Monday, December 11, 2023

Kekuatan doa yang penuh kuasa

 *-KEKUATAN DOA YANG PENUH KUASA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Doa lebih makbul jika kita ada hajat. Kita berjanji pada tuhan jika diangkat penyakit ini kita ada visi besar untuk dikerjakan. Keserentakkan pula tugas itu sesuai dengan rencana dan sejalan dengan kehendakNYA. Kita berdoa kerana ada tanggungjawab atau tugas yang belum selesai dan tertangguh. Tuhan tahu akan rencana itu. Namun tetap tuhan menunggu kita berdoa sesuai dengan kemampuan kita untuk melaksanakan. Janganlah kita berjanji palsu kerana tuhan tahu apa yang ada didalam hati kita. Semua doa itu hanya menunggu resonansi melalui kata-kata yang benar. Boleh gunakan petikan ayat-ayat di dalam Al-Quran yang sesuai dengan hajat kita. Sekali lagi saya tegaskan semua itu sesuai dengan kehendak dan rencana tuhan. Rencana tuhan pula kita tahu tidak akan pernah gagal. Ada nazar janji kita dengan tuhan. Sekali sahaja terlaksana maka lihatlah bagaimana tuhan menunjukkan kasih kurnianya yang lain. lngatkan semula semua mana-mana janji yang belum tertunai. Baik dengan tuhan atau sesama manusia. Jika memang sudah lupa. Maka lakukan sedekah dengan penuh ikhlas. lkhlas itu akan meleraikan ikatan energi tertunda. lkhlas itu meneutralkan sesuatu yang sangkak. Sesuatu yang terhalang akan dibukakan semula pintu-pintu kebaikkan. 


Berkali kali berdoa tetap tidak dimakbul. Maka itu tanda الله amat kasih pada kita. Kerana semua tertunda masa kerana rencana tuhan amat besar untuk kita. Kita mesti tetap sabar dan tenang. الله perhatikan tingkah kita. Apakah kita kecewa dan mempersoalkan الله. الله menolak doa kita tetapi tuhan telah menggantikan dengan memberikan kita kasih kurnianya. Mungkin kita tidak perasan atau tidak menyedarinya. Sakit itu diturunkan oleh tuhan maka tuhan jugalah yang akan mengangkatnya kembali. Berusahalah merawat secara fizik seperti urutan ais dan senaman yang tidak memanjakan badan. Urutan yang membuka aliran darah. Ada juga tahap urutan yang menekan organ pencernaan seperti hati, hempedu, buah pinggang, pankreas dan usus untuk kembali lembut.


*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab*.

No comments:

Post a Comment