Sunday, December 31, 2023

Selamat tahun baru 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*2024 Simbolik 4.* Kukuh dan stabil atau runtuh bangkrap secara kebendaan. Ada segelintir kepercayaan takut pada no 4. Kononnya dari segi sebutan mirip pada kematian. Simbol kematian menuju spiritual adalah no 8 yang mewakili jantung. N0 4 lebih kepada kemusnahan harta benda di dunia sahaja. Bukan melibatkan nyawa atau kerohanian. Bermakna semua itu bergantung pada usaha dan ikhtiar tulang empat kerat setiap individu. Korban harta yang sebenarnya satu penyucian. Bersyukur dan redha. Kemalasan akan mengundang yang negatif. Sungguh kemalasan itu mengundang satu malapetaka keduniaan. Oleh itu kita harus bersiap sedia untuk mencapai kemenangan menghadapi ujian ujian yang melelahkan di dunia ini. Rancang dengan plan-plan yang tersusun kukuh lagi indah. Ini lah tahun yang kita tunggu dan bukan ditakuti. 


No 4 adalah bentuk kesempurnaan penciptaan janin menjadi manusia. No 4 adalah simbolik kandungan yang kukuh atau gugur. Keguguran tanda 46 kromosom tidak seimbang. 23 x dn 23 y yang jumlahnya menjadi 46 kromosom. Semua ada ditahun ini. Selepas tahun 2023 yang kita semai dengan kasih sayang maka di tahun 2024 kita akan tuai satu kemenangan dalam bentuk kebendaan pula. 2024 lebih banyak kurniaan bayi umpamanya. Itulah rezeki yang besar. Jangan percaya pada khabar angin mengenai ribut solar. Buang ketakutan itu. Semua itu tidak cukup berasas malah menjauhi fakta. *Moga tahun 2024 pada simbolik 4 dan 6 menjadi lebih sitematik seperti mana atom kromosom yang sempurna pada kejadian manusia. *6 itu hasil 2 + 4 = 6*.  Kromosom 46 yang sempurna. Elakkan kecacatan. Tahun 2024 ada angka 2 yang membawa erti strategi perancangan yang berganda-ganda.


*Saya doakan moga tahun 2024 ini kita semua warga CVT  terus berada di dalam rahmat Allaah dalam memperolehi keberkatanNYA*. AMEEN 3X.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, December 12, 2023

Wangian lebih halus dari teknologi nano

 *-Wangian lebih halus dari teknologi NANO-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*TEKNOLOGI NANO*. Keimanan kita itu didalamnya ada teknologi nano. Percaya dan mengikut hukum tuhan itu satu kekuatan teknologi nano. Beriman tetapi tidak yakin untuk tunduk sepenuhnya pada tuhan tidak membawa erti yang bermakna. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia. Jika imanmu sebesarnya biji sawi sekalipun pasti kita mampu memindahkan sebuah gunung jika kita dapat menghaluskan apa yang sedang kita fikirkan. Sebab itu semua bersifat halus atau sifat nano meter. ltu cara dan senjata kita nak lawan iblis. Virus itu juga halus dan bersifat nano. ltu senjata iblis untuk memusnahkan manusia diakhir zaman ini. Data-data dalam dna kita diubah dengan teknologi Mrna didalam vaksin. Teknologi tuhan dalam DNA dengan kromosom 46 yang memiliki Numorik atau nilai angka angka yang sistematik ketuhanan juga cuba diubah dengan vaksin Mrna.


Virus corona ternyata jelas sekarang ini adalah yang terkecil. Saya ikuti terus perkembangan wabak iblis ini. Sang dajjal yang berupa manusia yang paling jelas adalah Bill Gates itu sendiri. Semua negara di dunia ini terpaksa tunduk akur dengan vaksin iblis ini. Lihatlah kesan buruk kesihatan kita sekarang ini. Kesan yang disembunyikan dan masih belum diaktifkan tetapi sudah menampakkan kesan yang tidak terbendung lagi. Chip halus di dalam vaksin yang sama halus dengan virus itu bukan satu cerita khayalan lagi. Semua itu untuk ujikaji haiwan tetapi sudah beralih ke manusia. Teknologi nano itu tidak berhenti. Semua akan semakin kecil. Membuat chip sebesar jarum. Akan datang sebesar debu. Namun nano dalam vaksin jelas adalah penyalahgunaan teknologi.


Satu rambut di belah 100 ribu. ltulah ukuran teknologi nano. Bukan satu rambut di belah 7 lagi. Teknologi iblis ini hendak menyamai teknologi tuhan. Jelas satu rasa bongkak yang sebenarnya dalam skala atom yang masih jauh untuk nak dapatkan sifat kuantum. Hukum fizikal kuantum ketuhanan itu tidak mungkin dapat di tiru oleh sang iblis ini. Seperti cicak yang memiliki spatula rerambut yang halus bulunya melekat dengan molekul dinding. ltu pun sang iblis tidak akan mampu menirunya apatah lagi untuk menciptanya. Para ilmuan yang mulia akan dianugerahkan dengan teknologi nano ke arah kuantum. Iron Man dalam filem itu adalah satu promosi teknologi nano kuantum. Teknologi di dada dengan kekuatan ais. ltu bukan khayalan. Kita boleh menjadi manusia super. *Wangian lebih halus dari konsep partikel*. *Wangian lebih halus dari teknologi nano*. Hanya kita belum faham cara menggunakan teknologi kuantum dalam wangian. *Sebenarnya berapakah nilai FINE PERFUME??*. Jika yang tahu rahsia cara gunanya pasti tidak dapat dinilai lagi. Saya sedang menggunakan *FINE PERFUME* dengan konsep kuantum yang berbagai cara. Tidak mungkin saya akan beralih pada perfume biasa. Kerana bauan APRIL ROSE dan ENGLISH ROSE yang hampir sama bauan ros yang asli.


ltu satu inovasi dalam makmal. Satu keajaiban sudah saya amalkan dengan kesan menakjubkan yang tidak masuk akal dan amat luar biasa menguntungkan telah saya rasai. Sehingga sukar untuk saya nak kongsikan dengan kata-kata buat sementara ini. Maklumlah pengalaman  kuantum pada setiap insan adalah  sesuatu  yang amat rahsia dan tersendiri  keajaibanya. *Apapun miliki dan simpan dahulu*. Guna mengikut arahan yang ada untuk sementara ini. *FINE PERFUME yang amat bernilai dijadikan sebagai hadiah dalam promosi luar biasa cvt*. ltu hadiah ikhlas CVT yang amat berharga. 


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, December 11, 2023

Kekuatan doa yang penuh kuasa

 *-KEKUATAN DOA YANG PENUH KUASA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Doa lebih makbul jika kita ada hajat. Kita berjanji pada tuhan jika diangkat penyakit ini kita ada visi besar untuk dikerjakan. Keserentakkan pula tugas itu sesuai dengan rencana dan sejalan dengan kehendakNYA. Kita berdoa kerana ada tanggungjawab atau tugas yang belum selesai dan tertangguh. Tuhan tahu akan rencana itu. Namun tetap tuhan menunggu kita berdoa sesuai dengan kemampuan kita untuk melaksanakan. Janganlah kita berjanji palsu kerana tuhan tahu apa yang ada didalam hati kita. Semua doa itu hanya menunggu resonansi melalui kata-kata yang benar. Boleh gunakan petikan ayat-ayat di dalam Al-Quran yang sesuai dengan hajat kita. Sekali lagi saya tegaskan semua itu sesuai dengan kehendak dan rencana tuhan. Rencana tuhan pula kita tahu tidak akan pernah gagal. Ada nazar janji kita dengan tuhan. Sekali sahaja terlaksana maka lihatlah bagaimana tuhan menunjukkan kasih kurnianya yang lain. lngatkan semula semua mana-mana janji yang belum tertunai. Baik dengan tuhan atau sesama manusia. Jika memang sudah lupa. Maka lakukan sedekah dengan penuh ikhlas. lkhlas itu akan meleraikan ikatan energi tertunda. lkhlas itu meneutralkan sesuatu yang sangkak. Sesuatu yang terhalang akan dibukakan semula pintu-pintu kebaikkan. 


Berkali kali berdoa tetap tidak dimakbul. Maka itu tanda الله amat kasih pada kita. Kerana semua tertunda masa kerana rencana tuhan amat besar untuk kita. Kita mesti tetap sabar dan tenang. الله perhatikan tingkah kita. Apakah kita kecewa dan mempersoalkan الله. الله menolak doa kita tetapi tuhan telah menggantikan dengan memberikan kita kasih kurnianya. Mungkin kita tidak perasan atau tidak menyedarinya. Sakit itu diturunkan oleh tuhan maka tuhan jugalah yang akan mengangkatnya kembali. Berusahalah merawat secara fizik seperti urutan ais dan senaman yang tidak memanjakan badan. Urutan yang membuka aliran darah. Ada juga tahap urutan yang menekan organ pencernaan seperti hati, hempedu, buah pinggang, pankreas dan usus untuk kembali lembut.


*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab*.

Tuesday, December 5, 2023

Pengertian sabar pada bahagian kesuburan tidak sama dengan sabar pada bahagian perasaan dijantung dan paru-paru

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Pengertian SABAR pada bahagian kesuburan tidak sama dengan sabar pada bahagian perasaan dijantung dan paru-paru*. Di bahagian perasaan sabar itu diertikan sebagai menahan diri dari kemarahan. Biasa sifat ini lebih kepada masalah kaum lelaki. Berbeza dengan sifat sabar pada golongan wanita. Sabar dalam menunggu sesuatu. Menunggu dan menghadapinya dengan penuh kesetiaan dan ketaatan. Menahan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang. Sabar dikuatkan dengan kekuatan redha dan pasrah. Sabar yang penuh ikhlas. Sabar yang lebih dari itu kerana memiliki sifat yang halus dan tidak terburu-buru atau gelojoh melulu dan tergopoh gapah. Semua itu pasti membawa penyesalan di kemudian hari. Tidak berfikir panjang. Apabila seorang suami sedang marah maka kekuatan energinya untuk mengawalnya adalah dari sang isteri. Sifat tertib dan sopan ciri kewanitaan.


Sabar menanggung keperitan hidup bersama-sama di dalam keluarga. Sabar menanggung kesengsaraan sakit ketika mengandung sampai saat melahirkan. Sifat ini pastilah tidak mungkin dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Sifat sebagai ibu yang terus menguruskan rumah tangga dari terbit matahari sehinggalah tengah malam tanpa merungut dan mempersoalkan. Sifat sabar yang akan menambah kesuburan dan rezeki menerima zuriat. Semua ini di dalam pengetahuan Allaah jua beroleh keuntungan pada kaum wanita untuk menjadi ibu yang dapat bersabar.


be patient or have patience Maksudnya lebih pada masa dalam menunggu sesuatu. Sampai satu masanya nanti akan beroleh khabar gembira. Bahagian kesuburan kewanitaan perlukan zat sabar yang berasid atau sedikit masam. Sebab itu juga secara semulajadi apabila si ibu mengandung maka deria rasa pada buah-buahan yang masam akan membuka selera. Saya cadangkan buah kiwi dan strawberry yang tidak begitu masam namun seimbang dengan rasa manis. Yang langsung tidak suka masam bermakna akan ada gangguan kesuburan. Begitu juga yang berlebihan makan masam seperti buah mangga muda, kedondong, nenas muda dan sebagainya. Masam berlebihan yang boleh menimbulkan gejala gangguan bahagian peranakkan iaitu rahim dan vargina.


*Moga kita dapat membezakan maksud sabar pada bahagian warna jingga yang tidak sama dengan warna hijau*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.