Tuesday, August 15, 2023

Gula membantu otak berfungsi dengan baik

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gula membantu otak berfungsi dengan baik. Otak sihat maka seluruh sistem tubuh akan bekerja dengan baik. Bermakna gula bukan sahaja bersifat ubat malah menjadi jentera pengubah zat menjadi energi atau tenaga. Tidak ada gunanya zat jika tidak di pertenagakan dengan gula. Inilah alasan kenapa kita ditakut-takutkan secara umum seolah-olah semua gula kononnya boleh merbahayakan kesihatan. Walaupun kita tidak dapat elakkan dari termakan gula sintetik dalam segala macam menu makanan harian namun kadar gula yang baik tetap ada di situ. Sayangnya tetap kita terlebih dalam pengambilannya. Jika kita amalkan gula organik yang murni sekalipun tetap akan menjadi komplikasi jika terlebih kerana tidak semuanya dapat ditukar menjadi tenaga kerana kekurangan dan keupayaan insulin untuk bekerja serentak. Tetap ada sisa gula sampah yang bertoksik. Jika tiada gula dalam ubat batuk umpamanya maka ubat itu tidak berkesan. Jika tiada gula baik dalam kolagen untuk kecantikan kulit maka kulit tidak akan licin, anjal dan cerah.


Kita tidak menafikan jika amalan gula yang berlebihan akan menyebabkan gula dalam darah tinggi. Jika gula yang murni keadaan ini dapat dikurangkan kerana insulin lebih bertenaga membawa gula masuk ke dalam sel-sel darah. Jadi jelas secara teknikal salah kita sendiri dalam memilih gula. Bukan salah gula. Allaah menjadikan gula untuk membersihkan darah yang kotor. Darah akan segar dan mengalir laju dalam urat. Darah seperti ada bahan PELINCIR tambahan membuka ruang urat yang sempit. Darah yang likat dan pekat dapat di cairkan dengan gula yang baik. Cecair asid dapat diserap dan di tukar menjadi tenaga sebelum sempat menjadi gas. Kulit yang cantik dikaitkan dengan darah yang sihat. Darah yang sihat kerana adanya gula yang baik untuk mencerna kolagen di bawah kulit. Segala-galanya adalah gula dan tenaga menjadikan sel bertenaga.


Orang FIZIKAL LEVEL paling banyak menggunakan gula dan atas sebab itu otak level ini amat banyak yang berjaya dalam berbagai bidang. Apakah gunanya gula rendah kalori yang di ubah suai di dalam makmal??.  Semua ini satu kesalahan yang menambah letih yang sekadar tujuan mengambil rasa manis seribu kali ganda namun tiada kalori untuk tenaga. Ini akan mengelirukan sel dan tenaga. Mengurangkan gula tidak akan mengubah apa-apa. Kita harus mengubah pada gula organik yang benar. Penelitian menunjukkan bahawa gula dalam darah dapat membentuk efek domino molekul yang di sebut glycation.  Glycation merupakan proses di mana molekul gula mengikat dan merosakkan kolagen dan elastik di kulit. Hal ini menyebabkan kulit menjadi kurang tegang dan elastik sehinggakan kedutan keriput mudah muncul. Oleh itu mengurangi gula sintetik dapat membuat kulit cantik. Tetapi jika mengamalkan gula murni dalam buah-buahan akan menjadikan kulit lebih awet muda. Jadi mengurangi atau mengamalkan gula yang benar. *NW12 dan NW14 kombinasi untuk merangsang kolagen untuk KULIT YANG CANTIK*. NW 12 adalah hati.  Hati itu adalah simbol kecantikan.


Jadi mana lebih rational sama ada mengurangi atau beralih mengamalkan gula yang benar. Siapa yang alah pada gula pada buah kurma atau gula madu bermakna seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan unsur tenaga asing. CVT sedang memperjuangkan konsep kimia gula dalam bidang perubatan ke arah mempertenagakan semua sel. Ini adalah sunnah sebelum makan berbuka selepas perut panas dan kosong yang harus dimulai dengan gula. *Kenapa???*...


Kopi yang ada khasiat ubatnya menjadi rosak kerana dicampur dengan gula kosong yang tiada zat. Kopi seharusnya diminum tanpa gula bagi menikmati rasa pahit yang sebenarnya lazat jika ditambah sedikit garam. Minum kopi secara bersantai selepas makan masih selamat tanpa gula. Semua berkaitan teknik atau cara dan sesuai dengan waktunya.  *Mohon semua warga CVT dapat sama-sama menghadiri kelas lanjutan pada 02.09.2023 SABTU nanti ya!!*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment