*-ILMIAH CVTSB-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sungguh hebat kulit sebagai organ kederiaan yang pelbagai guna dan sensasi. Berbanding organ deria hidung, mata dan lidah. Kulit menyimpan banyak memori dalam pigmen dermis dan epidermis. Sementara kita hidup, kulit merupakan organ terbesar, tercanggih dan paling sensitif. Kulit sentiasa berinteraksi cekap dengan otak dan menerima ransangan dari luar dan dalam. Mengimbangi suhu, mengawal peluh. Reseptor dari akar rerambut sebagai antena pengesan pergerakan apa sahaja dipersekitaran. Sebab itu si buta lebih peka mata hatinya yang sentiasa berinteraksi dengan kulit. Si buta mempunyai sensor kepekaan kulit paling nipis pada hujung jari jemari untuk membaca brail. Si buta sebenarnya dibantu dengan pengaruh deria kulit dan dapat di tukar menjadi bunyi pada telinga. Si buta masih tidak pekak. Namun si bisu akan menjadi pekak dan kurang daya interaksi. Jadi janganlah dihina si buta. Kulit akan menterjemahkan ketetapan DNA dalam peristiwa yang baik lagi murni bagi yang menjaga kebersihan kulit.
5 kali sehari dalam rahsia besar mengambil air sembahyang adalah merangsang sensori kulit dalam memori air. Kulit mengerti dan sentiasa memberi stimulus dan implus gerak balas yang sangat peka. Ketajaman minda bergantung pada kelainan deria kulit yang dapat menerima cahaya dan menukar zat seperti zat vitamin D untuk tulang. Jelas kulit dengan rahsia cahaya dan bunyi saling berinteraksi. Setiap orang memiliki bau kulit yang tersendiri dan berubah mengikut emosinya. Kulit bayi amat sensitif untuk menerima sentuhan kasih dari si penyayang yang murah rezeki dan dikasihi Allaah. NW untuk kulit adalah 14 hempedu dan 12 hati. Setelah mati memori khazanah maklumat DNA kita dari kulit berpindah ke tulang dan bila dibangkitkan semula kulit akan menjadi saksi berinteraksi itu benar. *CVT dengan konsep kederiaan, shower gel, T-Tree Cleanser, HDI dan kaedah CVT mengambil rahsian ini.*
Sel kulit mati perlu di singkirkan secara semulajadi dengan air. Itulah rahsia mengambil wudhu. Itulah pelembab yang paling selamat. Namun garam dalam hdi sangat efektif meluruhkan sel-sel mati yang lama melekat di dasar kulit. Pernah berlaku dalam tempat rendaman dijumpai setengah kilo sel kulit mati yang menyerupai habuk papan. Pesakit itu telah melalui kemoterapi bagi kes kaser tahap 4. Bayangkan begitu sukarnya kehidupan pesakit ini. Perlupusan secara paksa untuk menyingkirkan sel kulit adalah tidak di galakkan. Waktu kita tidur sel-sel kulit kita amat banyak yang gugur. Tempat tidur harus di kibas selalu agar sel sel kulit mati tidak membawa maklumat mimpi yang buruk dan mengerikan. Sifat ikhlas sangat signifikan dengan kesihatan hati. Umpamanya peribahasa BURUK SIKU. Itulah makna mendalam orang yang sudah memberi dan meminta semula. Jelas tiada keikhlasan dan nanti buruklah kulit khasnya di bahagian yang banyak urik asid seperti disiku. Cuba lihat SIKU masing-masing.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment