Wednesday, August 2, 2023

Karbohaidrat untuk sumber energi

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hakikatnya untuk menjaga kesihatan kita memerlukan karbohaidrat untuk sumber energi. Tidakkah kita nampak bahawa setiap orang yang sakit terlantar itu amat lemah sehingga hilang  suara dan nak buka mata sahaja tidak mampu. Itulah tanda tenaga atau energi perlu dipulihkan terlebih dahulu. Kalori dalam sumber makanan diperlukan. Kita akan senang hati apabila pesakit sudah mula mahu makan. Yang sihat pastilah berselera semula. Yang ada rasa lapar itu pastilah satu nikmat pemulih selera ketika berpuasa. Energi hasil dari karbohaidrat dan lemak yang paling banyak. Bermakna kita kembali kepada asas gula dalam menghasilkan tenaga di dalam tubuh. Zat pembangun seperti protein dan zat pengatur seperti vitamin dan mineral adalah keperluan no dua. Namun semua ini akan bekerja serentak mengikut riaksi kimia secara teratur. Terlebih mineral mudah menimbulkan komplikasi penyakit apatah lagi jika kekurangannya akan menjadi punca kepada berbagai jenis penyakit. Zat penyembuh akhirnya kembali kepada vitamin. Vitamin akan mengubah karbohaidrat lemak dan protein menjadi tenaga bersama air dan mineral. *PERSENYAWAAN SEL BERGANTUNG PADA VITAMIN*.  Yang sakit akhirnya adalah sebuah sel. *Sel dan tenaga*. Namun di dalam sel tiada gula. Gula berada di luar sel berlambak di dalam darah. Sebuah sel harus memiliki TENAGA untuk kembali bekerja menjalankan fungsinya. Tanpa tenaga vitamin sebagai penyembuh tiada gunanya. Jika kita makan makanan yang menjadi sumber tenaga namun tiada vitamin, mineral dan air maka tenaga tidak dapat di hasilkan juga. Oleh itu bila kita sudah terkena satu penyakit akibat kekurangan vitamin maka ubat penyembuh asas adalah tenaga yang ada dalam zat sampah yang tersisa yang ada di dalam kita sendiri.


Umpamanya kanser bukan lah satu penyakit dasar ia hanyalah kerana tubuh kekurangan vitamin. Sama juga dengan penyakit mulut dan gusi yang meragut banyak nyawa suatu ketika dahulu pada para pelaut yang juga sebenarnya kekurangan vitamin C. Vitamin C sebagai pengubah dan penyusun zat. Namun jika tidak ada zat makanan sebagai tenaga pengubah maka vitamin semulajadi dalam buah-buahan dan sayuran tidak akan bermakna apa-apa. Asasnya pastikan pesakit ada selera makan dahulu dan vitamin akan menyusul dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk memberi selera makan pada perut maka pastikan kita makan buah-buahan sebagai pembuka selera khasnya makan petang. Makan pagi di awal zat mineral yang sudah memadai dengan garam booster dan air sejuk. Namun buah-buahan jenis apa yang serasi dengan tubuh kita agar selera makan dikembalikan. Maka diagnosis AK amat membantu kerana itu adalah cara kita bertawakal pada Allaah. Yang tidak suka makan buah dan sayuran maka *Liquid Chlorophyll* adalah pilihan untuk vitamin dan mineral yang menjadi asas keperluan kesihatan darah.


CHLOROPHYLL ada vitamin dan mineral yang bersama dengan asas darah. Hakikatnya NW adalah sumber tenaga dalam frekuensi sel-sel tubuh. Namun zat-zat makanan perlu ada untuk di ubah bersama NW menjadi tenaga berganda. Apa pun menetapkan zat pada tubuh tanpa diagnosis dalam mencari kesesuaian dan keserasian mengikut elemen diri adalah satu kerugian. Yang maha menetapkan hanyalah Allaah. Kita perlu mendiagnos dalam mencari kebenaran ilmu zat yang sebenarnya kembali berserah dan bertawakal pada Allaah. Jangan hairan ada yang di diagnos alah pada buah kurma dan alah juga pada garam. Ada keistimewaan pada kes begini yang Allaah jua yang tahu.


Jelas sekali ilmu penyakit yang berkaitan zat pemakanan adalah misteri rahsia yang belum terungkai. Moga kita dapat luangkan masa untuk hadir dalam kelas lanjutan yang akan datang. *Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment