Sunday, February 23, 2020

Keperibadian seseorang daripada karektor

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbicara tentang keperibadian seseorang tidak ada yang sama walaupun dilahirkan pada tarikh dan waktu yang sama. Bagi yang mahu berfikir akan mengkaji secara luas bermula dari bentuk muka dan kepala. *Hakikatnya panduan mesti disusun dalam empat unsur iaitu nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon agar tidak bercelaru.* Umpamanya telinga pada setiap individu juga tidak pernah ada yang sama. Bentuk dan warna, mata dan corak retina pada anak mata juga boleh menentukan kegagalan sistem tubuh dan karakter seseorang. Dan ini juga tidak pernah sama pada setiap orang. Apatah lagi dapat dibezakan bentuk hidung, mata, kening, dagu, dahi dan lain-lain. Corak rambut, janggut dan misai juga tersendiri. Belum lagi dilihat secara menyeluruh bentuk tubuh dari segi saiz dan sebagainya. Warna kulit juga sangat mempengaruhi karakter. Begitulah unik anak cucu adam yang diciptakan dari tanah liat hitam yang dibentuk dan diberi roh mengikut perincian yang tersendiri. Yang sama walaupun warna kulit berbeza tetapi tetap sama adalah warna kuku tetap putih kemerahan.

Cara berjalan dengan gaya percakapan dan intonasi suara juga amat mempengaruhi perjalanan hidup. Cara berfikir mempengaruhi kekuatan keimanan pada kepercayaan dan keyakinan diri juga mencorakkan maruah dan harga diri. Bermakna yang mengenal diri melalui akal dan kuasa berfikir dapat memperbaiki diri dan mampu mengubah ketentuan nasib. Melainkan sememangnya ia dilahirkan menjadi sangat malang dan cenderung ke arah sial dari satu ketentuan keturunan yang tidak baik. Namun untuk mengubahnya kita hanya perlu *redha dan BERSYUKUR.* Orang yang berjaya melalui ujian sebenarnya selalu mengucapkan syukur dan terus bersyukur. Itulah kunci mengubah nasib yang buruk. Oleh itu di larang menentukan nasib seseorang melalui pemetaan tarikh lahir dan angka-angka melainkan sekadar panduan menentukan sistem tubuh dan mengenal karakter dan identiti keperibadian sahaja. Soal jodoh, rezeki, dan ajal maut tidak berkaitan untuk dikongsi.

*Dengan angka dan warna yang mempengaruhi kesihatan juga sangat mempengaruhi AKHLAK.* Umpamanya mereka yang banyak angka 6 iaitu hitam mewakili tanah atau karbon. Rahsia tanah adalah asas kepada semua kejadian unsur yang lain. Beruntung mereka yang ada angka 6 ini. Atau jika tidak kenal diri dan tidak akan ada rasa nak bersyukur maka angka 6 ini akan hilang ghaib ditelan masa. Maka 6 itu akan mudah mendapat gangguan makhluk halus yang iri hati dengan sifat hakikat tanah yang makrifat pada kejadian manusia. 6 itu simbolik material kekayaan atau kebendaan dari tanah atau sebaliknya. Oleh itu perlu positif dalam membaca dan merawat kesihatan tulang jika mahukan hakikat 6 menjadi nyata. Musuh utama no 6 ini adalah keloh kesah. Amat bijaksana pada yang membaca pemetaan tarikh lahir dapat menterjemahkan secara positif pada setiap rangkaian angka-angka pada diri seseorang. Jika di baca secara buruk kelak membawa kepada keburukkan. *Jelas bahawa mengenal diri secara berilmu dengan menjaga AKHLAK sekaligus dapat menjaga tahap kesihatan dan itulah cara kita mengubah nasib yang buruk.*

*Oleh itu beruntunglah pada individu yang mampu membaca dan mengubah diri pada semua sudut secara positif dan mengelakkan minda dari terhasut dengan kejahatan syaitan yang sentiasa mendorong kepada musibah dan kemiskinan.* *Perhatian.* *Tajuk Kelas Asas Eksklusif kenal diri pada 8 hb March 2020 ini juga akan  memberi penekanan pada tajuk pemetaan tarikh lahir.*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment