Monday, April 1, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 02.04.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gejala gula tinggi dalam darah. Protein menempel dibahagian luar hemoglobin. Saluran darah mengeras dan kaki mudah hitam. Risiko gangrean pada bahagian bawah. Serangan dibahagian kaki. Berbeza gula dalam darah rendah serangan dibahagian kepala. Darah rendah lebih pada serangan ke otak dan berpotensi kena stroke. Gula tinggi akan memberi alahan pada protein yang menjadi toksin pada hempedu. Hempedu yang bertoksik akan menarik kuman dan terjadi jangkitan penyebab nanah dan gangrean. Asid atau air bisa merosakkan tisu kulit. Urat akan mengeras secara memanjang. Kebas dan hilang sensasi rasa pada hujung jari kaki dan tangan. Itu tanda jelas gula sudah terlalu tinggi. Tetapi gula tetap tidak akan menjadi toksik seperti mana madu. Gula tidak akan berubah menjadi basi atau menjadi racun. Semak paras gula berkali-kali dalam sehari hanya akan menambah bacaan gula semakin tinggi. Sebab kita semakin tertekan dengan keputusan bacaan. Lebih baik lakukan terapi dan selidiki alahan makanan setiap hari. Buat rekod dan cacatan makanan yang mana kita alah agar tidak berterusan membuat silap lagi.


Secara fizikal bahagian kaki mesti kuat untuk terapi kes gula tinggi. Kita lakukan gerakan otot. Apa gunanya kita semak bacaan gula dalam darah tetapi tidak menjaga mulut. Mengunyah lama makanan dimulut akan memperkaya enzim. Enzim pada air liur inilah yang akan menyihatkan pankreas dan kekuatan insulin. Pantau gula bukan senang. Gula tetap ada dimana-mana. Pantaulah zat protein dan lemak alahan. Yang masih mampu kita pantau dan kawal adalah daya akal fikiran kita. Jangan ikutkan hati. *Usahakan tidak berfikir secara overthinking*. Hormon stress dari otak iaitu kartisol akan melemahkan insulin. Yang hendak dirawat adalah insulin. Terlebih ambil insulin tiruan badan akan tambah gemuk pula. Yang hendak dipulihkan adalah organ pankreas. Insulin dan pankreas akan menambah kecerdasan berfikir. Fikiran yang cerdas akan membuat kita nyaman. Kita bukan nak jadi pandai atau cerdik. Kita mahu cerdas. Berfikir pantas untuk mendapatkan jawapan.


Orang yang tidak makan sebarang jenis ikan akan lebih selamat dan cerdas. Umur panjang jika tidak makan ikan. Banyak protein alahan didalam ikan. ltulah rahsia besar Tun Dr Mahathir yang tidak makan ikan. Saya alah pada banyak jenis ikan terutamanya ikan tenggiri. Orang yang lebih makan sayur tidak akan membuat gula melonjak mendadak. ltu cara mengawal gula. Perlu diingat SEMUA zat akan menjadi gula. BUAH yang kita alah akan melonjakkan gula dalam darah. Gembirakan hati, ketawa dan menyanyi akan melahap gula. ltulah cara menggunakan gula dan bukan hanya mengawalnya sahaja. Yang perlukan gula adalah sel. *SEL dan TENAGA*. Tetapi gula berlambak di dalam darah. Walaubagaimanapun darah perlu gula untuk kerja teknikal dalam aliran darah. Gula dalam darah yang seimbang perlu melancarkan aliran darah. Gula sebagai bahan pelincir untuk aliran darah. Gula akan membunuh kuman. Gula dalam darah akan melawan jangkitan. Gula akan mencairkan darah yang pekat. Tanda gula terkendali adalah dapat mengawal kencing. Kencing berkali-kali akan membuat badan kurus. Walaupun perut tidak buncit tapi jika berat badan terus turun juga tanda gula tinggi dalam darah.


Olahraga yang berat dan terlalu banyak hanya akan meningkatkan adrenalin dan menambah gula. Gerakkan perlu sederhana sahaja untuk membakar kalori dan gula. Kawal pernafasan akan membakar gula dan sekaligus menyerap gas dalam aliran darah. Gula tinggi berisiko dapat jangkitan jika terkena Iuka dan kecederaan. Gula lambat sembuh dan boleh menjadi gangrean. Tumpuan pada kaki. Saluran darah dibahagian kaki sempit. Level fizikal berisiko hadapi gula tinggi yang serius. Lebih kerap nak buang air kecil. Penurunan berat badan tanpa sebab yang kukuh. Rasa kebas hilang rasa pada bahagian kaki. Berbeza gula darah rendah yang diserang pada muka menjadi kebas. Senaman ringan sahaja iaitu pada sebelah petang untuk menguatkan otot-otot dan tulang. Senaman awal pagi ketika berpuasa amat meletihkan dan bahaya pada jantung jika tidak cukup gula. *NW 14 hempedu untuk mengeringkan dan mengawal jangkitan pada kes gangrean*.


Moga kita dapat membezakan dengan jelas tanda secara fizikal yang mana gula tinggi atau yang mana gula rendah. Jika masih menyemak bacaan gula kita akan tertipu kerana bacaan gula tetap tinggi walaupun sebenarnya kita menghadapi gejala penyakit gula rendah. Moga semua warga CVT jauh lebih cerdas memahami dan cara mengendalikan isu gula dalam darah ini. Kesimpulannya bukan gula yang bahaya. Gula adalah bahan asas tenaga pada tubuh secara semulajadi. Kita sudah tertipu. *Yang bahaya adalah alahan protein dan lemak yang berlebihan*. Gula yang dipersalahkan. Gula dijadikan kambing hitam. Yang pasti apabila paras gula rendah dan itulah yang sebenarnya amat bahaya. Tidak ada sesiapapun bertambah sihat setelah mengawal ketat gula. Kerana gula tetap ada di mana-mana di dalam zat makanan. Tetapi jika tabiat mengambil gula sudah menjadi ketagihan seperti 4 sudu makan dalam satu cawan kopi beberapa kali dalam sehari dan itu sudah keterlaluan. Tetapi andai kita tahu dan tidak mengambil mana-mana protein dan lemak alahan termasuk dalam sayuran dan buah-buahan saya yakin kita tetap akan selamat. Satu hari nanti dunia perubatan akan lebih takut pada zat-zat alahan dan tidak berani nak menyalahkan gula semata-mata.


*Bersambung….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment