Monday, September 23, 2024

Ilmiah cvt malaysia 24 September 2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Asas kesihatan kita bergantung pada darah. Darah yang sihat perlu cukup oksigen. Untuk mendapatkan kualiti oksigen dengan kerja oksigen yang semaksima maka diperlukan ZAT BESI. Untuk memenuhi keperluan dan kepentingan zat besi ini maka produk supplement kesihatan yang diutamakan dalam CVT adalah KLOROFIL dan BE (basic energy). Masih pada Ilmiah merah bantu hijau dan hijau bantu merah. Oksigen di kaitkan dengan sistem pernafasan. NW 6 hidung yang sihat akan menjaga ketulenan oksigen dan menjaga kesihatan paru-paru NW 10. Oksigen yang sihat pada frekuensi hijau akan menambah kesihatan asas Iaitu darah NW 18. Darah yang cukup oksigen akan meningkatkan kadar metabolisma yang sangat tinggi. Oksigen dan paru-paru ini lah yang akan membakar lemak untuk di tukar menjadi tenaga dan ini dengan pantasnya dapat menurunkan berat badan atau kes obesiti yang parah. Ada yang kurang makan tetapi tetap gemuk atau tidak dapat mengawal berat badan. Sebenarnya ia berkaitan masalah oksigen dalam darah. Oksigenlah yang paling banyak membakar mengubah zat menjadi energi. Amalkan BE dan KLOROFIL bagi tujuan meningkatkan metabolisma dan menurunkan berat badan. BE dan KLOROFIL ada zat besi yang akan mengangkut oksigen dalam darah.  Tanda metabolisma lemah adalah cepat letih dan lesu.  Otot tidak kuat dan tulang yang lemah. Sistem saraf neurotransmitter di otak juga lemah dengan tanda pelupa atau hilang ingatan beberapa ketika.


Tanda paling mudah mengesan otak lemah pada sistem saraf adalah terasa pening bila mengamalkan BE lebih dua biji sehari. KLOROFIL hijau dan zat besi merah saling bersatu dengan kekuatan OKSIGEN. Zat besi atau iron adalah mineral yang juga banyak dalam KLOROFIL dan BE. Hampir pada kebanyakkan makanan dan sayuran sudah pun memiliki zat besi. Namun zat besi masih tidak mencukupi kerana terserap hilang bersama oksigen. Jadi bagaimana untuk memastikan zat besi tidak hilang begitu sahaja dalam tubuh kita. Secara teknikal vitamin C dan zing boleh menjadi penentu zat besi cukup atau sebaliknya. Vitamin C adalah penyerap zat besi. Sila semak vitamin C dalam buah-buahan apa yang sesuai dengan tubuh. Ada yang alah lemon dan ada yang alah buah kedondong atau sebaliknya dan terus mengambil buah ini dan menyangka sudah cukup mengamalkan vitamin C. Yang pasti zat besi ada dalam banyak makanan seperti telur, susu dan daging namun sudah kah kita mendiagnos zat besi dalam jenis makanan apa yang kita sesuai dan tidak menjadi alahan???.


Apa sahaja kegemaran ketika sakit biasanya menjadi alahan kerana ia berdasarkan nafsu semata-mata. Oleh itu pesakit kena mendiagnos makanan yang sesuai mengikut hala tuju zat mengikut kesihatan tiroid NW9. Jika tidaklah kita secara berterusan mengumpulkan racun dalam tubuh badan kita yang tersimpan di dalam darah. Kesihatan seksual sangat berkaitan dengan vitamin C. Kesihatan seksual ada sistem pusingan pencucian darah bagi wanita untuk tujuan feminin dan kecantikan semulajadi. Warna jingga dalam frekuensi pada bahagian sel-sel kesuburan dalam matrik 4 pada NW 16 dan NW 17.  Matrik 4 jika tidak di jaga akan membuat bentuk kelangsingan pada tulang pinggul menjadi buruk. Sakit lutut dengan pergerakkan otot menjadi keras dan kaku. Atas sebab itu jika wanita tidak sihat pada bahagian ovarian juga alah dan boleh berlaku pengarahan pada vitamin C yang terlalu kuat seperti pada kedondong dan nenas. Nampaknya ilmu kenal diri dan merawat penyakit ini amat rumit seperti satu rahsia Allaah namun amat mudah sekali di fahami jika kita menghayati ilmu kenal diri melalui penyakit secara menyeluruh.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, September 11, 2024

Ilmiah cvt malaysia 12 September 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Setiap orang ada timing tersendiri. Ritma sirkardian yang juga berbeza. Garam juga unsur memiliki waktu getaran. Garam mentah yang segar memiliki getaran yang hidup aktif secara semulajadi. Garam akan memicu rentak otot JANTUNG tanpa lelah. Garam memainkan peranan yang cukup besar dalam kelangsungan hidup kita. Kita boleh sahaja mati secara mendadak jika tubuh kehilangan garam. Gangguan perasaan akan melesapkan garam dalam darah. Kurang garam akan menyebabkan oksigen dalam darah juga berkurangan. Berbeza dengan garam perasa dalam makanan ringan dan pada semua jenis masakan dianggap tidak sihat. Kenapa dunia perubatan tidak menyebutkan hal garam keperluan yang sihat ini. Sebaliknya menyalahkan garam secara umum. Ini sangat tidak ilmiah dan ketinggalan. 


Mulakan garam dahulu. GULA AKAN TERKAWAL jika garam sudah menempati ruang metabolisma dibahagian pencernaan. Ramai yang cuba mengawal gula tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup garam aktif. Garam amat reaktif dalam menyusun zat-zat yang lain termasuk karbohaidrat. Garamlah yang akan memecah zat di dalam karbohaidrat ketika bersarapan. Selepas itu barulah fungsi gula memecah zat menjadi tenaga. Begitu juga susunan warna alam dalam sistem tubuh kita. Selepas biru diwaktu subuh adalah hijau. Hijau bermakna riaksi oksigen dalam sistem pernafasan atau fotosintesis diwaktu pagi. Jika matahari menyusun zat dalam dedaunan hijau maka hijau dalam sistem tubuh juga sama. Selepas hijau adalah kuning di waktu tengahari. Kuning bermaksud tenaga yang berlimpah tanpa batas. Atau kuning menjadi gas dengan berbagai bahan bertoksik yang tidak mampu diubah menjadi tenaga kerana zat tidak dimulakan dengan garam. Jangan salahkan gula yang ada dimana-mana. Sebenarnya zat garam aktif tidak ada untuk memulakan sistem metabolisma tubuh.


Garam mengawal nafsu atau emosi. Bermakna kawal garam akan mengawal nafsu atau sifat emosi yang buruk. Tarik nafas dan berfikir sejenak ketika nafsu menguasai pada diri. Nafas dan oksigen. Garam raja metabolisma. Garam itu ada dalam air liur dengan beribu enzim bergantung pada zat garam. Minum air mineral yang berkualiti itu juga simbolik minum air yang bergaram. Amat baik diminum sebelum dan sebaik sahaja  bangun dari tidur.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, September 9, 2024

Ilmiah cvt malaysia 9.9.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hakikat sel perlu dipertenagakan. Sel seumpama sebuah bateri yang lama kelamaan akan kehabisan tenaganya. Tenaga di dalam sel imum amat mudah mengalami gangguan. Apabila berlaku kejutan yang kuat. Seperti kemalangan kereta yang tidak diduga. Ketika alpa atau fikiran dan jiwa melayang entah kemana seperti sedang mengelamun. Ini sangat mengundang peristiwa yang akan mengejutkan. Kita seperti dikejutkan tetapi ada yang mengambil masa lama untuk kembali sedar. Sebab itu kita dinasihatkan sentiasa waspada penuh kesedaran spiritual dalam setiap saat. Iblis dan syaitan akan menerpa dan masuk menyelinap dalam diri. NW 1 amat diperlukan bagi mengembalikan semangat. Kejutan demi kejutan amat memendekkan nyawa. Usia seseorang sangat bergantung pada kesihatan tenaga sel-sel imun ini. Keheningan diperlukan bagi membaik pulih tenaga yang hilang. Kita tidak mahu semangat kita hanyut entah jauh entah ke mana. 

Otak kanan dan level spiritual perlu beringat amat. Level lemah semangat ini selalu di hambat dengan peristiwa gangguan spirit ini. Kembali mencari spirit di dalam air. Air ada menyimpan memori spirit seseorang. Kita kembali tersedar selepas meminum air. Rasa haus selepas mengalami kejutan yang besar. Air ada daya ketertarikkan energi yang merosot itu. Perlu beringat dan waspada jika nak berjalan keluar rumah di waktu maghrib. Banyak infrared yang akan diundang dan masuk menerpa untuk meruntuhkan cahaya putih yang gemilang dimahkota otak kita. Tenangkan jiwa mencari keheningan adalah cara mengecas semula tenaga cara semulajadi. Mukjizat tidur jangan di persiakan. Kehidupan hari ini dilalui dengan penuh bebanan, tekanan, gundah gulana, resah, kecewa, kesedihan dan sebagainya menyusutkan energi imun dan antibodi dengan rakusnya. Oleh itu alternatif yang bijaksana mengecas semula sel kembali berfungsi dan berkarakter adalah mengamalkan energi melalui formula NW. 

*BERSAMBUNG...*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab