Thursday, June 25, 2015

Sejuta Wajah & Seri Wajah : Miliki Seri Wajah Pengantin

 

Seri Wajah : Aromatherapy Vibration : Miliki Seri Wajah Pengantin
Pati bunga-bungaan yang dipertenagakan | Petua menaikkan seri wajah Anda


Haruman Kerohanian Diri Aromaterapi Sebenar
Rawatan era terkini di alaf baru dalam sifat warna melalui proses tafsiran otak ke atas gelombang magnetik dan elektromagnetik.

Rawatan berbagai penyakit melalui kecantikan kulit dan sistem kederiaan dengan menggunakan konsep Aromatherapy dan dengan teknik Hidroterapi Ais (Terunggul dan pertama di dunia)

Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.

Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will Power) secara semulajadi.

Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.


Pati Bunga Yang Dirakam Semula Dengan Daya Magnetik

Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ubat yang boleh menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi.


Pati bunga melalui terapi magnetik yang merangsang semula aliran tenaga magnetik akan bekerja secara langsung pada bahagian yang sakit.
Pati bunga yang telah dimagnetikkan tidak memerlukan diagnosis untuk mengesan bahagian yang lemah kerana daya magnetiknya berupaya mengesan terus dan mencari sasaran kawasan yang lemah malah merawat punca kepada terjadinya penyakit.

Ahli sains dan bijak pandai hari ini terpaksa mengakui bahawa badan kita yang disokong oleh berbagai struktur tulang terutamanya tulang belakang sebenarnya mengalirkan daya magnetik yang besar dan merupakan struktur yang terbina daripada beberapa unit magnet.

Seri Wajah mempunyai kadar gelombang yang sangat pendek bagi membolehkan setiap atom mampu dipengaruhi oleh deria.

Perlu diingat daya magnetik tidak hanya mengalir di dalam atau di luar tubuh tetapi juga beredar di dalam medan magnet yang disebut aura.

Aura atau medan magnetik yang kuat terhasil daripada tubuh seseorang amat berpengaruh dan menguasai aura di persekitaran tubuh. Oleh itu, semua jenis unsur kehidupan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan akan tunduk kepada kekuatan aura daripada tubuh seseorang yang bertenaga.



Bagaimana Seri Wajah Memainkan Peranan


Seri Wajah dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan.

Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang thyroid untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.

Mengawal selera serta meningkatkan metabolisme bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing.

Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran.

Sebenarnya terdapat berbagai cara menerapkan semula daya magnetik dengan menggunakan pati bunga Seri Wajah kepada bahagian tubuh badan kita.

Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah berikut atau menurut keperluannya:
  • Sapuan 3 kali di wajah menggunakan tapak tangan dengan asas air bersama ais sebelum tidur pada waktu malam, boleh disertai dengan urutan ringan
  • Sapuan di seluruh tubuh sebelum tidur disusuli dengan berselimut di dalam ruangan atau bilik yang dingin dan gelap
  • Untuk mandian Titiskan Seri Wajah ke dalam bekas air mandian (bersama ais), khususnya bagi bilasan-bilasan terakhir selepas mandi
  • Rendaman tubuh secara keseluruhan
  • Urutan ringan menggunakan ais atau air sejuk bersama beberapa titik Seri Wajah pada bahagian yang diinginkan
Anda juga boleh mencuci wajah dengan Tea-Tree Cleanser dan selepas dibilas, sapukan Seri Wajah ke seluruh muka termasuk bahagian ubun-ubun, belakang cuping telinga dan di bawah dagu. Kulit wajah anda lebih segar malah bercahaya dalam rahsia awet muda.

Bukan itu sahaja, aura diri anda akan lebih bersinar mengiringi kehidupan anda.

Penggunaan secara rutin dan berterusan bagi meningkatkan kepekaan sistem kederiaan di dalam meningkatkan psikologi atau mengatasi masaalah:


  • Rasa percaya diri
  • Kepuasan jiwa
  • Iri hati sedih
  • Curiga dan mudah tersinggung
  • Ragu-ragu
  • Ketidaksabaran

  • Menunda-nunda
  • Kejernihan dalam berfikir
  • Rasa benci dan dendam
  • Histeria
  • Perasaan kehilangan arah
  • Daya ingat

  • Konflik
  • Lesu
  • Rasa kebingungan
  • Rasa pengertian
  • Perasaan kosong


Kelebihan Aromaterapi Seri Wajah

Hanya manusia sahaja sebagai makhluk yang paling peka pada wangian, manakala syaitan/binatang/jin amat alah atau tewas pada wangian.

Wangian Seri Wajah memiliki manfaat yang beragam 1001. Cara kegunaan mulai dari pertolongan mempertingkatkan Sirr /Dinding/Perisai halus sehingga membangkitkan perasaan riang dan memulihkan tenaga/stamina.

Bagaimana untuk mengetahui ia telah memberi kesan kepada kita?
  • Mengubah dan menimbulkan berbagai reaksi pada perasaan kita.
  • Menimbulkan perasaan muda dan menyegarkan/tenang /relaksasi
  • Meredakan ketegangan/imsomnia
  • Sirkulasi darah lebih teratur dan menghilangkan rasa sukar bernafas
  • Memperbaiki masaalah pencernaan
  • Mengatasi kekejangan otot
Wangian Seri Wajah paling pantas dan tepat mengesan/menuju ke kawasan sasaran apabila digunakan. Bakteria akan terencat pada wangian. Manakala sel-sel hidup semula dengan wangian khususnya Seri Wajah.
  • Proses penyulingan adalah menggunakan wap/gas unsur otak paling ringan.
  • Wap/cairan (distimkan) akan keluar apabila dikenakan tekanan
Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan aroma/haruman tubuh yang paling semulajadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini.

Artikel Majalah RIAS - September 1999
Ruangan Kecantikan

Miliki Seri Wajah Pengantin
Oleh: Azimah Omar

Setiap pengantin harus kelihatan berseri. Mungkin sebab itulah para tetamu ingin menatap wajah pengantin untuk melihat betapa berserinya dia. Jika tidak, mereka akan menyangka yang bukan-bukan warna baju tidak sesuailah, gaya solekan tidak menyerlah wajah atau mak andam tidak pandai .

Anda sendiri boleh berusaha untuk kelihatan berseri. Satu keadah terkini yang boleh anda cuba di rumah ialah set Seri Wajah, rumusan ciptaan Dr. Norhisham Wahab dari Colour Vibration Therapy. Amalan Seri Wajah dikatakan sungguh mudah diikuti dan berkesan menyerlahkan penampilan si pengamal.

Selepas mencuci muka dengan pencuci tea tree , campurkan satu titis minyak aromatherapy kedalam semangkuk air yang telah diletak seketul ais supaya sejuk. Sapu pada seluruh muka, anda dapat cium baunya yang harum. Anda pasti berasa ceria.

Kini anda tidak perlu lagi mencari dan memetik bunga-bunga tertentu pada bulan mengambang supaya lebih berkesan. Yang seronoknya anda boleh melakukan mandi bunga pada bila-bila masa! Namun waktu malam didapati lebih berkesan kerana kulit menjadi deria paling penting ketika ini untuk proses membaik pulih menerusi bulu roma sebagai penerima rangsangannya. Menurut Dr. Norhisham terdapat satu medan getaran tinggi dipanggil cahaya dalaman bagi membongkar rahsia warna dalaman . Inilah seri anda.

Seri Wajah dirumus secara saintifik di dalam makmal untuk merangkap getaran tenaga bunga waktu bulan mengambang, kata Dr. Norhisham. Ia kemudian diuji secara dermatologi, dengan tahap risiko yang amat kecil. Bahan pelembab pengandungi liposome yang menyerap jauh kedalam lapisan-lapisan kulit atas. Ia mampu merangsang vitamin dan asid amino bagi melembap, melindungi dan membaharui kulit secara maksimum. Ia mengandungi 1,001 kegunaan bagi mereka yang tahu rahsia di sebalik misteri gelombang tenaga getaran bunga-bungaan.

Seri Wajah mampu merangsang hormon kecantikan yang terpendam dalam bahagian kesuburan wanita dan lelaki. Rahsia kegelapan malam dengan sinar UV bertindak merangsang hormon melalui sel-sel kulit muka semasa tidur. Tenaga getaran bunga-bungaan yang diberi rangsangan yang sama frekuensi dengan sistem otak mencapai tahap hormonis bagi sistem tubuh berfungsi ke paras optimum.

No comments:

Post a Comment