Tuesday, September 5, 2023

Madu adalah gula organik yang terbaik

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Madu adalah gula organik yang terbaik*. Madu akan rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Madu juga tidak boleh dipanaskan atau dimasak. Pada suhu panas madu akan rosak total dan bertukar menjadi GULA BIASA yang sudah kehilangan zat. Madu boleh dimasukkan ke dalam minuman seperti teh dan kopi. Sebaiknya madu dimasukkan pada suhu yang suam yang boleh kita terus minum. Namun gula batu masih tetap bertahan dalam air panas. Madu yang bukan asli sukar untuk larut dalam air sejuk. Juga madu yang disimpan didalam peti sejuk yang membeku dan susah untuk dilarutkan. Madu asli tidak akan mudah beku jika disimpan didalam peti ais. Tetapi tetap tidak sesuai jika disimpan didalam peti sejuk. Madu yang asli jika diminum akan memanaskan darah dan baik untuk kesihatan darah. Aliran darah akan menjadi lebih lancar. Tidak perlu ambil ubat cair darah. Tetapi pastikan madu tetap asli.


Sebaiknya beli madu ditempat pengusaha lebah bela yang pasti keaslian madunya. Madu gunung atau pokok tinggi seperti madu tualang tetap sama dengan kualiti madu lebah yang dibela. Yang membezakannya adalah rasa sesuai dengan bunga yang berdekatan dengan habitat lebah itu dibela. Kebanyakkan madu dari arab atau madu yaman adalah madu yang diragui keasliannya kerana ia diimport dari Indonesia atau Malaysia yang sudah dicampurkan dengan gula. Kes sebegini sangat menganiaya kesihatan kita jika ambil secara berterusan. *Jadikan gula asas untuk membangkitkan sifat BERANI dan penuh YAKIN*. Sifat ini sahaja yang mampu kita menundukkan hasutan segala perkara ghaib.


Gula amat luas menguasai sistem tubuh kita. Asas gula untuk tenaga kekuatan bahagian kaki. Walaupun gula relatif beriaksi pada waktu petang namun boleh sahaja diambil bermula dari waktu pagi bersama karbohaidrat yang lain. Lebih diperlukan lagi diambil sebelum makan zat lemak dan protein di waktu tengahari. Sebab itu senaman berjalan laju pada sebelah petang amat sesuai. Tidak perlu berlari seperti berjogging.


Doa saya moga semua warga CVT diberi kasih kurnia dan mendapat keselamatan dan menjadi pilihan Tuhan menuju kembali ke taman syurgaNya. Alhamdulillah. Ameen.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment