Tuesday, May 28, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 29.05.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebenarnya kejayaan daIam bidang perubatan bukan pada peralatan dan teknologinya lagi. Ini sudah terbukti. Masih di tahap lama menambah kompleks dalam menamakan penjenisan penyakit. Ubat-ubatan dan kaedah merawat masih tidak ke arah penyembuhan. Sebenarnya siapa yang dapat *MENGUASAI ILMU QUANTUM PENYEMBUH* itulah yang akan menjadi perawat sejati. Itu sangat memihak pada konsep CVT. Saya menaruh harapan dan cukup yakin dengan kebolehan para pengamal saya yang semakin mantap sehingga kini terus fokus dan konsisten. Segala-galanya berkisar pada persoalan ENERGI dan ROH. Walaupun dalam bidang biologi moden tidak ada istilahnya ini. Sebatang pokok yang rosak juga boleh merawat dirinya sendiri. Begitu juga haiwan seperti kucing dan sebagainya mampu merawat diri mereka sendiri. Apakah kita manusia yang berakal hanya mampu meredakan penyakit dan memelihara sebuah energi penyakit sampai ke akhir hayat??. Ini sungguh tidak masuk akal. 

Kelebihan seekor kucing umpamanya tahu mana jenis makanan yang akan memberikan alahan. Dengan hanya mencium bau makanan itu. Kepekaan semulajadi yang Allaah berikan pada seekor haiwan yang tidak cukup berakal berbeza seperti manusia. Jika termakan juga makanan yang bertoksin maka kucing akan segera memuntahkan semula makanan alahan itu. Sedangkan kucing tidak akan terjejas perutnya jika termakan makanan kotor. Kuat sungguh antibodi kucing dan haiwan yang lain. Sebab haiwan kurang berakal maka kuranglah tekanan fikiran yang boleh menjejaskan antibodi di pencernaannya. Tetapi tetap alah dengan yang sudah basi dan boleh buat kembong juga. Susah nak jumpa kucing dyrea. Muntah dan dyrea pada kita adalah cara semulajadi tubuh mengeluarkan racun. Jangan panik. Kita ada *ACACIA* yang amat berkesan untuk mencuci usus kecil dan usus besar. Jagalah kesihatan usus dengan *ACACIA*. 

*Syabas pada yang serta merta membuat keputusan untuk menyertai kursus peringkat tertinggi NOV ini*. *Tuhan yang memilih kita*.


*BERSAMBUNG….*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Monday, May 27, 2024

Cvt akan mengadakan kursus profesional tertinggi

 *-PENGUMUMAN-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*CVT akan mengadakan KURSUS PROFESIONAL TERTINGGI*. Tidak terikat menjadi pakar dalam satu bidang yang khusus sahaja. Pengamal CVT harus menguasai banyak bidang selain biologi. Bidang falsafah dan psikologi. Tahu tentang fizik asas dan kimia mengenai atom. Prospek yang cemerlang di masa depan dalam bidang perawatan quantum fizik. Fizik dan hukum tenaga. Kajian zat dan Alahan pemakanan. Perubahan kimia menghasilkan zat baru, penyusunan ulang atom. Molekul ion. Riaksi kimia gas. Zat kimia dan sifat-sifat. Kereaktifan. Oksidasi. Unsur beracun. Juga asas yang perlu dipelajari. 


*Visi menjadi pengamal QUANTUM CVT*. Menambah jumlah pengetahuan dan kemahiran yang praktikal. Ilmu berdasarkan teori kepercayaan dan pengalaman. Kerana fakta belum tentu benar. Baik yang dapat dijelaskan atau tidak. Yang digunakan untuk tujuan penyembuhan berbagai jenis penyakit misteri. Diagnosis riwayat penyakit terdahulu dan terkini sesuan dengan program quantum DNA matrik tarikh lahir. Berbeza dengan perubatan saintifik. Inilah kuantum ilmu terhingga tetapi tak terbatas. Visi menuju bidang perubatan alternatif yang paling QUANTUM ENERGI. Demi kesejahteraan ummah dan kemanusiaan. Sains, agama dan falsafah saling bersaing dan tidak terpisahkan. Fizik moden amat berbeza dengan fizik quantum. Semua menjadi YAKIN dan PERAYA. Ilmu jarak jauh umpamanya. Semua ini buat kita tertarik nak tahu. Tapi fikiran tidak cukup cerdas. Semakin faham fizik moden malah akan semakin keliru nak faham fizik quantum ini.


Hal berkaitan kecerdasan spiritual. Hal tentang kemanusiaan dan ketuhanan. Ilmu kuantum kenal diri mengkaji segala hal khazanah tersembunyi. Fenomena perlu pengamatan dan fokus. Segala hal alam tabiie kembali pada Al-Quran dan kitab kitab terdahulu. Falsafah keilmuan Ibnu sina dan Imam Al-Ghazali perlu dihayati. Semua saling berhubungan dalam satu masa. Semua saling berinteraksi daIam keserentakkan masa. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Ada yang mendapat kasih karunia yang suci. Pengalaman telah membuktikan jelas bahawa pengamal yang melanggar hukum telah tersingkir dengan sendirinya. Pengamal spiritual kuantum jika ingin menjadi penyembuh perlu bebas dari segala dosa besar mahupun yang terkecil. Hidup sentiasa diuji dan mudah baginya untuk melepasinya. Tiada keluhan dan dukacita. Semua ikhlas tanpa buruk sangka.


Nak jadi manusia sejati. Takut buat salah. Tahu bahawa diri sentiasa diperhati. Tahu tuhan amat dekat. Takut dan malu pada tuhan. Takut rasa bersalah pada tuhan. Doa pengakuan dosa cara mengingati tuhan. Tidak pernah memandang diri lebih baik dari orang lain. Sentiasa beringat dan mengingati diri. Istighfar tak henti-henti. Dunia luar yang kecil tidak mampu menipu diri. Dunia dalam diri lebih besar dari segalanya. Sebaiknya untuk menjadi pengamal Spiritual CVT perlu mencapai umur melepasi umur dewasa dan matang. Sentiasa ingat sebagai pemegang amanah. Menjadi pengingat pada orang lain secara bijaksana. Sentiasa ingat akan peranan hidup yang positif pada masyarakat. Hidup berkomuniti. Tidak boleh bersembunyi dan menghindari dari bersemuka berdepan dengan dunia yang penuh ujian. Tidak takut diuji MALAH MENUNGGU UJIAN SEBAGAI PEMBANGKIT JATI DIRI. Cabaran dunia adalah nikmat rasa dan lazatnya kehidupan. Tidak boleh mementingkan diri sendiri. Melakukan kerana berkepentingan tanda tidak ikhlas. Lakukan kerana semata-mata tuhan. Merawat dan membuktikan kemahakuasan tuhan Sang penyembuh. Tidak ada rasa takut pada dunia kebendaan. Yang ditakuti hanya dosa dan tuhan. Tidak sanggup meghampakan tuhan. Tidak tergamak melukakan hati tuhan. Kasihnya pada tuhan bersifat sejati. Tiada musuh yang menjadi dendam malah kod rahsia jati diri adalah sentiasa mendoakan musuh yang menyakiti. Hanya yang sihat dalam semua sifat akan diangkat martabatnya untuk menjadi perawat  quantum cemerlang.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, May 16, 2024

Terapi Mandian Fullmoon cvt bagi bulan Mei 2024

 




👆🏻👆🏻👆🏻Salam pada semua warga CVT yang dikasihi, Tempahan *MANDIAN FULLMOON MAY 2024 kini telah dibuka*



Wednesday, May 15, 2024

Ilmiah cvt malaysia 🇲🇾 15 Mei 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Mengapa sihat minum ais dan air dingin?.* Kerana amalan minum ais dapat menyihatkan jantung. Jantung sebagai sistem penyejuk darah dan akan menambah baik aliran darah kerana cukupnya oksigen. Sebenarnya penawar bagi lemah jantung adalah garam dan ais. Ambil garam pada setiap pagi boleh meningkatkan sifat sabar dan tenang kerana tubuh telah cukup bekalan oksigen. Panas bersifat mengubah, memecah, mengurai dan memindahkan tenaga. Minum air garam bersama ais atau air dingin diawal pagi ketika perut kosong akan menambah kesan elektrolit dan ion negatif dalam darah sebagai pembawa  bekalan oksigen. Ini adalah fakta yang tidak terbantahkan lagi. Sangat merbahaya ketika awal pagi perut yang sedang panas dan dipenuhi dengan gas dan asid dimarakkan lagi dengan air suam. Apa akan jadi pada jantung ketika bersukan dan dalam keadaan kita dahaga kita terus minum air suam. Air suam tidak akan menghilangkan dahaga. Air suam tidak menyegarkan. Air suam tidak sesuai dalam situasi itu. Secara alamiah sifat rohani dalam tubuh dengan sendirinya akan tertarik pada air yang dingin apatah lagi yang berais. *Kenapa makruh mengambil air sembahyang yang dalam keadaan air panas?* Kerana air yang terkena panas cahaya matahari keadaan molekulnya akan berserakan secara rawak dan tidak dapat menyusun getaran niat. Air panas suam itu adalah air mati yang tidak memiliki resonansi dan bersifat memecah berbanding air dingin bersifat menyusun dan membina.


Dapatlah disimpulkan bahawa meminum air dingin memberi masa kepada sistem pencernaan membina dan membangunkan zat untuk keperluan sel-sel tubuh dan yang selebihnya adalah untuk tenaga. Sebaliknya jika minum air panas suam kerja metabolisma terlalu aktif dan cepat dan kebanyakkan zat terus ditukar menjadi gas dan ini mengurangkan oksigen dalam darah. Ini sangat merugikan malah memudaratkan pencernaan. Hakikatnya sel memerlukan keseimbangan zat dan tenaga. Seperti buah pisang yang terlalu cepat teroksik menjadi gas. Kerana terurai tenaganya sebelum sempat digunakan. Berbeza dengan buah kurma lebih tahan lama untuk tersimpan dihati dan akan memberi tenaga tambahan apabila diperlukan juga dalam jangka masa panjang. Terlalu banyak minum air juga tidak baik jika tidak dahaga apatah lagi air suam.


*Mitos ais dan air dingin*. Kononnya akan buat urat masuk angin dan kembang. Apatah lagi banyak mitos ketika wanita selepas bersalin dalam waktu berpantang. Sebenarnya ais akan menyerap gas yang memberi kesan panas dalam perut secara berlebihan. Makanan yang sejuk seperti buah-buahan dan sayuran akan berlawan dengan gas panas dan membuat perut kembung. Seperti sayur kangkung dan kacang panjang yang bersifat sejuk dan menyejukkan darah. Orang tua zaman dulu lupa yang mereka makan ubi kayu, pisang, mangga dan banyak lagi buah dan sayur yang bersifat sejuk. Ais dan air dingin tidak memberi kesan sejuk *SECARA TERUS* apabila masuk ke dalam tubuh. Bermakna ais menyeimbangkan darah yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Dalam keadaan biasa suhu darah panas dan suhu tulang mesti sejuk. Berbeza dengan orang demam keadaan suhu darah bertukar atau terbalik menjadi sejuk tetapi otot dan tulang pula bertukar panas. Semua punca demam berkaitan makanan dan minuman dan muncullah jangkitan dari berbagai jenis kuman dan virus. Asid dan racun bertoksik dari kuman inilah penyebab panas dan demam. Waktu inilah ais lebih diperlukan sebagai sistem penyejuk tubuh. Sebab itu jugalah kenapa orang demam amat takut dengan riaksi air sejuk yang terasa menyucuk menangkap sampai ke tulang yang panas. Kita kembali sihat apabila suhu normal darah kembali panas dan tulang kembali sejuk. Jelas bahawa logik akal tahap luaran sahaja tidak membantu untuk kita memahami hal dasar riaksi kimia secara dalaman mengikut sistem tubuh. 


Bermakna ais atau air dingin akan memberikan kesan keseimbangan suhu darah yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Air yang dipanaskan atau dimasak dan kita minum dalam keadaan suam adalah yang sudah bersifat mati dan tidak lagi  memberikan kesan keseimbangan. Air laut yang masin selaut mati itu juga sudah  bersifat mati dan tidak aktif lagi. Tidak ada kehidupan seperti batu karang sekalipun. Air laut mati dalam keadaan panas akan memberi kesan apungan kerana kurangnya  oksigen. Yang tidak faham akan buat terapi mandian dan mengambilnya untuk tujuan garam kosmetik yang kononnya untuk rawatan kulit. Itulah peninggalan sisa zat zat dosa manusia terdahulu. Moga warga CVT dan para pengamalnya lebih mantap dengan fakta dan kebenaran berilmu.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Monday, May 13, 2024

Kursus Khas cvt Di Singapura atau Singapore

 


*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ketika kandungan masuk bulan ke 8 atau minggu ke 37 hingga saat melahirkan. Gangguan tidak selesa adalah pada usus kecil dan usus besar ibu. *Gangguan sembelit*. Janin yang semakin membesar secara semulajadi akan menekan naik usus kecil dan usus besar ibu pada kedudukan ke bahagian atas. Manakala janin di bahagian kepala akan mengambil ruang ke bahagian bawah pintu rahim persediaan kelahiran normal. Perut ibu yang semakin membesar tidak Iagi memiliki ruang yang cukup untuk menampung massa usus bersama bayi yang dikandungnya. Bayi dalam kandungan akan bergerak dan menerjang kuat perut ibu untuk berada dalam kedudukan lebih selesa. Jangan panik jika berlaku pendarahan akibat gerakan janin yang semakin kuat. 


Darah kotor pasti ada kuman jangkitan yang sebenarnya dari usus ibu. Tekanan ke atas secara semulajadi adalah cara bayi dalam kandungan untuk makan dari saluran tali pusat. Dari dalam kandungan lagi sang bayi sudah berjuang mendapatkan makanan secara menumpang hidup. Sebaik sahaja bayi lahir maka kesihatan fungsi usus bayi adalah yang pertama akan ditentukan untuk bayi dibenarkan pulang. Itulah simbol tali pusat dan usus. Bayi yang sudah mampu mengeluarkan najis secara normal dianggap fungsi usus sudah sempurna. Manakala kedudukan usus ibu kembali berada pada keadaan asalnya. Ibu sebenarnya dilarang memakan makanan yang pedas agar tidak berlaku iritasi kesan asid pedas itu melukai dinding usus. Biasanya kes buasir paling kerap terjadi. *Bermakna NW 19 adalah rawatan paling asas ketika tempoh masa ini terjadi*. Sang bayi akan dapat makan dari zat yang lebih sihat dari apa yang si ibu makan. Lada hitam dalam budaya makan orang melayu yang pedas juga perlu sederhana untuk tujuan menyusui bayi untuk binaan usus yang sihat juga. 


*Penerangan Iebih eksklusif dan Iebih lanjut di dalam kelas rawatan penjagaan ketika berpantang*. Hampir kebanyakkan ibu selepas melahirkan amat sukar mengempiskan perut. SW 19 sapuan diperut. NW 19 untuk elakkan rasa phobia melampau saat melahirkan. Lemak diperut juga sukar untuk disingkirkan. Ini sangat merugikan kerana kurangnya pengetahuan. *Sila luangkan masa dan nekat untuk dapat bersama di dalam kelas khas ini di Singapura pada 18 Mei 2024 (SABTU)*. Harap maklum.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Pesanan khas oleh Prof Dr Norhisham Wahab

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam semua warga CVT yang dikasihi. Nampaknya saya terpaksa bersuara mengenai isu dana-dana mat jenin yang sudah lama beredar. Saya terpaksa bercakap secara jelas dan bukan berlapik-lapik kata lagi. Sebab takut menjadi salah faham dan ingat saya memberi galakkan. Sebenarnya sudah lebih 4000 laporan polis telah dibuat. *Kes jelas satu skim penipuan*. Segala-galanya bermain dengan psikologi. Rasa tamak sebab nak jadi jutawan. Akal fikiran tidak mampu digunakan Iagi. Nafsu melenyapkan akal. Yang terlibat bukan orang biasa malah ramai yang profesional. Bijak pandai semua itu. Konon dana waris harta orang melayu tersimpan di luar negara. Bukti simpanan triliun ringgit. Bukti-bukti palsu semua boleh dibuat. Itu yang menyakinkan mangsa. Surat kebenaran masuk dari bank negara. Lebih hebat lagi dakwaan nama pelaburan ‘’dana rezab pelaburan negara’’. Bukan dana Tan Sri haji pahamin atau tok kelana yang bersifat Akaun peribadi dan sebagainya. Urusan transfer dari bank negara secara akaun peribadi pun kita tahu tidak sah. Kan dah ada contoh. Dah kena penjara lagi. Ada banyak jenis pelaburan dengan nama dana disesuaikan dengan mangsa dan tempat.


Duit nak APPEAR. Itu ayat maut. Konon dah keluar surat approve. Ooooh sungguh dramatik. Tu yang buat berdebar rasa dan gigih menunggu walaupun dapur dah tidak berasap. Tidak buat sebarang kerja dah. Dalam tidak sedar Aura sial semakin menebal. Saya nampak jelas. Tidak percaya ambil NW 1 dan fokus pada wajah mangsa. Nak beli susu anak pun dah tak ada duit. Berdepan dengan saya kaku seribu bahasa. *Tidak sampai hati nak tegur*. *Itu salah saya*. Walaupun ada yang dah tidak mengharap sebab dah penat menunggu. Itu kata hati sahaja. Tapi tetap tambah dana bila diminta. Macam dah kena sihir. Sebenarnya otak dah kaku dan lembab. Funder kutip dan kutip terus. Selepas saya bagi nasihat dan teguran ini akan ramai yang marah dan melenting konon kata saya tidak tahu apa-apa. Sebab mereka ini yang tengok dengan mata kepala sendiri pada skrin dah appaear. Mereka bermesyuarat sesama pemimpin. Setakat dah lihat walaupun dah appear tapi sekejup lagi padam dan entah hilang ke mana. Konon sistem tidak cukup kuat support untuk reflect maka kena tambah kuat dana akaun penerima dan pay master perlu task bantuan dana lagi. 


Sekali kutip banyak juta. Kutip lagi. Kutip cepat betul tapi funder hilang tidak dapat dikesan. Lepas tu muncul lagi dengan selawat dan macam-macam ayat suci yang memukau. Bakal bakal jutawan pun bersabarlah. *INI YANG DIKATAKAN NASI DAH JADI BUBUR*. Peluang menambah saguhati yang mula-mula sikit. Loyalty makin tambah hingga yang ada duit habis dalam simpanan. Moga semua warga CVT dapat diselamatkan. Jauhi funder yang dah jadi darah daging sebagai penipu. *Ada yang menjadi leader yang kena tipu atas tipu*.  Kasihan saya lihat. Ada juga warga cvt yang terlibat. Penat saya bina dan didik menjadi ahli perubatan. Alih- alih ke lain. Wajah lesu dan lemah sudah tidak berdaya.  Kerja mulia ditinggalkan. Redha dan baliklah ke pangkal jalan. Rugi duit sikit takpa. Duit boleh cari lain. Yang paling berharga sebagai manusia adalah maruah dan harga  kemuliaan diri. Modus operandi macam nampak suci dalam debu yang konon suruh zikir tidak henti-henti. Musuh bersembunyi dan guna nama kita. Sekarang sudah terdesak masuk dalam group. Saya bersyukur masih ada pengamal cvt yang bijaksana tetap terselamat. Mari sama-sama kita saling ingat dan mengingati ya!!.


*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab*

Friday, May 10, 2024

Telinga dan jantung dalam sistem termoregulasi

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Telinga dan jantung dalam sistem termoregulasi. Telinga mengawal suhu tubuh di bahagian kepala. Kepala yang panas ketika demam membuat pendengaran atau sistem komunikasi terganggu. Seekor gajah akan mengepakkan atau melebarkan telinga mengikut arah datangnya angin bagi memerangkap bunyi yang jauh. Kejadian gempa dapat dikesan getarannya beberapa hari sebelum terjadinya gempa. Jika kita masuk ke dalam hutan dan bercakap takbur maka itu dapat dikesan oleh gajah yang tidak menyukainya. Gajah juga dapat mengesan dalam mengenalpasti musuh untuk membalas dendam. Walaupun dalam tempoh masa lama gajah tetap dapat mengenalnya. Dahsyatnya gajah mengesan getaran atau quantum gema yang sudah lama atau yang bakal terjadi. Jika manusia yang sensitif di gelar sebagai telinga nipis. Telinga kecil dan nipis menyebabkan aliran darah tidak cukup untuk bekalan pada otak. Sebab itu otak kurang maklumat untuk membuat pertimbangan yang wajar pada setiap apa yang dia dengar. Pembuluh darah dapat dilihat banyak dibelakang cuping telinga yang sungguh banyak mengalirkan darah seperti mana sebuah jantung. 


Apa yang kita dengar akan memberi kedukaan atau rasa gembira yang menuju jantung. Bermakna rasa sedih, pilu, hampa dan dukacita itu berpusat dijantung dan begitulah sebaliknya. Salah faham apa yang kita dengar kerana masalah kesihatan telinga sesuai dengan usia. Orang tua lebih sensitif dengan percakapan yang tidak dijaga kehalusannya. *Semasa membaca ilmiah ini lakukanlah gerakan memegang telinga*. *Ternyata salah satu telinga akan terasa tebal dan keras*. *Ambil masa dalam 10 detik sahaja untuk memulas telinga*. *Lakukan lagi 3 kali*. *Telinga akan kembali lembut*. *Itulah terapi anugerah untuk elak komplikasi serangan jantung dan sebagainya*.


Terlalu mudah berpeluh juga berkaitan dengan masalah jantung. Orang yang tidak pernah berpeluh berkemungkinan sistem penyejuk pada jantungnya juga tidak sihat. Kemungkinan semua apa yang dirasa dipendam, disimpan dan menunggu masa untuk meledak. Selepas kita minum air suam dan makan makanan yang masam dan pedas tubuh begitu mudah mengeluarkan peluh dengan banyaknya. Minuman sejuk yang manis tetap sebagai penyelamat. Lebih lebih lagi makan di waktu siang dibawah khemah yang panas ketika jamuan kenduri kahwin. Jika peluh terlalu banyak menceceh ceceh maka tanda kita boleh mendapat penyakit berkaitan jantung. Itulah tanda harus kita berhati-hati dengan kesihatan jantung. *Sebaiknya ambil NW 11 untuk pencegahan*. *Dan dah pulas ke belum telinga tu??*


Ketika demam tekanan pada jantung lebih kuat. Apabila kita bernafas dengan udara panas seperti masuk ke dalam bilik sauna atau selepas senaman berat maka tekanan pada jantung akan menyebabkan kita berpeluh. Semua senaman berat dalam susasana udara panas hanya akan melemahkan jantung dan pembuluh darah akan menumpuk banyak endapan lemak. Jika pada sebuah kereta jantung itu memainkan fungsi seperti termostat. 4 injap jantung dengan kerja otot akan terbuka dan tertutup sesuai dengan kawalan suhu darah. Jika darah itu sejuk akan bertukar panas. Jika darah terlalu panas akan disejukkan sesuai dengan suhu tubuh. *Terapi ais amat sesuai untuk merangsang semula otot jantung yang semakin lemah dan perlahan*.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, May 6, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 06.05.2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Fikiran atau mental dalam proses berfikir dalam frekuensi NW 8. Gabungan berfikir dengan hati NW 12. Berfikir perlu zat yang tersimpan di hati. Jika tidak fikiran tidak memiliki pengertian atau makna. Fikiran akan menjadi kosong. Berfikir untuk mencari jalan atau idea secara kreatif dan bijaksana. Perut kosong atau terlalu kenyang menambah lemahnya akal untuk berfikir. Kita perlu terus berfikir untuk mengubah zat menjadi tenaga. Tidak ada gunanya zat protein yang banyak yang tersimpan di hati tetapi tidak dapat ditukar untuk menjadi tenaga. Sejak akhir-akhir ini begitu banyak penyakit ganjil yang berkaitan tekanan fikiran. Banyak yang dapat dikaitkan dengan kesan vaksin yang mengganggu sistem pencernaan dan simpanan zat di hati. Salah satu gejala adalah kesan angin atau gas yang mengganggu sistem pernafasan.


Seni sains gabungan formula CVT berfungsi sehala dengan sistem fisiologi tubuh. Ini pertama seumpamanya di dunia. Pengamal cemerlang CVT sangat beruntung dan boleh dipercayai keahliannya. In sya Allaah


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Friday, May 3, 2024

Terapi rendaman ais hdi

 




*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terapi rendaman ais Hdi untuk rawatan berbagai jenis kanser. Tujuan utama dapat meningkatkan sel-sel imun. Terapi dasar sampai ke sum-sum tulang untuk menambah sel-sel imun. Air yang bertekanan dapat memilih sel-sel kanser untuk diluruhkan atau disingkirkan. Bermakna sel-sel sihat tidak turut terjejas sepertimana rawatan kemo yang mematikan semua sel tanpa dapat memilihnya. Ini dapat menjimatkan masa usia sebuah sel dan usia pesakit itu sendiri. Rawatan Radiologi amat local setempat tidak pula menyeluruh. Kemo amat meluas ke seluruh tubuh. Ingat ya!! Ais amat merangsang kekuatan sel imun yang berpusat di otak. Frekuensi sel imun pada umbun-umbun. Jangan lupa menyelam dan manahan nafas untuk mengusir gangguan halus. Jangan lupa menyiram di umbun-umbun semasa saat bilasan akhir. Itu akan merangsang mahkota hormon kelenjar pineal.


Kesan imsonia kembali hening. Tidur lebih berkualiti. Tidur yang berkualiti akan menambah sel-sel baru yang sihat. *Cadangan kes kanser adalah terapi berturut-turut 7 atau 9 kali*. Lebih banyak ais lebih bertekanan gelombang bunyi dapat mengaktifkan sel-sel imun. Sekaligus sel-sel kanser dapat DIRENCAT pertumbuhannya. Itulah tujuan terapi sel imun menggunakan rendaman ais DALAM TEMPOH MINIMA 30 MINIT. Kita harus merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser yang amat luar biasa cepat. Berpuasa atau memilih makanan yang bukan alahan akan membuat sel-sel kanser kelaparan. Sel-sel kanser yang ganas dan tidak siuman akan dapat dikawal. Sel-sel kanser yang membunuh diri dan membunuh sesama sendiri dapat di kawal apabila tiada zat yang boleh menjadi makanannya.


Sebenarnya hdi ini adalah terapi yang paling dasar dan paling puncak ke arah keberkesanan dan amat selamat. Suatu hari nanti saya amat yakin konsep terapi hdi akan diterima di seluruh dunia khas untuk terapi rawatan kanser. Elakkan bermain dengan ubat. Duit habis. Badan terseksa kesakitan. Sel banyak mati dan memendekkan usia. Terapi kaedah yang panas penuh risiko dan cenderung silap. Tidak boleh main-main dengan terapi sel imun. Detox dan rangsang melalui kulit. Sel imun dapat dirangsang menggunakan garam, kapur dan belerang. Kapur dan belerang dapat meneutralkan asid pada kulit. Garam akan menambah elektrolit dalam dalam darah. Kapur akan menambah kesan kealkalian pada air dan ini dapat mengawal kadar asid dalam darah. 


Berdoa didalam air akan menambah kecerdasan spiritual membangun kerohanian. Redha dan bersyukur untuk memadam gelombang buruk. *Gunakan SW bermula SW 20 hingga ke SW 1*. Mengikut urutan dari bawah ke atas. Satu titik setiap satu minit. Kesan luar biasa akan kita saksikan sebaik sahaja pesakit keluar dari dalam air. Terapi menyeluruh amat sinkronis mengikut fungsi sel dan sistem dan tidak perlu diragui lagi bagi yang tidak jelas dengan diagnosis.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab