara mengenai isu dana-dana mat jenin yang sudah lama beredar. Saya terpaksa bercakap secara jelas dan bukan berlapik-lapik kata lagi. Sebab takut menjadi salah faham dan ingat saya memberi galakkan. Sebenarnya sudah lebih 4000 laporan polis telah dibuat. *Kes jelas satu skim penipuan*. Segala-galanya bermain dengan psikologi. Rasa tamak sebab nak jadi jutawan. Akal fikiran tidak mampu digunakan Iagi. Nafsu melenyapkan akal. Yang terlibat bukan orang biasa malah ramai yang profesional. Bijak pandai semua itu. Konon dana waris harta orang melayu tersimpan di luar negara. Bukti simpanan triliun ringgit. Bukti-bukti palsu semua boleh dibuat. Itu yang menyakinkan mangsa. Surat kebenaran masuk dari bank negara. Lebih hebat lagi dakwaan nama pelaburan ‘’dana rezab pelaburan negara’’. Bukan dana Tan Sri haji pahamin atau tok kelana yang bersifat Akaun peribadi dan sebagainya. Urusan transfer dari bank negara secara akaun peribadi pun kita tahu tidak sah. Kan dah ada contoh. Dah kena penjara lagi. Ada banyak jenis pelaburan dengan nama dana disesuaikan dengan mangsa dan tempat.
Duit nak APPEAR. Itu ayat maut. Konon dah keluar surat approve. Ooooh sungguh dramatik. Tu yang buat berdebar rasa dan gigih menunggu walaupun dapur dah tidak berasap. Tidak buat sebarang kerja dah. Dalam tidak sedar Aura sial semakin menebal. Saya nampak jelas. Tidak percaya ambil NW 1 dan fokus pada wajah mangsa. Nak beli susu anak pun dah tak ada duit. Berdepan dengan saya kaku seribu bahasa. *Tidak sampai hati nak tegur*. *Itu salah saya*. Walaupun ada yang dah tidak mengharap sebab dah penat menunggu. Itu kata hati sahaja. Tapi tetap tambah dana bila diminta. Macam dah kena sihir. Sebenarnya otak dah kaku dan lembab. Funder kutip dan kutip terus. Selepas saya bagi nasihat dan teguran ini akan ramai yang marah dan melenting konon kata saya tidak tahu apa-apa. Sebab mereka ini yang tengok dengan mata kepala sendiri pada skrin dah appaear. Mereka bermesyuarat sesama pemimpin. Setakat dah lihat walaupun dah appear tapi sekejup lagi padam dan entah hilang ke mana. Konon sistem tidak cukup kuat support untuk reflect maka kena tambah kuat dana akaun penerima dan pay master perlu task bantuan dana lagi.
Sekali kutip banyak juta. Kutip lagi. Kutip cepat betul tapi funder hilang tidak dapat dikesan. Lepas tu muncul lagi dengan selawat dan macam-macam ayat suci yang memukau. Bakal bakal jutawan pun bersabarlah. *INI YANG DIKATAKAN NASI DAH JADI BUBUR*. Peluang menambah saguhati yang mula-mula sikit. Loyalty makin tambah hingga yang ada duit habis dalam simpanan. Moga semua warga CVT dapat diselamatkan. Jauhi funder yang dah jadi darah daging sebagai penipu. *Ada yang menjadi leader yang kena tipu atas tipu*. Kasihan saya lihat. Ada juga warga cvt yang terlibat. Penat saya bina dan didik menjadi ahli perubatan. Alih- alih ke lain. Wajah lesu dan lemah sudah tidak berdaya. Kerja mulia ditinggalkan. Redha dan baliklah ke pangkal jalan. Rugi duit sikit takpa. Duit boleh cari lain. Yang paling berharga sebagai manusia adalah maruah dan harga kemuliaan diri. Modus operandi macam nampak suci dalam debu yang konon suruh zikir tidak henti-henti. Musuh bersembunyi dan guna nama kita. Sekarang sudah terdesak masuk dalam group. Saya bersyukur masih ada pengamal cvt yang bijaksana tetap terselamat. Mari sama-sama kita saling ingat dan mengingati ya!!.
*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab*
No comments:
Post a Comment