Tuesday, September 26, 2023

Garam yang bergetar ini sebenarnya hidup


 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Garam yang bergetar ini sebenarnya hidup. Garam amat bertekanan dengan gelombang bunyi yang menghidupkan. Garam mengerti kerana mampu mengesan dan merakam apa yang kita niatkan. Hormatilah garam sebagai alat komunikasi sistem saraf di dalam tubuh. Kita sebenarnya kekurangan garam yang hidup ini. Kita terdedah pada garam yang mati dalam berbagai menu masakan yang diproses dan makanan ringan segera dan bergoreng.


Garam yang hidup itu sangat aktif. Dengan sifat berpasangan untuk tujuan keseimbangan. Kalsium dan iodin pada bahagian tiroid. Garam yang tinggi kaya mineral akan menguatkan tulang. Menopause akan menuju pada gangguan kesihatan tiroid dalam matrik 4 kepada matrik 5 tiroid dan akhirnya ke matrik 6 tulang. Begitulah susunan dan rangkaian penyakit yang berlaku mengikut sistem tubuh. CVT memudahkan dengan susunan angka atau matrik nombor.


Garam dalam matrik 5. Mulut masin doa pun mustajab. Berdoa dihadapan makanan itu bukan satu perbuatan yang sia-sia malah mengandungi lebih dari rahsia sesuatu yang dicipta. Hanya tuhan yang digelar pencipta dan menciptakan sesuatu. lblis dicipta dan tidak mampu mencipta sesuatu. Garam akan memainkan perubahan sesuatu zat yang sudah dicipta menjadi khasiat yang berguna. lblis amat alah dengan kekuatan getaran pada garam yang asli. Garam gunung dan garam laut bersatu di dalam *GARAM BOOSTER*. Selepas kerja garam maka gula pula akan menyambutnya agar zat terus dapat diolah menjadi tenaga.


Moga warga CVT sentiasa bergetar jiwanya dengan ilmu yang berguna. Kebingungan, was-was dan keliru adalah berkaitan kelemahan pada warna kuning dan itu amat mempengaruhi makhluk ghaib seperti jin. Tidak yakin dan takut adalah satu kerugian yang amat besar dalam mengharungi kehidupan yang penuh gangguan iblis dan syaitan. Semua makhluk ini akan melahap apa sahaja makanan secara rakus kecuali yang ada garam. ltulah juga kenapa Allaah merahsiakan zat makanan alahan ini agar makhluk yang lahap ini pula yang akan tertipu seperti mana manusia pertama iaitu Nabi Adam ‘alaihis salam tertipu. Namun kita masih ada alternatif sebagai jalan keluar pada makanan alahan dengan pengambilan garam.


Ya!!!!.. Kita masih bernasib baik. ltulah berita dan khabar gembira melalui ilmu dan kebenaran. Kita tidak mahu gula mempersalahkan garam. Garam juga boleh menyalahkan gula. Bermakna antara garam dan gula perlu sinkronis dalam fungsi atau tugas masing-masing.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Thursday, September 21, 2023

Lemak ikan mengandungi Omega 3

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Rahsia di dalam rahsia*. Ada zat makanan yang alahan akan bertukar racun dan pasti pula ada zat makanan yang akan menjadi penawarnya. Omega 6 tidak baik untuk kesihatan darah. Darah kental dan tinggi kolestrol. Elakkan makanan berminyak. Minyak yang tidak bermutu apatah lagi minyak yang diguna berkali-kali. ltu lebih jauh bahaya dari gula itu sendiri. Lemak lah yang menjadi pemicu kesihatan darah sebagai asas kesihatan. Gula hanyalah sebagai jentera pengubah atau pemangkin lemak menjadi tenaga. Jika kita sudah ada penyakit seperti barah buah dada. Maka hal lemak inilah perlu diberi perhatian yang serius. Lawan untuk Omega 6 adalah Omega 3.


Lemak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya. Seperti tuna, sardine, kembong, parang dan banyak lagi. Namun hanya ikan haruan paling sesuai untuk semua level element diri. Kerana ada juga yang alah pada ikan tuna dan sebagainya. Masih boleh kita mengambil asid Omega 3 dalam bentuk supplement di farmasi. Supplement pati ikan haruan di negara iklim tropika. Dan ikan kod di negara iklim sejuk. Antidot kena sesuai dengan geografi tempat tinggal kita. *Kenapa agaknya hal zat ini begitu rahsia dan ditutup rapi oleh tuhan ya???.*


Omega 3 amat jelas untuk fungsi otak. Kekuatan daya berfikir. Orang tua yang nyanyuk sangat memerlukan Omega 3. Mungkin ikan kembung dalam menu harian sudah mencukupi. Namun tetap boleh jadi alah pada individu tertentu. *Di mana letaknya zat Omega 3 di dalam seekor ikan itu?? Ternyata ia juga terletak tersembunyi pada hati ikan itu sendiri. Hati ikan amat kecil namun amat besar kekuatan zat untuk menjadi ubat penyembuh pada penyakit hati. Tidak sama hati ikan dan hati pada semua haiwan lain seperti lembu dan sebagainya. Hati yang sakit akan menghasilkan pemikiran yang juga tidak sihat. Orang yang sihat akan membawa pada sifat ikhlas yang semulajadi tanpa dipaksa apatah lagi untuk menghindari sifat HIPOKRIT. ASLI hati ke otak. Hati dan otak dalam kuasa berfikir yang jernih penuh kebenaran.


Bersyukur kepada yang sudah dapat membuat pemeriksaan zat makanan alahan secara menyeluruh. llmu zat yang amat misteri berbanding ilmu-ilmu yang lain. Kerana kita adalah zat. Zat itu menentukan element diri seseorang yang amat peribadi. Tak semua orang cara dan gaya berfikirnya sama. Dan keikhlasan itu hanya tuhan yang maha tahu. Semua ini pasti ada hikmah yang tersembunyi apabila tuhan menutup rapat rahsia ini. Salah satunya adalah dengan zat akan menguji kekuatan KEIMANAN kita. Tuhan mahu melihat siapa yang mampu menggunakan akal agar mampu mengenal penciptaannya melalui ilmu minda untuk menjadi orang percaya untuk diselamatkan. Akal akan memberi tenaganya cahaya aura seseorang. Kita harus jauhi sifat kebodohan dan kebebalan ini untuk mudah menjadi orang yang IKHLAS.


*Amalkan NW / SW 12 untuk HATI dan NW / SW 14 untuk hempedu yang juga terletak di dalam hati sebagai pembersih hati*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, September 6, 2023

Makan sebelum lapar atau makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Makan sebelum lapar atau makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ada ilmu pengetahuan di situ walaupun hadisnya dhaif dan ada yang kata palsu. Jika kita fikirkan tentang berpuasa itu adalah berlapar. Bila perut terasa lapar maka itu isyarat kita kena makan. Enzim pencernaan akan lebih aktif.  Tetapi tidak juga bagus jika sampai tahap kelaparan kerana asid dan gas akan meluap dan menutup enzim untuk bekerja. Gas terbentuk dengan banyak dan mengubah asid menjadi racun dan ini akan membuat ulser pada dinding perut dan usus. Kanser usus akan lebih mudah terjadi. *Yang pasti paling baik untuk kesihatan pencernaan adalah BERHENTI makan sebelum kenyang*. Yang ini nafsu makan pada kebanyakkannya gagal. Perut tidak ada ruang udara untuk membakar makanan. Tiada ruang udara maka tenaga juga tidak boleh terbentuk. Ruang perut kita di isi pada sebahagian dengan zat dan air. Dan sekurang-kurangnya ada suku ruang untuk udara. Perut akan hilang tenaga untuk membakar lemak jika penuh dengan makanan. Jika gula juga tidak dapat berubah menjadi tenaga dan lemak dan segala zat yang lain juga tidak bertukar menjadi tenaga. Gula akan tinggi dalam darah bersama lemak dan lain lain. Kita boleh sahaja makan banyak lemak dan zat zat lain asalkan disiplin makan berhenti sebelum kenyang dapat di jaga dengan ketat. Jangan tamak atau konon takut membazir.


Orang yang bijak akan makan sambil bersantai berbual dengan ambil masa dan tidak gelojoh untuk mempastikan enzim cukup bersedia mencerna satu persatu dan perut tidak tersumbat kekenyangan. Jadi hadis yang sangat popular ini ada pengetahuan yang besar di situ. Dengan cara disiplin makan yang begini akan buat perut lebih cepat rasa lapar dan kita akan makan lebih kerap dan ini membuat kita cukup zat bertenaga dan terelak dari berbagai penyakit. Ada juga yang tidak tolak untuk makan walaupun perut masih tidak lapar. Yang penting asalkan tetap berhenti sebelum kenyang atau makan dengan kadar yang sedikit sahaja. Lebih sedikit lebih bertenaga. Semoga pengamal CVT yang dikasihi dapat menghayati pengetahuan ini. Faktanya tetap ada di situ. 


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, September 5, 2023

Madu adalah gula organik yang terbaik

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Madu adalah gula organik yang terbaik*. Madu akan rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Madu juga tidak boleh dipanaskan atau dimasak. Pada suhu panas madu akan rosak total dan bertukar menjadi GULA BIASA yang sudah kehilangan zat. Madu boleh dimasukkan ke dalam minuman seperti teh dan kopi. Sebaiknya madu dimasukkan pada suhu yang suam yang boleh kita terus minum. Namun gula batu masih tetap bertahan dalam air panas. Madu yang bukan asli sukar untuk larut dalam air sejuk. Juga madu yang disimpan didalam peti sejuk yang membeku dan susah untuk dilarutkan. Madu asli tidak akan mudah beku jika disimpan didalam peti ais. Tetapi tetap tidak sesuai jika disimpan didalam peti sejuk. Madu yang asli jika diminum akan memanaskan darah dan baik untuk kesihatan darah. Aliran darah akan menjadi lebih lancar. Tidak perlu ambil ubat cair darah. Tetapi pastikan madu tetap asli.


Sebaiknya beli madu ditempat pengusaha lebah bela yang pasti keaslian madunya. Madu gunung atau pokok tinggi seperti madu tualang tetap sama dengan kualiti madu lebah yang dibela. Yang membezakannya adalah rasa sesuai dengan bunga yang berdekatan dengan habitat lebah itu dibela. Kebanyakkan madu dari arab atau madu yaman adalah madu yang diragui keasliannya kerana ia diimport dari Indonesia atau Malaysia yang sudah dicampurkan dengan gula. Kes sebegini sangat menganiaya kesihatan kita jika ambil secara berterusan. *Jadikan gula asas untuk membangkitkan sifat BERANI dan penuh YAKIN*. Sifat ini sahaja yang mampu kita menundukkan hasutan segala perkara ghaib.


Gula amat luas menguasai sistem tubuh kita. Asas gula untuk tenaga kekuatan bahagian kaki. Walaupun gula relatif beriaksi pada waktu petang namun boleh sahaja diambil bermula dari waktu pagi bersama karbohaidrat yang lain. Lebih diperlukan lagi diambil sebelum makan zat lemak dan protein di waktu tengahari. Sebab itu senaman berjalan laju pada sebelah petang amat sesuai. Tidak perlu berlari seperti berjogging.


Doa saya moga semua warga CVT diberi kasih kurnia dan mendapat keselamatan dan menjadi pilihan Tuhan menuju kembali ke taman syurgaNya. Alhamdulillah. Ameen.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.