Thursday, February 27, 2020

Kanser atau barah berkaitan pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kanser atau barah berkaitan pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal. Sel-sel ganas melebihi sel-sel sihat. Semua bermula dari pintu pertama zat yang nak masuk ke dalam darah iaitu usus. *Sebab itu NW 19 dan ACACIA keperluan asas.* Sel-sel kanser menjadi tidak siuman kerana faktor zat-zat pemakanan yang kita makan menjadi alahan pada diri. Juga berkaitan makanan yang tercemar dengan radiasi bebas. Sayuran dan buah-buahan yang sudah tidak lagi selamat kerana faktor racun dari bahan pengawet. Namun yang lebih ketara akan terjadi mengikut keturunan yang mewarisi gen kanser. Kanser dalam otak bermakna berkaitan makanan lemak yang berlebihan. Bahagian kesuburan seperti payudara dan sistem seksual seperti ovari berpunca dari makanan yang tinggi kolesterol. Bahagian hati, perut, pankreas dan buah pinggang berkaitan zat-zat protein yang menjadi toksik. Bahagian tulang, otot dan saraf berkaitan makanan yang terlalu tinggi serat dan terlalu kaya zat mineral dan berbagai vitamin yang berlebihan.

Bermakna konsep berpuasa sunnah Isnin dan Khamis yang dianjurkan sangat berkesan menyekat sel-sel dari terus memakan zat-zat yang berlebihan dan tidak sesuai pada tubuh. *Puasa Isnin akan memberi rangsangan tubuh menguatkan sistem imun.* *Puasa Khamis memberi pembersihan atau detok pada bahagian usus dan perut mencerna zat bertukar menjadi tenaga.* Untuk makanan menjadi tenaga pula kita mesti mengamalkan garam organik pada awal pagi untuk kerja metabolisma. Manakala gula perlu diamalkan sebelum memulakan makan makanan yang berat. Gula adalah bahan bakar pada semua zat yang kita makan agar tidak menjadi sisa toksik lambakan dalam darah. Meninggalkan garam dan mengurangkan gula tidak akan mengubah segala zat menjadi tenaga. Tenaga yang dimaksudkan adalah semua zat makanan bertukar menjadi oksigen. Oksigen yang cukup dalam aliran darah akan di hantar ke seluruh tubuh bagi keperluan tenaga hayat semua sel tubuh. Atas sebab itu kanser dikaitkan dengan sel-sel seluruh tubuh berkembang secara mendadak dan tidak terkawal yang sebenarnya berkaitan dengan zat-zat yang berlebihan. Namun karbohaidrat berlebihan tidak akan menjadi punca kepada sel-sel menjadi ganas. Kerana karbohaidrat adalah keperluan untuk sel-sel hidup sihat bertenaga dengan kehadiran oksigen dalam darah. *BERUNTUNGLAH PADA MEREKA YANG SUDAH MENDIAGNOS ZAT-ZAT PEMAKANAN*. Ada yang tidak menyangka kerana tomato yang sangat digemari itu menjadi punca sel-sel tubuh menjadi sel barah dengan cepat. Jika aliran darah tersekat maka sel-sel yang bertumpuk akan membentuk ketumbuhan dan akan mengganggu fungsi mana-mana organ yang diserang. Kita bimbang pada yang sudah menjalani kemoterapi atau terapi radiasi radioterapi akan menambah sel-sel mati menjadi makanan sel-sel ganas pula. Semua berkaitan zat dan pemakanan. Itulah hikmah berpuasa. Tujuan mengawal pertumbuhan sel-sel tubuh yang tidak sihat.

Bermakna yang sakit itu jelas adalah sebuah sel. Oleh itu yang hendak di rawat adalah sebuah sel. Karakter sel itu perlu di rawat dengan frekuensi gelombang yang ada sifat-sifat sel dan itulah sifat-sifat diri kita sendiri. Sel-sel kehilangan bunyi atau resonansi yang bertekanan. Sel hilang panduan. Rawatan konsep gelombang cahaya dalam frekuensi warna dan bunyi yang bertekanan amat tepat dalam era moden yang penuh gangguan gelombang ini. Umpamanya sifat ikhlas adalah sifat yang akan meneutralkan sekaligus menditoksifikasi sel-sel ganas ini. Bersedekahlah dengan ikhlas kerana quantum energi ikhlas amat kuat memberi kesan merawat sel-sel ganas yang menular dalam darah ini. Lakukanlah pekerjaan merawat dengan penuh keikhlasan juga akan membantu diri kita sendiri dari terelak dan terkena penyakit gangguan sel ini. Lakukanlah rawatan *TERAPI AIS* secara berkala setiap bulan untuk sel-sel disusun semula mengikut frekuensi warna yang sepatutnya. *TERAPI AIS* ini adalah rendaman yang amat relevan dalam menyusun semula sifat-sifat sel gila menjadi siuman semula. Sel-sel yang pincang dan bercelaru dengan fungsi yang tidak tepat boleh berpunca dari makanan yang kita ambil mengandungi berbagai zat yang menjadi alahan. Semoga kita dalam CVT semakin faham tentang siapa yang sakit dan apakah yang hendak kita rawat. Membedah pada sel-sel ketumbuhan hanya akan menambah ganas sel. Oleh itu jagalah zat-zat dengan cara mendiagnos mengikut spesifik niat berkaitan area sel yang menyerang atau secara umum pada yang belum menghadapi penyakit nombor satu yang sangat mematikan ini.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, February 25, 2020

Bahaya merokok kesan dan akibat kepada diri dan orang disekeliling

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di  kalangan  masyarakat  beratus  tahun  terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. 

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. 

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. 

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. 

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. 

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. 

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. 

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. 

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. 

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. 

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama 
- Dapat menghindari racun 
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
- Meningkatkan deria rasa dan bau 
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
- Yakinkan diri 
- Buat nota peringatan 
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
- Tumpukan pada hari ini 
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan 
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian

Monday, February 24, 2020

Bahaya Chemotherapy Dan kesannya terhadap kesihatan

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Chemotherapy adalah satu-satunya kaedah rawatan yang sebenarnya sangat mencabar dan penuh risiko dengan begitu banyak kesan-kesan sampingan yang sudah di jangka. Jika di tanya pada para doktor yang terlibat mereka mengatakan ianya amat selamat dan semua anggapan itu hanyalah mitos semata-mata. Sebenarnya sel-sel sihat lebih banyak yang akan di matikan. Sel-sel mati sudah tentu pun mati. Sepatutnya tugas kita yang paling munasabah adalah bagaimana menambah sihat sel dengan meningkatkan sistem imun dan sekaligus mengeluarkan sel-sel mati. Pengidap kanser digalakkan untuk berpeluh dengan banyaknya. Proses perpeluhan adalah bagaimana proses penyingkiran sel-sel mati. Namun pesakit perlu mengambil garam organik yang secukupnya. Sel-sel mati dapat ditarik keluar bersama garam melalui aktiviti perpeluhan. Sel-sel mati tersingkir keluar bersama garam. Jika tiada garam berpeluh tidak cukup berkesan untuk membuang sel-sel mati di kulit. Bersyukurlah Allaah telah menganugerahkan kulit memiliki pori-pori yang banyak untuk mengeluarkan segala kekotoran termasuklah sel-sel mati. Sel-sel mati harus disingkirkan secara semulajadi selamat malah berkesan.

Sebenarnya rawatan membunuh sel adalah paling tidak rasional. Tenaga hayat kita bergantung pada jumlah sel yang sihat. Membunuh sel bererti akan memendekkan jangka hayat. Seperti nak membunuh seekor nyamuk tetapi satu kelambu yang dibakar. Ubat kemo tidak dapat mengenal sel ganas dan sel sihat. Sel ganas bererti karakter sel itu tidak berada dalam keadaan siuman. Bererti pesakit perlu bersiap sedia dengan kesihatan emosi dan mental sebelum memilih rawatan kemo yang biasanya besifat susulan. Kemo adalah rawatan yang penuh radiasi yang sangat bersifat toksik juga. Sel-sel rambut akan gugur dan rasa kepanasan yang melampau menyukarkan pesakit untuk tidur lena dan selebihnya terus bertahan menuju kesukaran yang menyeksakan. *Kesan sampingan juga akan lebih cepat terjadi jika tidak di kendalikan oleh doktor yang pakar memantau makanan suppliment yang di ambil oleh pesakit dalam masa menjalani rawatan ini*. *Dan pernahkah doktor mendiagnos zat makanan suppliment mana yang alah dan tidak sesuai??.???* Tenyata industri Chemotherapy sangat mementingkan keuntungan berbilion dolar dan masih di tahap ujian dan percubaan dalam menangani kesan sampingan yang pasti akan berlaku mengikut prosedur pada setiap yang juga berbeza. Kulit bukan sahaja cekap menyerap garam malah menyingkirkannya bersama toksik dan sel-sel mati. Oleh itu terapi garam untuk resapan pada kulit adalah lebih praktikal. Penggunaan garam dalam *HIDROTERAPI AIS* adalah mengikut salah satu prosedur ini. Menyingkirkan sel mati dari dalam badan yang hidup. Sel-sel mati boleh mempengaruhi jiwa seseorang dan menjadikan hidup tanpa semangat. Penggunaan *SEJUTA WAJAH* akan mengambil tempat untuk menggantikan vital energi yang tersingkir berpindah keluar. Berubahlah dan kembali kepada rawatan semulajadi rendaman ais atau garam dalam *HIDROTERAPI AIS*. Visi spiritual akan lebih aman jika di takdirkan akhir hayat datang memanggil.

*Gunakan TEA TREE CLEANSER bagi cucian kulit.* Sel-sel mati yang berbau busuk dan akan menyebabkan air berubah warna keruh atau sehingga menjadi hitam pekat. Kesimpulannya, Rawatan kemo walaupun berjaya tetapi tetap tidak dapat mengawal atau menyekat pertumbuhan sel-sel ganas yang baru.  Jelas rawatan ini perlu di lakukan secara berterusan sehingga akhir hayat. Semoga rawatan terapi *HIDROTERAPI AIS* menjadi pilihan pada pesakit kanser yang masih muda. Yang sudah berumur pada tahap kritikal dan telah menjalani rawatan kemo dalam masa yang panjang biasanya akan kembali dengan penuh ketenangan. Jangan berkira jumlah garam. Lebih banyak lebih baik dan kemuncaknya adalah bagaimana terapi radiasi gelombang bunyi yang bertekanan mengusir keluar sel-sel ganas yang tidak lagi sama dengan frekuensi asalnya. Kita dalam CVT mencari persamaan dan keseimbangan frekuensi.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Sunday, February 23, 2020

Keperibadian seseorang daripada karektor

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbicara tentang keperibadian seseorang tidak ada yang sama walaupun dilahirkan pada tarikh dan waktu yang sama. Bagi yang mahu berfikir akan mengkaji secara luas bermula dari bentuk muka dan kepala. *Hakikatnya panduan mesti disusun dalam empat unsur iaitu nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon agar tidak bercelaru.* Umpamanya telinga pada setiap individu juga tidak pernah ada yang sama. Bentuk dan warna, mata dan corak retina pada anak mata juga boleh menentukan kegagalan sistem tubuh dan karakter seseorang. Dan ini juga tidak pernah sama pada setiap orang. Apatah lagi dapat dibezakan bentuk hidung, mata, kening, dagu, dahi dan lain-lain. Corak rambut, janggut dan misai juga tersendiri. Belum lagi dilihat secara menyeluruh bentuk tubuh dari segi saiz dan sebagainya. Warna kulit juga sangat mempengaruhi karakter. Begitulah unik anak cucu adam yang diciptakan dari tanah liat hitam yang dibentuk dan diberi roh mengikut perincian yang tersendiri. Yang sama walaupun warna kulit berbeza tetapi tetap sama adalah warna kuku tetap putih kemerahan.

Cara berjalan dengan gaya percakapan dan intonasi suara juga amat mempengaruhi perjalanan hidup. Cara berfikir mempengaruhi kekuatan keimanan pada kepercayaan dan keyakinan diri juga mencorakkan maruah dan harga diri. Bermakna yang mengenal diri melalui akal dan kuasa berfikir dapat memperbaiki diri dan mampu mengubah ketentuan nasib. Melainkan sememangnya ia dilahirkan menjadi sangat malang dan cenderung ke arah sial dari satu ketentuan keturunan yang tidak baik. Namun untuk mengubahnya kita hanya perlu *redha dan BERSYUKUR.* Orang yang berjaya melalui ujian sebenarnya selalu mengucapkan syukur dan terus bersyukur. Itulah kunci mengubah nasib yang buruk. Oleh itu di larang menentukan nasib seseorang melalui pemetaan tarikh lahir dan angka-angka melainkan sekadar panduan menentukan sistem tubuh dan mengenal karakter dan identiti keperibadian sahaja. Soal jodoh, rezeki, dan ajal maut tidak berkaitan untuk dikongsi.

*Dengan angka dan warna yang mempengaruhi kesihatan juga sangat mempengaruhi AKHLAK.* Umpamanya mereka yang banyak angka 6 iaitu hitam mewakili tanah atau karbon. Rahsia tanah adalah asas kepada semua kejadian unsur yang lain. Beruntung mereka yang ada angka 6 ini. Atau jika tidak kenal diri dan tidak akan ada rasa nak bersyukur maka angka 6 ini akan hilang ghaib ditelan masa. Maka 6 itu akan mudah mendapat gangguan makhluk halus yang iri hati dengan sifat hakikat tanah yang makrifat pada kejadian manusia. 6 itu simbolik material kekayaan atau kebendaan dari tanah atau sebaliknya. Oleh itu perlu positif dalam membaca dan merawat kesihatan tulang jika mahukan hakikat 6 menjadi nyata. Musuh utama no 6 ini adalah keloh kesah. Amat bijaksana pada yang membaca pemetaan tarikh lahir dapat menterjemahkan secara positif pada setiap rangkaian angka-angka pada diri seseorang. Jika di baca secara buruk kelak membawa kepada keburukkan. *Jelas bahawa mengenal diri secara berilmu dengan menjaga AKHLAK sekaligus dapat menjaga tahap kesihatan dan itulah cara kita mengubah nasib yang buruk.*

*Oleh itu beruntunglah pada individu yang mampu membaca dan mengubah diri pada semua sudut secara positif dan mengelakkan minda dari terhasut dengan kejahatan syaitan yang sentiasa mendorong kepada musibah dan kemiskinan.* *Perhatian.* *Tajuk Kelas Asas Eksklusif kenal diri pada 8 hb March 2020 ini juga akan  memberi penekanan pada tajuk pemetaan tarikh lahir.*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, February 18, 2020

Kulit sebagai organ deria yang hebat

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sungguh hebat kulit sebagai organ kederiaan yang pelbagai guna dan sensasi. Berbanding organ deria hidung, mata dan lidah. Kulit menyimpan banyak memori dalam pigmen dermis dan epidermis. Sementara kita hidup, kulit merupakan organ terbesar, tercanggih dan paling sensitif. Kulit sentiasa berinteraksi cekap dengan otak dan menerima ransangan dari luar dan dalam. Mengimbangi suhu, mengawal peluh. Reseptor dari akar rerambut sebagai antena pengesan pergerakan apa sahaja dipersekitaran. Sebab itu si buta lebih peka mata hatinya yang sentiasa berinteraksi dengan kulit. Si buta mempunyai sensor kepekaan kulit paling nipis pada hujung jari jemari untuk membaca brail. Si buta sebenarnya dibantu dengan pengaruh deria kulit dan dapat di tukar menjadi bunyi pada telinga. Si buta masih tidak pekak. Namun si bisu akan menjadi pekak dan kurang daya interaksi. Jadi janganlah dihina si buta. Kulit akan menterjemahkan ketetapan DNA dalam peristiwa yang baik lagi murni bagi yang menjaga kebersihan kulit.

5 kali sehari dalam rahsia besar mengambil air sembahyang adalah merangsang sensori kulit dalam memori air. Kulit mengerti dan sentiasa memberi stimulus dan implus gerak balas yang sangat peka. Ketajaman minda bergantung pada kelainan deria kulit yang dapat menerima cahaya dan menukar zat seperti zat vitamin D untuk tulang. Jelas kulit dengan rahsia cahaya dan bunyi saling berinteraksi. Setiap orang memiliki bau kulit yang tersendiri dan berubah mengikut emosinya. Kulit bayi amat sensitif untuk menerima sentuhan kasih dari si penyayang yang murah rezeki dan dikasihi Allaah. NW untuk kulit adalah 14 hempedu dan 12 hati. Setelah mati memori khazanah maklumat DNA kita dari kulit berpindah ke tulang dan bila dibangkitkan semula kulit akan menjadi saksi berinteraksi itu benar. *CVT dengan konsep kederiaan, shower gel, T-Tree Cleanser, HDI dan kaedah CVT mengambil rahsian ini.*

Sel kulit mati perlu di singkirkan secara semulajadi dengan air. Itulah rahsia mengambil wudhu. Itulah pelembab yang paling selamat. Namun garam dalam hdi sangat efektif meluruhkan sel-sel mati yang lama melekat di dasar kulit. Pernah berlaku dalam tempat rendaman dijumpai setengah kilo sel kulit mati yang menyerupai habuk papan. Pesakit itu telah melalui kemoterapi bagi kes kaser tahap 4. Bayangkan begitu sukarnya  kehidupan pesakit ini. Perlupusan secara paksa untuk menyingkirkan sel kulit adalah tidak di galakkan. Waktu kita tidur sel-sel kulit kita amat banyak yang gugur. Tempat tidur harus di kibas selalu agar sel sel kulit mati tidak membawa maklumat mimpi yang buruk dan mengerikan. Sifat ikhlas sangat signifikan dengan kesihatan hati. Umpamanya peribahasa BURUK SIKU. Itulah makna mendalam orang yang sudah memberi dan meminta semula. Jelas tiada keikhlasan dan nanti buruklah kulit khasnya di bahagian yang banyak urik asid seperti disiku. Cuba lihat SIKU masing-masing.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Saturday, February 15, 2020

Rahsia ambil air sembahyang wuduk

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rahsia ambil Air sembahyang pada waktu perubahan pertukaran warna 5 kali sehari. Merangsang dan meningkatkan kepekaan kulit terhadap rangsangan luaran. Maklumat seluruh peristiwa ada di bawah sel-sel kulit. Kulit pancaindera atau reseptor paling bermaklumat dalam kecepatan menghantar atau transfer impuls arus letrik ke otak. Islam sangat menganjurkan kebersihan kulit. Bermula dari telapak tangan dan seluruh kulit pada wajah. Dua telapak tangan dan wajah ada rahsia terbesar pada konsep cahaya. Wajah dan telapak tangan paling mudah terkena radiasi. Mengambil air sembahyang akan memberi pertahanan pada penyakit berjangkit khasnya dari bawaan angin seperti Coronavirus. Kepekaan organ deria dapat merangsang sistem organ dalaman. Tetapi kepekaan bulu roma sebagai entena perlu dengan air sejuk. Sebab itu bila keadaan sejuk atau ada sesuatu maklumat dari luar yang kita tidak nampak  maka bulu roma akan berdiri tegak.

Aktifkan sistem kederiaan agar organ deria mendapat gerak balas terhadap rangsangan dengan tepat. Keberkesanan yang luar biasa dalam konsep kederiaan di lidah dalam pengambilan NW bergatung pada disiplin cara pengambilan. Energi yang di hantar mesti lebih besar dari energi penyakit. Saya mohon agar konsep ini akan di praktiskan dengan tekun dan penuh istiqomah. Iblis, Jin dan syaitan tidak dapat menembusi benteng perisai apabila sistem kederiaan kita peka dan aktif. Resonansi dalam memori air sembahyang sebagai perisai yang  sepatutnya asas membuat kita khusyuk.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.


Coronavirus di malaysia

My classmate's uncle and nephew, graduated with a master's degree, and work in Shenzhen Hospital.  He is being transferred to study Wuhan pneumonia virus.  He just called me and told me to tell my friends: If you have a runny nose and sputum when you have a cold, you cannot be a new type of coronavirus pneumonia, because coronavirus pneumonia is a dry cough without runny nose. This is the simplest way to identify.  Please tell your friends that if you know more about medical knowledge, you will have more awareness of identification and prevention.  Dean Reference
 Repost
 This time, the Wuhan virus is not heat-resistant and will be killed at a temperature of 26-27 degrees. Therefore, drink more hot water. You can tell your friends and relatives to drink more hot water to prevent it. Go under the  Sun. It has been cold recently, and drinking hot water is also very comfortable. It is not a cure and is good for the body. Drinking warm water is effective for all viruses. Try not to drink ice, remember!


Doctor's advice about coronavirus:

1. It is pretty large in size (cell is about 400-500nm diameter), so any normal mask (not just the  N95 feature) should be able to filter it out. However, when someone who's infected sneezes in front of you, it will take a great 3 meters (about 10 feet) before it drops to the ground and is no longer airborne.

2. When the virus drops on metal surface, it will live for at least 12 hours. So remember if you come in contact with any metal surface, wash your hands with soap thoroughly.

3. The virus can remain active on fabric for 6-12 hours. Normal laundry detergent should kill the virus. For winter clothing that does not require daily washing, you can put it out under the sun to kill the virus.

About the symptoms of the pneumonia caused by Coronavirus:

1. It will first infect the throat, so the throat will have the dry sore throat feeling which will last for 3 to 4 days

2. Then the virus will blend into the nasal fluid and drips into the trachea and enter the lungs, causing pneumonia. This process will take 5 to 6 days.   

3. With pneumonia, comes high fever and difficulty in breathing. The nasal congestion is not like the normal kind. You will feel like you are drowning in water. It's important to go seek immediate medical attention if you feel like this.

About prevention:

1. The most common way of getting infected is by touching things in public, so you must wash your hands frequently. The virus can only live on your hands for 5-10 mins, but a lot can happen in those 5-10 mins (you can rub your eyes or pick your nose unwittingly).

2. Aside from washing your hands frequently, you can gargle with Betadine Sore Throat Gargle to eliminate or minimize the germs while they are still in your throat (before dripping down to your lungs).

Folks, take extra care and drink plenty of water.

*-PENCERAHAN PROF NW-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Masih tidak jelas mengenai ilmu *AIS dan AIR SUAM tu*. Minum ais tidak sedikit pun akan menurunkan suhu sebaliknya mengimbangi  suhu badan.  Virus ini akan menyerap suhu badan yang panas. Suhu badan menjadi turun dan badan tertipu. Sebab itu boleh rebah secara tiba-tiba akibat paru-paru yang dah penuh virus dan nafas berhenti senyap secara tiba-tiba. Lebih terdedah pada keadaan panas akan menyebabkan virus lebih kuat dan badan menurun suhu. Apa sahaja penyakit akan menjadikan badan  panas. Riaksi kuman dan virus mengeluarkan asid toksik yang membuat suhu badan naik. Tetapi sangat berbeza dengan virus ini yang menyerap suhu. Mematikan sel-sel di paru-paru yang panas. Oksigen bersifat api dan panas. Jaga emosi agar sel paru-paru tidak musnah seperti kes TB dan Pneumonia. Jauhi asap rokok apatah lagi tabiat merokok. Jauhi makanan yang haram. Semak makanan yang ada geletin  babi. Jauhi semua benda bernajis. Terbukti membersihkan najis dengan kertas tisu sudah sangat bahaya ketika ini walaupun tangan di basuh bersih dengan sabun. Syukur kita orang Islam tidak ada sel babi dan segala benda yang bersifat haram. Termasuk haram makan ayam kerana tidak disembelih. Makan dan bacalah doa dan *Bismillah. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.*. Sapu dengan tangan guna ais di dada dan wajah. Kaedah ini tidak akan membantu virus ini mencuri tenaga pada sel-sel pernafasan di paru-paru.

Di tangan kita ada ubat ajaib. Apa yang mampu kita buat* sapu AIS dan SW 10 di dada dan wajah.* Yang di wajah itu akan merangsang deria hidung untuk isyarat sistem pada paru-paru. Jangan guna logik berfikir secara satu hala. Apapun cara berfikir kena guna asas ilmu dan secara auto dapat  dalam  dua hala. Mcm Arus ulang alik juga. Tenaga berfikir bertambah kuat dan tidak meletihkan otak. Bermakna di situ bahayanya air suam dalam keadaan apapun. Terdedah pada ruang udara yang terbuka dan panas matahari akan lebih mudah pitam dan rebah secara tiba-tiba. *Virus ini MEROMPAK tenaga haba atau suhu badan dari dalam sel dan menjadikan dirinya berganda kuat.* Aneh dan aneh. Kita warga CVT perlu bersedia dengan formula yang memberi kekuatan pada getaran tenaga pada sel-sel. Jangan sayang duit untuk beli formula. Ini bukan saatnya kita nak berjimat. Keadaan akan semakin kritikal. Tak ada gunanya beli stok makanan banyak-banyak jika tidak menyimpan bekalan formula yang sangat sinonim dengan karakter virus yang unik, aneh dan pelik ini. Pada situasi ini kitalah yang rawat diri sendiri. *Terbukti doktor tidak lagi dapat membantu.* *Guna tangan kita sendiri ketika sapu ais di wajah dengan SW 6 dan dada guna SW 10.* *Buat selang seli masa.* *Buat dengan sekerap yang mungkin.*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Peluang perniagaan menjana pendapatan sampingan yang lumayan di CVT

Assalamualaikum pada semua yang dikasihi, Pendaftaran *KELAS URUTAN SERVIKAL SW1 MANIPULATIF AIS CVT* kini dibuka. Pendaftaran boleh dibuat di link berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSco_o0s6ECDlRQie_I_gOypnJXDnECSoEbNf96vJu3Czito0A/viewform?usp=sf_link.

Harap maklum

Peluang perniagaan menjana pendapatan sampingan yang lumayan di CVT


** Promosi untuk yang menyertai kursus sahaja