Thursday, February 29, 2024

Ilmiah Colour Vibration Therapy Malaysia 01.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rawat dengan konsep waktu. Mengejar dan menguasai waktu. Tuhan yang menciptakan waktu. Apa yang ada dihujung waktu. Kuasai waktu akan menguasai zat. Waktu menguasai zat. Sel adalah zat. Namun waktu kena tepat dan jelas fungsinya mengikut kerja sel. Matahari dan bulan adalah tanda waktu. Cahaya itu adalah waktu. Bunyi itu adalah waktu malah WANGIAN itu adalah waktu yang paling kuat tenaganya. Atau paling resonansi. *Hargai WANGIAN*. Ada partikel di dalam cahaya malah ada yang lebih kecil iaitu quark. Dan itu terkandung di dalam waktu atau masa. Waktu itu juga disebut tenaga. Waktu itu bergerak. 


Waktu dibumi dan waktu dilangit tentunya tidak sama. Kita mahu mencari waktu dasar yang memiliki tekanan. Lebih luas ruang maka lebih banyak energi waktu diperlukan. Tiada istilah kita terlebih waktu. Tapi yang pasti kita selalu ditinggalkan oleh waktu. Buang masa itu buang waktu. Waktu yang terlebih akan disimpan dan tidak ada istilah pembaziran. Waktu yang tersimpan akan digunakan apabila ada keperluan. *CVT dalam rawatan konsep waktu*. Waktu yang ukuran dalam frekuensi tertentu. Waktu ada tanda warna. Waktu dalam gelombang bunyi akan menggetarkan kerja sel. Jalan singkat merawat penyakit adalah melalui konsep waktu. *FINE PERFUME DAN WANGIAN SEJUTA WAJAH*. Wangian yang memiliki waktu. Waktu itu adalah TENAGA.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Ilmiah Colour Vibration Therapy Malaysia 29.02.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diet itu sebenarnya menjaga makanan yang sihat. Makan seperti biasa dan atur makanan yang benar. Bukan dengan kurangkan makan. Berat badan tidak akan naik. Diet bukan bererti kita berlapar. 


Minuman terbaik adalah susu dan telur. Susu juga adalah karbohaidrat kerana mengandungi gula, lemak dan protein. Waktu pengambilan yang sesuai adalah diwaktu pagi. Jika minum susu sebelum tidur sama seperti makan sepinggan nasi. Gula akan naik tinggi sama seperti sekeping roti atau dua keping biskut lemak. Waktu dan teknik makan sudah salah. Disiplin dan gaya hidup perlu ada dalam diet.


Sayuran yang tinggi vitamin dan mineral jika digoreng atau dimasak maka zat dalam sayuran akan menjadi racun. Sayangnya sayuran yang sihat sudah menjadi racun. Nasi yang dipanaskan lagi juga penyebab kanser. Sama juga air yang dimasak dan dipanaskan.


Jika gula dalam darah turun drastik. Gejala mual nak muntah minda lemah. Dan ini lebih tinggi bahaya dari gula tinggi. Jus yang diletak gula bermakna jus itu tidak sihat lagi. Buah segar tetapi diambil di waktu makan akan menambah asid dalam darah. Jarang kita bercakap mengenai ph darah yang berasid. Kita sibuk bercakap mengenai gula dalam darah. Kita menyangka makanan yang manis sahaja tinggi gula. Namun karbohaidrat yang tak manis seperti sekeping roti cukup tinggi kandungan gulanya. Bermakna karbohaidrat pasti ada gula. Namun dalam gula belum pasti ada karbohaidrat.


Stevia rasa amat manis namun kalorinya tidak tinggi. Yang sudah ketagih rasa manis melampau. Sebaiknya tukar pada stevia. Minum kopi dengan 5 sudu gula dalam satu hari beberapa kali. *Pasti itu akan merosakkan pankreas sepenuhnya dan diikuti oleh hati*. *Selepas hati akan berpindah ke hempedu dan seterusnya pada buah pinggang*. Semua dalam frekuensi kuning yang bersifat tenaga tetapi yang terjadi malah kehilangan tenaga. Buah pinggang yang lemah akan sangat meletihkan. NW 13 buah pinggang sebagai tenaga tambahan dalam saat kecemasan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Apa itu colour vibration therapy

Apa itu  Colour Vibration Therapy (CVT)?

Konsep Colour Vibration Therapy (CVT)

Tenaga Cahaya Nampak (Matahari & Bulan) Yang Dirakam Melalui Bunga-bungaan Yang Bersih Lagi Suci.

Aspek Formula & Kelebihan Produk Colour Vibration Therapy (CVT)

Formula CVT bersifat semulajadi serta 100 peratus bebas daripada bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindakbalas kimia berbahaya atau keracunan di dalam tubuh samada dalam jangka masa panjang  atau sebaliknya.

Tidak menggunakan bahan-bahan daripada haiwan atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif dan terlalu aktif akan menimbulkan kesan sampingan yang berat. Ini membuatkan CVT mengubah kaedah dengan meniru frekuensi sesuatu bahan yang bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya  dan getaran bunyi di dalam tubuh manusia.

Frekuensi tersebut akan bergetar menurut keseimbangannya selain mempunyai warna tertentu bagi membentuk keseimbangan serta-merta pada bahagian tubuh yang tidak seimbang melalui penggunaan yang kerap dan konsisten.

CVT memiliki teknologi memerangkap, meniru dan merakam semula pelbagai bentuk getaran dan gelombang daripada sumber seperti bunga-bungaan, kristal, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Adunan secara sistematik 7 jenis pati bunga-bungaan di dalam satu pati bunga dikenali sebagai “Aromatherapy Vibration” atau Seri Wajah sebagai  medium dengan tenaga magnetik yang berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dan frekuensi tertentu yang harmoni.

CVT juga dengan teknologi memerangkap pelbagai bentuk tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tahap tenaga yang rendah / kecil, tetap dan konsisten dengan kelajuan yang tinggi serta berfrekuensi rendah sehingga di bawah 6 Hertz sebagai bentuk tenaga yang amat semulajadi.

Formula CVT juga bertindak sebagai bahantara yang membawa tenaga dalam bentuk frekuensi dan getaran warna  yang akan mencari sasaran di dalam tubuh atau organ yang juga mempunyai frekuensi dan getaran warna tersendiri menurut meridian dan kedudukan tertentu.

Islamic Principles Approach to Medical Care

"There is no coincidence in this world, Everything happen for the reasons"



Tuesday, February 27, 2024

Ilmiah Colour Vibration Therapy Malaysia 27.02.2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Bukit Garam Jabal Habsyi Madinah, Arab Saudi. Dari mana pengetahuan Rasulullah ﷺ mengenai bukit bergaram itu. Dan kini terbukti juga ada istana kerajaan Arab Saudi di atas bukit yang di maksudkan. Apakah itu satu kebetulan.?? Dajjal pula akan menunjukkan istana Ahmad iaitu masjid yang besar kelihatan berwarna putih wal hal ketika di bangunkan di zaman Rasulullah ﷺ  hanyalah sebuah masjid kecil dari Lumpur. Tetapi pengetahuan Rasulullah ﷺ memberi peringatan itu juga kini benar. Bagaimana pengetahuan Rasulullah ﷺ yang kini benar terdapat 7 pintu gerbang untuk memasuki kota madinah yang terlarang buat dajjal. Yang paling menarik buat saya adalah benar bukit itu penuh dengan garam mineral. Istana dajjal berada pada bukit Garam sebagai perisai dan menguasai kekuatan yang luar biasa dengan hentakkan kakinya boleh menggegarkan seluruh kota Madinah dan melemahkan keimanan sehingga begitu banyak orang yang beriman menjadi kafir menjadi pengikut dajjal. 


Kenapa dajjal memilih bukit garam.?? Garam akan menjadi bahan fitnah di akhir zaman. Garam boleh menjadi bahan untuk kekuatan sihir dajjal. Fitnah yang paling dahsyat adalah tidak akan ada sesiapa lagi yang akan memberi peringatan tentang fitnah dajjal. Ketika itu dajjal menguasai dunia dengan teknologi yang membuat manusia terlupa dan terasa pelik jika disebutkan siapa itu dajjal. Ketika ini kita masih diberi peringatan. Garam yang memiliki ion positif dan negatif yang berpasangan menguasai gelombang elektromagnatik. Teknologi gelombang elektromagnatik di seluruh dunia lumpuh sepenuhnya kerana lemahnya cahaya matahari. Cahaya keimanan kita juga pudar dan hilang karakter baik sebagai manusia. Bersyukur kita tidak menyalah gunakan garam dan mengamalkan untuk tujuan yang sangat luar biasa faedahnya. Moga kita menjadi orang yang terselamat dengan fitnah dajjal.


Moga GARAM BOOSTER CVT tidak di sia-siakan kerana itu akan memberi peringatan agar kita tidak cuai dengan fitnah dajjal dalam bentuk teknologi yang melalaikan. Saya mohon semua pengamal dan warga CVT memberi fokus yang lebih berkali ganda agar kita sama-sama menjadi kuat dan selamat. Esok Lusa ekonomi kita semakin tenat dan payah. Bangun dan majukan diri agar kita tidak jatuh miskin kerana itu salah satu kelemahan yang dajjal dengan pengikut iluminati fremenson sedang usahakan. *Amalkan GARAM BOOSTER CVT dan SEJUTA WAJAH agar semangat dan keyakinan kita tidak pudar*. Moga kita terselamat dan jangan sampai kita hilang punca dan arah.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Sunday, February 25, 2024

Ilmiah CVT Malaysia 26.02.2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Hampir kebanyakkan penyakit serius sebenarnya berpunca daripada kekurangan garam dalam tubuh. Tetapi kenapa tidak ramai dikalangan doktor perubatan moden menasihatkan pesakitnya mengambil garam untuk kesihatan. Malah melarang keras pesakit agar mengurangkan makanan bergaram tanpa memberi alternatif mengambil garam yang sihat. Sebenarnya kita tidak dapat lari dari memakan garam yang tidak sihat dalam mana-mana menu makanan harian asalkan kita dapat menggantikan semula dengan garam organik yang sihat sebagai lawannya. Tambahan pula garam adalah penambah rasa yang menambah rasa sedapnya makanan yang kita sedang kunyah. Bila makanan yang kita kunyah sudah ditelan dan masuk ke dalam pintu kerongkongan untuk ke perut maka tidak ada lagi nikmat sedapnya rasa itu. Jadi jelas garam adalah pembuka selera. Sebenarnya kita perlu garam yang lebih untuk jaga kesihatan. Ada yang sudah cukup garam tetapi garam hilang kerana kita telah minum air secara berlebihan. Bermakna saranan minum air kosong dan apa sahaja air sebanyak mungkin dalam sehari adalah salah. Minum air jika rasa dahaga sahaja. Tetapi siapa yang sudah cukup garam tidak mudah untuk rasa dahaga dan itu adalah penanda aras kita sihat. Apatah lagi banyak minum air yang berkarbonat yang akan menyerap garam dan keluar bersama air kencing. Garam seperti menjadi unsur asing dan tidak dapat disimpan lagi dan akan dipaksa keluar sama banyak dengan air kencing. Yang tinggal hanyalah garam sampah yang tidak ada kuasa elektrolit. Itu belum lagi garam yang hilang di dalam peluh semasa bersukan. 


Tanda orang yang kurang garam dalam darah adalah tidak dapat mengawal emosi, cepat marah, cepat meradang, panas baran, tidak waras ketika berfikir. Secara tidak langsung fikiran tertekan dan tubuh keletihan. Semua ini menganggu jiwa dan perasaan. Sifat ini yang menambah iblis dan syaitan mengganggu keimanan. Hidup tidak damai walaupun duit banyak berjuta. Makanan berkhasiat lazat dan sedap seperti daging kambing dan daging lembu tidak lagi enak untuk dimakan. Wal hal dalam makanan yang sedap itu ada garam asli. Jadi jelas garam yang menambah sedapnya rasa sebagai pembuka selera adalah dari rahmat Allaah. Salah faham mengenai garam seperti paradoks yang amat sukar dijelaskan. *Penyakit kekurangan atau rendah garam dalam darah di sebut HIPONITROMIA*. Penyakit yang boleh membawa kematian mengejut. Salah satu sebab kita hilang keyakinan dan keberanian dalam hidup adalah kerana kekurangan garam organik dalam darah. Ingat ya!!! garam adalah nutrisi penting untuk kesihatan darah. Darah yang sihat dalam matrik satu maka menjadi asas pada kesihatan tubuh yang lain.


*Beruntung kita dalam CVT ada GARAM BOOSTER VIBRATION yang bergetar dalam matrik 5 frekuensi biru pada deria lidah untuk aktifkan kelenjar tiroid*. Matrik 5 bahagian tengah akan membina mana-mana bahagian sistem lain yang runtuh dan lemah. Semoga pesakit yang sudah sembuh dapat terus mengamalkan GARAM BOOSTER CVT sampai bila-bila untuk kegunaan seisi keluarga. 


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, February 20, 2024

Ilmiah CVT Malaysia 21.02.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


*Sunnah ambil garam dan letak di hujung lidah*.  Tujuan untuk merangsang enzim dan mengenal pasti zat-zat yang kita makan ketika kita mengunyah. Sebab itu NW 9 warna biru untuk kerja kelenjar tiroid lebih aktif. Kalsium dan iodine sebagai mineral asas yang ada di dalam garam akan diseimbangkan pada bahagian ini. Rahsia lain juga akan pastikan zat makanan tidak dapat dikongsikan oleh iblis apabila masuk ke dalam usus.  Iblis akan kurus dan tidak bermaya apabila tidak dapat berkongsi sama memakan zat-zat yang kita ambil kerana sudah ada garam. Kalsium itu penting. Jika tidak iblis akan duduk pula disendi-sendi lutut dan mana-mana bahagian tulang yang lemah kerana kekurangan kalsium. Kalsium itu juga salah satu dari 6 unsur dalam enam masa sebagai asas binaan manusia yang sempurna. Tulang dan kalsium. Sebab itu tulang tengkorak manusia yang sudah mati dan kehilangan kalsium akan menjadi pilihan untuk menjadi ruang yang paling stabil untuk iblis. Bila sebut kalsium dan iodine dan semua itu terkandung dalam garam. Sebab itu mengamalkan garam di awal pagi akan menghambat iblis yang berada dalam aliran darah kita. Garam sebagai elektrolit yang membawa cas-cas elektrik dan oksigen akan membakar iblis dalam sifat api yang membakar. Kesabaran itulah yang akan membakar iblis dan syaitan yang menguasai aliran darah kita dalam bentuk gas karbon dioksida. Oleh itu elakkan minum minuman berkarbonat kerana itu menjadi jalan perantara iblis di dalam darah kita. 


Makanan yang sudah basi itu adalah hak iblis. Jika kita termakan buah yang sudah lisut atau yang sudah masuk angin sebenarnya itu menempah sukarnya usus besar kerana bakteria baik bertukar menjadi bakteria jahat dan perut memulas. Kandungan bakteria jahat serta merta menjadi lebih banyak dan ini akan membuat usus tercemar teruk. Sebelum kita rawat darah maka sebaiknya ambil dahulu formula usus yang begitu dekat dengan zat-zat darah. Kita ketika dalam janin ibu juga makan melalui tali pusat ibu yang berhubung terus dengan usus ibu. Sebab itu ibu harus menjaga kesihatan usus untuk bayi tidak terkena penyakit kuning yang begitu ketara menyerang kesihatan kulit dan hati bayi. Dan apabila bayi lahir sahaja maka usus besar bayi akan menjadi tanda permulaan bayi mula menggunakan usus sendiri dan bayi akan dibenarkan untuk di bawa balik apabila bayi dapat membuang najis untuk buat pertama kalinya. Dan rezeki kita sudah pun tercatit dan tanda kita boleh berdikari bila sampai masanya.


Pada kes yang ada gangguan halus pastinya banyak zat kotor sudah menyerap masuk pada sekian lama menghadapinya dan zat bertukar asid itu sudah sampai ke tulang dan sudah menjadi darah daging maka akan alah pada garam. Gangguan halus dalam perut akan alah pada garam dan akan memberi riaksi yang lebih teruk pula pada tubuh kita. Jadi rezeki nak ambil garam sudah tidak membantu lagi. Maka NW 19 dengan dosis tinggi di harapkan dapat membersihkan radiasi yang tidak menyenangkan ini.  Tanda jelas adalah perut kita akan keras dan membuncit. Cara buang air besar juga tidak menentu iaitu ada ketika yang lama sembelit dan ada ketika mudah dapat direa. *NW 1 atau NW 2 kena ambil sebagai BOOSTER sebelah malam*. Pendek kata jika tidak ambil cara berpasangan boleh ambil dengan pasangan booster dalam apa-apa NW. Dan dicadangkan ambil sebelah malam. Kesimpulannya darah kita kotor kerana usus kita tercemar.  Bermakna nak bersihkan darah maka rawatlah usus dengan cara detoksifikasi melalui banyak cara.  Rawat darah atau cuci darah tidak akan menyelesaikan masalah pada pesakit buah pinggang umpamanya.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Garam mengawal nafsu atau emosi?

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Setiap orang ada timing tersendiri. Ritma sirkardian yang juga berbeza. Garam juga unsur memiliki waktu getaran. Garam dalam frekuensi subuh iaitu biru. Mulakan garam dahulu. Gula akan terkawal jika garam sudah menempati ruang metabolisma dibahagian pencernaan. Ramai yang cuba mengawal gula tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup garam aktif. Garam amat reaktif dalam menyusun zat-zat yang lain termasuk karbohaidrat. Garamlah yang akan memecah zat di dalam karbohaidrat ketika bersarapan. Selepas itu barulah fungsi gula memecah zat menjadi tenaga. Begitu juga susunan warna alam dalam sistem tubuh kita. Selepas biru diwaktu subuh adalah hijau. Hijau bermakna riaksi oksigen dalam sistem pernafasan atau fotosintesis diwaktu pagi. Jika matahari menyusun zat dalam dedaunan hijau maka hijau dalam sistem tubuh juga sama. Selepas hijau adalah kuning di waktu tengahari. Kuning bermaksud tenaga yang berlimpah tanpa batas. Atau kuning menjadi gas dengan berbagai bahan bertoksik yang tidak mampu diubah menjadi tenaga kerana zat tidak dimulakan dengan garam. Jangan salahkan gula yang ada dimana-mana. Sebenarnya zat garam aktif tidak ada untuk memulakan sistem metabolisma tubuh.


Garam mengawal nafsu atau emosi. Dalam tubuh setiap orang ada nafsu iaitu pasangan diri setiap manusia iaitu jin. Kita tidak mahu jin lebih kuat menguasai kita. Kita masih boleh tersesat dengan hawa dan nafsu sepertimana godaan iblis pada hawa. Itu yang disebut sebagai hawa nafsu. Yang menyesatkan kita adalah sang iblis dan bukan jin. Namun yang disesatkan adalah hawa nafsu kita itu sendiri. *Bermakna kawal garam akan mengawal nafsu atau sifat emosi yang buruk*. Tarik nafas dan berfikir sejenak ketika nafsu menguasai pada diri. *Nafas dan oksigen*. *Garam raja metabolisma*. *Garam itu ada dalam air liur dengan beribu enzim bergantung pada zat garam*. *Minum air kosong yang sejuk biasa amat baik merawat perut sebelum tidur*.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Friday, February 16, 2024

Promosi set kombo garam kapsul + acacia kapsul RM100 kos penghantaran percuma

 




Kombinasi atau gandingan  garam dn acacia satu  keperluan asas kerja detok paling praktikal . Apapun gejala penyakit bermula di bahagian perut dn usus . Gas atau angin yg buat darah tk lancar . Rasa kesakitan spt  bisa lengoh sengal dn kebas . Semua ubat  parasetamol spt panadol akan di tulis dgn tujuan yg sama iaitu hilangkan rasa sakit dn sekaligus mesti  rawat gastrik  . Amat berkesan tetapi kita sayangkan buah pinggang . Lebih selamat dn menyembuhkan acacia ada gandaan probiotik yg lawan kuman penyebab gas . Garam adalah mineral elektrolit yg membawa oksigen dlm kelancaran darah .

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

WhatsApp 016-9182523 Umar