Monday, May 13, 2013

Colour Vibration Therapy (CVT)

"Colour Vibration Therapy atau CVT adalah suatu konsep perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan alternatif dan komplimentari yang pertama seumpamanya menggabungkan faktor-faktor cahaya, warna dan bunyi serta kaitannya masa sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi melalui penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah melalui Seni Sains Fizik Alamiah yang berasaskan Islamisasi Ilmu."

Professor Dr. Norhisham Wahab (CEO)


Konsep Colour Vibration Therapy (CVT)
Tenaga Cahaya Nampak (Matahari & Bulan) Yang Dirakam Melalui Bunga-bungaan Yang Bersih Lagi Suci.
 
Aspek Formula & Kelebihan Produk Colour Vibration Therapy (CVT)
Formula CVT bersifat semulajadi serta 100 peratus bebas daripada bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindakbalas kimia berbahaya atau keracunan di dalam tubuh samada dalam jangka masa panjang  atau sebaliknya.


Tidak menggunakan bahan-bahan daripada haiwan atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif dan terlalu aktif akan menimbulkan kesan sampingan yang berat. Ini membuatkan CVT mengubah kaedah dengan meniru frekuensi sesuatu bahan yang bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya  dan getaran bunyi di dalam tubuh manusia.

Frekuensi tersebut akan bergetar menurut keseimbangannya selain mempunyai warna tertentu bagi membentuk keseimbangan serta-merta pada bahagian tubuh yang tidak seimbang melalui penggunaan yang kerap dan konsisten.

CVT memiliki teknologi memerangkap, meniru dan merakam semula pelbagai bentuk getaran dan gelombang daripada sumber seperti bunga-bungaan, kristal, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Adunan secara sistematik 7 jenis pati bunga-bungaan di dalam satu pati bunga dikenali sebagai "Aromatherapy Vibration" atau Seri Wajah sebagai  medium dengan tenaga magnetik yang berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dan frekuensi tertentu yang harmoni.

CVT juga dengan teknologi memerangkap pelbagai bentuk tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tahap tenaga yang rendah / kecil, tetap dan konsisten dengan kelajuan yang tinggi serta berfrekuensi rendah sehingga di bawah 6 Hertz sebagai bentuk tenaga yang amat semulajadi.

Formula CVT juga bertindak sebagai bahantara yang membawa tenaga dalam bentuk frekuensi dan getaran warna  yang akan mencari sasaran di dalam tubuh atau organ yang juga mempunyai frekuensi dan getaran warna tersendiri menurut meridian dan kedudukan tertentu.


Kos Penghantaran Poslaju Percuma!!