Saturday, August 12, 2023

Madu dan telur separuh masak

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ambil madu dan telur setengah masak. Apa kaitan madu dengan telur???. Madu adalah gula yang akan mengubah kolestrol lemak dan protein yang ada di dalam telur untuk menjadi zat keperluan tubuh yang paling sempurna. Jika ambil madu sahaja secara tunggal kita hanya akan mendapat satu tenaga. Jika dengan telur kita mendapat lebih tenaga. Tenaga dari lemak kolestrol dan protein yang ada didalamnya. Kesan apa jika ambil telur tanpa madu? Hanya akan menambah kolestrol dalam darah. Sebab itu dilarang mengambil telur setiap hari. Wal hal jika bersama madu maka telur tidak akan memudaratkan kesihatan. Zat telur seperti kolestrol akan lebih berkesan untuk menambah SPERMA dan OVUM untuk kesihatan bahagian kesuburan secara umum. Begitulah peranan madu dan gula berfungsi dan berpasangan dalam mengubah zat-zat lain. Tidak dinafikan tenaga segera akan dirasai. Namun tenaga dalam gula secara tunggal sangat cepat merosot. Tenaga lebih kepada kekuatan darah. Namun jika selepas minum madu tubuh badan kita tidak aktif seperti melakukan senaman atau sebarang gerakan aktiviti maka gula dari madu hanya akan menambahkan gula dalam darah. Bayangkan mengambil madu tanpa aktiviti maka madu tidak menghasilkan tenaga untuk kekuatan tubuh. Madu juga boleh diambil sebelum tidur kerana tidur yang cukup gula pada otak akan memberi tidur yang bertenaga dapat mengelak stress juga mengelak terbangun banyak kali di waktu malam. Madu adalah gula ringkas yang mudah ditukar menjadi tenaga. Jika tidak kerana madu, tidur hanya akan menambah letih yang bukan istirehat. Jelas tidur juga banyak menggunakan tenaga. Sebab itu selepas bangun tidur di waktu petang sangat melemahkan dan itu memudaratkan energi tubuh. 


Bagaimana dengan telur???. Madu atau gula akan mengubah zat lemak di dalam telur dengan menghasilkan tenaga berkali ganda untuk kekuatan tenaga pada otot. Bermakna darah bertenaga dan otot juga kuat. Tenaga dari lemak lebih tahan lama dan berkali ganda kuat untuk aktiviti yang lebih berat. Oleh itu makan madu dengan telur di awal pagi adalah yang diperlukan. Tetapi gula dalam bentuk karbohaidrat yang lain termasuk buah-buahan tidak lagi sesuai ketika hendak mula tidur malam. Jika di ambil juga akan bertambah berat badan dan gula tinggi dalam darah terutama yang masih muda. Tetapi jika berat badan tidak bertambah dan keadaan tubuh semakin kurus adalah faktor usia sudah berumur melebihi 60 tahun adalah tanda kemorosotan sel tidak lagi membina tisu dan itu sebenarnya ke arah kematian secara normal. Jika usia masih muda dan badan terus susut walaupun banyak makan makanan yang tinggi karbohaidrat itu tanda penyakit. Walaubagaimanapun faktor log sistem tubuh tetap di ambil kira.


Cara mudah memberi penerangan kepada pesakit tentang madu atau gula beriaksi dengan lemak, kolestrol dan protein. Amat rugi jika makan telur sahaja tanpa madu kerana tiada bahan tenaga yang akan mengubah tenaga di dalam lemak telur itu. Oleh itu makan telur sebiji sehari atau lebih tidak menjadi masalah akan terlebih kolestrol jika bersama madu. Tenaga pada bahagian penghadaman adalah pada pankreas. Pusat tengah tubuh berkaitan gula dan peranan insulin. Andai pankreas tidak berfungsi baik maka gas dan asid yang akan di keluarkan. Oleh itu NW 15 yang juga dalam medium pembawa juga adalah gula akan memicu tenaga pada pankreas. Tanda pankreas sihat adalah deria lidah kita sangat sensitif pada rasa manis. Hanya satu sudut teh sahaja deria rasa manis pada lidah sudah cukup terasa. Pada yang pankreas lemah 3 sudu teh gula pun lidah masih tidak rasa manis. *Kesimpulan ilmiah gula akan memberi kefahaman yang lebih jelas di dalam kelas lanjutan 02.09.2023 SABTU nanti*. Moga semua warga CVT di beri masa dan limpahan rezeki untuk dapat turut bersama.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment