*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Pengertian SABAR pada bahagian kesuburan tidak sama dengan sabar pada bahagian perasaan dijantung dan paru-paru*. Di bahagian perasaan sabar itu diertikan sebagai menahan diri dari kemarahan. Biasa sifat ini lebih kepada masalah kaum lelaki. Berbeza dengan sifat sabar pada golongan wanita. Sabar dalam menunggu sesuatu. Menunggu dan menghadapinya dengan penuh kesetiaan dan ketaatan. Menahan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang. Sabar dikuatkan dengan kekuatan redha dan pasrah. Sabar yang penuh ikhlas. Sabar yang lebih dari itu kerana memiliki sifat yang halus dan tidak terburu-buru atau gelojoh melulu dan tergopoh gapah. Semua itu pasti membawa penyesalan di kemudian hari. Tidak berfikir panjang. Apabila seorang suami sedang marah maka kekuatan energinya untuk mengawalnya adalah dari sang isteri. Sifat tertib dan sopan ciri kewanitaan.
Sabar menanggung keperitan hidup bersama-sama di dalam keluarga. Sabar menanggung kesengsaraan sakit ketika mengandung sampai saat melahirkan. Sifat ini pastilah tidak mungkin dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Sifat sebagai ibu yang terus menguruskan rumah tangga dari terbit matahari sehinggalah tengah malam tanpa merungut dan mempersoalkan. Sifat sabar yang akan menambah kesuburan dan rezeki menerima zuriat. Semua ini di dalam pengetahuan Allaah jua beroleh keuntungan pada kaum wanita untuk menjadi ibu yang dapat bersabar.
be patient or have patience Maksudnya lebih pada masa dalam menunggu sesuatu. Sampai satu masanya nanti akan beroleh khabar gembira. Bahagian kesuburan kewanitaan perlukan zat sabar yang berasid atau sedikit masam. Sebab itu juga secara semulajadi apabila si ibu mengandung maka deria rasa pada buah-buahan yang masam akan membuka selera. Saya cadangkan buah kiwi dan strawberry yang tidak begitu masam namun seimbang dengan rasa manis. Yang langsung tidak suka masam bermakna akan ada gangguan kesuburan. Begitu juga yang berlebihan makan masam seperti buah mangga muda, kedondong, nenas muda dan sebagainya. Masam berlebihan yang boleh menimbulkan gejala gangguan bahagian peranakkan iaitu rahim dan vargina.
*Moga kita dapat membezakan maksud sabar pada bahagian warna jingga yang tidak sama dengan warna hijau*.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment