Saturday, April 20, 2024

Ilmiah CVT Malaysia


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seumpama matinya semut kerana gula. Tapi gula yang mana. Gula yang sudah ada bahan kimia. Apapun jenis gula tetap akan bertukar menjadi tenaga. Protein dan lemak jika berlebihan menjadi racun atau menjadi toksin. Itu lebih bahaya dari gula. Gula masih boleh menjadi keperluan antioksidan. Gula sihat sebenarnya juga bersifat antioksidan. Bukan sahaja gula menjadi tenaga malah racun yang seiring dengan gula boleh ditukar menjadi tenaga yang baru atau menjadi ubat. Tubuh letih dan stress. Padahal gula tinggi di dalam darah. Tapi dalam sel tidak cukup gula dan sel lemah tidak bertenaga.


Perut yang besar atau buncit tanda zat lemak dan protein yang berlebihan sudah menjadi racun. Itu juga tanda urik asid lebih banyak berbanding gula. Biarlah besar pinggul tanda hormon sihat. Lebih banyak protein dan lemak maka lebih beban pada gula terpaksa bekerja. Tidak cukup gula semua racun yang melambak di dalam darah akan menjadi gas dan badan penuh angin. Buat kita jadi serba salah jika tidak cukup panduan ilmu. Ubat gastrik secara teknikal akan membantu. *NW 15 pankreas lebih tepat adalah pengubah gas menjadi tenaga semula*. *Selain NW 12 dan NW 14* melainkan cukup gula. Lebih banyak gula tetapi kurang zat protein dan lemak maka massa atau otot menjadi mengecut dan mengecil. Seperti orang kelaparan kerana tiada makanan. Bermakna semua perlu seimbang. Yang pasti zat gula, garam dan air kosong tidak akan basi dan tiada tarikh tamat tempoh dan sentiasa selamat.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment