Saturday, January 16, 2021

NW15 Pankreas Kencing Manis

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Kuning dalam matrik 7 bahagian PERUT secara umum. Organ berkaitan NW 12 perut, hati dan limpa. NW 13 buah pinggang, NW 14 hempedu dan NW 15 pankreas. Bahagian pencernaan. Pasangan NW 8 iaitu bahagian daya pemikiran.  Bermakna selepas matrik 7 terganggu maka matrik 8 iaitu jantung dan paru-paru yang menguasai jiwa atau kalbu akan menyusul dan menerima kesan jangka masa panjang. Jika pemikiran terganggu sebenarnya ia berkaitan dengan sistem pencernaan atau apa yang kita makan dan terhimpun di perut. Secara psikologi konvensional setiap organ tertentu memiliki karakter tersendiri. Pada ruang kuning inilah terhimpun penyakit bersama karakter negatif seperti dendam, kebencian, prasangka, sakit hati, tak berhati perut, was-was, keliru, dan lain-lain. NW 14 hempedu ada rasa hasad dan kedengkian. 


Puasa khamis kuning adalah simbolik membersihkan bahagian zahir yang mencerminkan pemikiran negatif. Selepas bersih barulah ada penyucian dna pada bahagian kandungan orange yang akan menentukan zuriat dan kelangsungan keturunan yang baik. Apa yang kita makan dan itulah penentu karakter dan sekaligus penyakit. Rawat penyakit sekaligus rawat karakter. Jika dalam psikologi Islam bahagian ini perlukan keikhlasan. Keikhlasan akan mengimbangi asid dan bes dalam perut. Semua karakter ini boleh di kawal jika kita menggunakan akal sihat dan tidak tertipu dan tergoda dengan ketamakkan dunia. Oleh itu di dalam Islam makanan yang ada kandungan protein yang baik akan menentukan karakter hasil riaksi asid amino membentuk nitrogen.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

No comments:

Post a Comment