Wednesday, August 30, 2023

Gula harus di dahulukan apabila hendak makan makanan yang berlemak dan tinggi protein apatah lagi yang tinggi serat

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gula harus di dahulukan apabila hendak makan makanan yang berlemak dan tinggi protein apatah lagi yang tinggi serat. Gula akan meluru masuk ke dalam perut dengan tugasan pertama MENYERAP GAS yang banyak ketika perut lama kosong kerana berpuasa. Selepas itu gula akan mengubah bakteria jahat dalam usus kecil dan usus besar menjadi mesra asid. Gula akan melintasi pankreas dan cecair yang bersifat alkali bersama insulin akan banyak di keluarkan bagi persediaan pencernaan yang kuat dan bertenaga. Gula yang masuk awal ke dalam perut ini juga akan menguatkan kerja peristalsis atau gerakan menolak zat makanan untuk menjadi halus supaya dapat di serap oleh usus. *Tanpa gula dahulu ZAT PADA KEBANYAKKANNYA AKAN BERTUKAR MENJADI RACUN*.  Zat racun ini jika dapat menembus masuk ke dalam darah melalui usus sebenarnya adalah sangat bahaya. Hakikatnya kita tidak tahu yang mana satu makanan alahan yang tidak sesuai dengan elemen diri kita. Sekali sahaja kita tersilap memakan makanan yang kita alah akan mengubah serta merta kesihatan seluruh tubuh badan kita. Emosi fikiran kita turut terganggu. Semangat kita menjadi rendah. Tubuh secara fizikal hilang kekuatan. Bayangkan jika makanan alahan itu kita makan setiap hari dan menjadi ketagihan pula. Atas alasan itu kita sebaiknya perlu mendiagnos apakah makanan alahan mengikut elemen diri kita yang sangat personal dan tersendiri.


Ilmu Fakta zat dan elemen diri ini adalah satu rahsia besar yang Allaah sahaja yang tahu. Seperti tidak adil kerana ia begitu amat rahsia yang mendalam. Allaah sebenarnya sangat adil dan kita tidak perlu tahu asalkan kita mendahulukan garam di awal pagi atau secubit rasa di lidah sebelum memulakan apa sahaja makanan dan memasukkan gula lebih awal sebelum makan makanan yang berat. Kerana semua zat yang kita alah dan kita tidak tahu akan di tukar menjadi tenaga atau di tukar menjadi air. Maka tiada istilah zat zat bahaya itu dapat menjejaskan tubuh kerana sistem penghadaman dalam kerja metabolisma akan kuat dan bertenaga. Jelas gula adalah medium terbaik sebagai perencah pada zat zat lain untuk menjadi penawar. Biarlah itu menjadi rahsia. Beruntung pada yang sudah mendiagnos makanan alahan mengikut element diri itu. Namun ikhtiar masih mampu kita lakukan dengan berbagai teknik atau tata cara adab dan peraturan dalam amalan penyediaan makanan. Amalkan gula NW yang bertenaga sebagai ganti jika tiada gula lain sebelum mula makan. Syukur pada pengamal yang terbuka pintu hatinya dan peka pada ilmu yang menjadi pengetahuan kerana tidak ada gunanya fakta jika ia tidak menjadi ilmu dan pengetahuan. Kerana fakta sering berubah. Tetapi ilmu yang menjadi pengetahuan lebih benar dan berharga. Semoga pengetahuan ini dapat di warisi oleh anak anak cerdas kita untuk mereka ada daya saing yang tinggi nanti. InshaAllaah.


*Semoga didalam kelas lanjutan 02.09.2023 SABTU nanti dapat kita berkongsi ilmu tata cara dan merungkai misteri gula sebagai anugerah dari Allaah dalam penciptaan zat yang tidak dipersalahkan*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, August 15, 2023

Gula organik vs gula sintetik atau tiruan

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Gula organik VS gula sintetik*. Gula akan menjadi ubat diseluruh dunia satu hari nanti. Apakah kata-kata saya ini keterlaluan???. Saya berimajinasi dalam fikiran yang rasional dengan kasih Allaah dan saya percaya ini akan menjadi kenyataan. Apapun kita warga CVT harus membuktikannya terlebih dahulu. Faktanya bakteria akan mati dan tidak akan merebak pada luka BUKAN akibat gula tinggi dalam darah. Melainkan kesan zat alahan dalam lemak dan kolestrol jahat yang beriaksi dengan gula. Namun kesan gula organik jika berlebihan tidak seburuk kesan gula sintetik. Gangrene atau luka yang parah dengan tisu dan pembuluh darah yang dimakan oleh bakteria sehingga semua tisu pada daging membusuk dan jatuh sehingga ke tulang. Prosedur biasa adalah potong dan potong sehingga pesakit mati. Sesungguhnya gula biasa apatah lagi madu seumpama emas yang berharga jika dijadikan penawar. *Gula adalah ANTIBIOTIK yang paling selamat malah amat berkesan*. Bagaimana peranan gula yang sudah tidak aktif di dalam darah yang bersifat negatif akan bertukar menjadi lawan kepada gula yang buruk tadi.??? Gula itu jugalah yang akan membina saluran-saluran baru pembuluh darah pada bahagian kaki atau luka yang sudah berlubang itu. Gula organik bersama garam mampu membunuh bakteria jahat dalam luka. Luka akan cepat sembuh. Sukrosa dalam merangsang enzim dalam tubuh bekerja mengubahnya menjadi glucose yang perlu untuk darah. Basuh luka dengan air gula. 


Jika zaman dahulu basuh luka dengan air garam tetapi pedih yang tidak tertahan. Maka gula adalah pilihan lebih berkali ganda baik tanpa pedih dan jauh lebih murah dari antibiotik. Sama juga sapu madu pada tepi bahagian luka. Kitalah yang mengubah penawar yang sebenarnya asasnya bahan bakunya adalah gula anugerah tuhan kepada benda lain yang pelik. Ubat dalam bentuk hormon seperti insulin ditekankan agar pankreas tidak berfungsi dengan menahan pesakit dari mengamalkan gula dengan cara yang betul. Jadi bagaimana Sukrosa dalam tubuh hendak bekerja dengan garam bagi merangsang enzim untuk mengubah gula menjadi glucose. Semua ini susah terjadi jika tiada bantuan garam untuk kerja beribu enzim. *SEJUTA WAJAH ada ketulan kristal gula dan garam*. Semoga kita dalam group CVT akan sentiasa menjadi pencetus tanpa ragu. Gandaan usaha dengan perjuangan CVT secara Ilmiah. Berjanjilah pada diri untuk terus istiqomah menolong pesakit yang memerlukan bantuan wahai pengamal yang di hormati. Matinya semut yang berbisa juga kerana gula. Adalah mudah untuk megawal virus yang menjadi berbagai punca penyakit yang berjangkit melalui terapi gula organik.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Gula membantu otak berfungsi dengan baik

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gula membantu otak berfungsi dengan baik. Otak sihat maka seluruh sistem tubuh akan bekerja dengan baik. Bermakna gula bukan sahaja bersifat ubat malah menjadi jentera pengubah zat menjadi energi atau tenaga. Tidak ada gunanya zat jika tidak di pertenagakan dengan gula. Inilah alasan kenapa kita ditakut-takutkan secara umum seolah-olah semua gula kononnya boleh merbahayakan kesihatan. Walaupun kita tidak dapat elakkan dari termakan gula sintetik dalam segala macam menu makanan harian namun kadar gula yang baik tetap ada di situ. Sayangnya tetap kita terlebih dalam pengambilannya. Jika kita amalkan gula organik yang murni sekalipun tetap akan menjadi komplikasi jika terlebih kerana tidak semuanya dapat ditukar menjadi tenaga kerana kekurangan dan keupayaan insulin untuk bekerja serentak. Tetap ada sisa gula sampah yang bertoksik. Jika tiada gula dalam ubat batuk umpamanya maka ubat itu tidak berkesan. Jika tiada gula baik dalam kolagen untuk kecantikan kulit maka kulit tidak akan licin, anjal dan cerah.


Kita tidak menafikan jika amalan gula yang berlebihan akan menyebabkan gula dalam darah tinggi. Jika gula yang murni keadaan ini dapat dikurangkan kerana insulin lebih bertenaga membawa gula masuk ke dalam sel-sel darah. Jadi jelas secara teknikal salah kita sendiri dalam memilih gula. Bukan salah gula. Allaah menjadikan gula untuk membersihkan darah yang kotor. Darah akan segar dan mengalir laju dalam urat. Darah seperti ada bahan PELINCIR tambahan membuka ruang urat yang sempit. Darah yang likat dan pekat dapat di cairkan dengan gula yang baik. Cecair asid dapat diserap dan di tukar menjadi tenaga sebelum sempat menjadi gas. Kulit yang cantik dikaitkan dengan darah yang sihat. Darah yang sihat kerana adanya gula yang baik untuk mencerna kolagen di bawah kulit. Segala-galanya adalah gula dan tenaga menjadikan sel bertenaga.


Orang FIZIKAL LEVEL paling banyak menggunakan gula dan atas sebab itu otak level ini amat banyak yang berjaya dalam berbagai bidang. Apakah gunanya gula rendah kalori yang di ubah suai di dalam makmal??.  Semua ini satu kesalahan yang menambah letih yang sekadar tujuan mengambil rasa manis seribu kali ganda namun tiada kalori untuk tenaga. Ini akan mengelirukan sel dan tenaga. Mengurangkan gula tidak akan mengubah apa-apa. Kita harus mengubah pada gula organik yang benar. Penelitian menunjukkan bahawa gula dalam darah dapat membentuk efek domino molekul yang di sebut glycation.  Glycation merupakan proses di mana molekul gula mengikat dan merosakkan kolagen dan elastik di kulit. Hal ini menyebabkan kulit menjadi kurang tegang dan elastik sehinggakan kedutan keriput mudah muncul. Oleh itu mengurangi gula sintetik dapat membuat kulit cantik. Tetapi jika mengamalkan gula murni dalam buah-buahan akan menjadikan kulit lebih awet muda. Jadi mengurangi atau mengamalkan gula yang benar. *NW12 dan NW14 kombinasi untuk merangsang kolagen untuk KULIT YANG CANTIK*. NW 12 adalah hati.  Hati itu adalah simbol kecantikan.


Jadi mana lebih rational sama ada mengurangi atau beralih mengamalkan gula yang benar. Siapa yang alah pada gula pada buah kurma atau gula madu bermakna seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan unsur tenaga asing. CVT sedang memperjuangkan konsep kimia gula dalam bidang perubatan ke arah mempertenagakan semua sel. Ini adalah sunnah sebelum makan berbuka selepas perut panas dan kosong yang harus dimulai dengan gula. *Kenapa???*...


Kopi yang ada khasiat ubatnya menjadi rosak kerana dicampur dengan gula kosong yang tiada zat. Kopi seharusnya diminum tanpa gula bagi menikmati rasa pahit yang sebenarnya lazat jika ditambah sedikit garam. Minum kopi secara bersantai selepas makan masih selamat tanpa gula. Semua berkaitan teknik atau cara dan sesuai dengan waktunya.  *Mohon semua warga CVT dapat sama-sama menghadiri kelas lanjutan pada 02.09.2023 SABTU nanti ya!!*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Saturday, August 12, 2023

Madu dan telur separuh masak

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ambil madu dan telur setengah masak. Apa kaitan madu dengan telur???. Madu adalah gula yang akan mengubah kolestrol lemak dan protein yang ada di dalam telur untuk menjadi zat keperluan tubuh yang paling sempurna. Jika ambil madu sahaja secara tunggal kita hanya akan mendapat satu tenaga. Jika dengan telur kita mendapat lebih tenaga. Tenaga dari lemak kolestrol dan protein yang ada didalamnya. Kesan apa jika ambil telur tanpa madu? Hanya akan menambah kolestrol dalam darah. Sebab itu dilarang mengambil telur setiap hari. Wal hal jika bersama madu maka telur tidak akan memudaratkan kesihatan. Zat telur seperti kolestrol akan lebih berkesan untuk menambah SPERMA dan OVUM untuk kesihatan bahagian kesuburan secara umum. Begitulah peranan madu dan gula berfungsi dan berpasangan dalam mengubah zat-zat lain. Tidak dinafikan tenaga segera akan dirasai. Namun tenaga dalam gula secara tunggal sangat cepat merosot. Tenaga lebih kepada kekuatan darah. Namun jika selepas minum madu tubuh badan kita tidak aktif seperti melakukan senaman atau sebarang gerakan aktiviti maka gula dari madu hanya akan menambahkan gula dalam darah. Bayangkan mengambil madu tanpa aktiviti maka madu tidak menghasilkan tenaga untuk kekuatan tubuh. Madu juga boleh diambil sebelum tidur kerana tidur yang cukup gula pada otak akan memberi tidur yang bertenaga dapat mengelak stress juga mengelak terbangun banyak kali di waktu malam. Madu adalah gula ringkas yang mudah ditukar menjadi tenaga. Jika tidak kerana madu, tidur hanya akan menambah letih yang bukan istirehat. Jelas tidur juga banyak menggunakan tenaga. Sebab itu selepas bangun tidur di waktu petang sangat melemahkan dan itu memudaratkan energi tubuh. 


Bagaimana dengan telur???. Madu atau gula akan mengubah zat lemak di dalam telur dengan menghasilkan tenaga berkali ganda untuk kekuatan tenaga pada otot. Bermakna darah bertenaga dan otot juga kuat. Tenaga dari lemak lebih tahan lama dan berkali ganda kuat untuk aktiviti yang lebih berat. Oleh itu makan madu dengan telur di awal pagi adalah yang diperlukan. Tetapi gula dalam bentuk karbohaidrat yang lain termasuk buah-buahan tidak lagi sesuai ketika hendak mula tidur malam. Jika di ambil juga akan bertambah berat badan dan gula tinggi dalam darah terutama yang masih muda. Tetapi jika berat badan tidak bertambah dan keadaan tubuh semakin kurus adalah faktor usia sudah berumur melebihi 60 tahun adalah tanda kemorosotan sel tidak lagi membina tisu dan itu sebenarnya ke arah kematian secara normal. Jika usia masih muda dan badan terus susut walaupun banyak makan makanan yang tinggi karbohaidrat itu tanda penyakit. Walaubagaimanapun faktor log sistem tubuh tetap di ambil kira.


Cara mudah memberi penerangan kepada pesakit tentang madu atau gula beriaksi dengan lemak, kolestrol dan protein. Amat rugi jika makan telur sahaja tanpa madu kerana tiada bahan tenaga yang akan mengubah tenaga di dalam lemak telur itu. Oleh itu makan telur sebiji sehari atau lebih tidak menjadi masalah akan terlebih kolestrol jika bersama madu. Tenaga pada bahagian penghadaman adalah pada pankreas. Pusat tengah tubuh berkaitan gula dan peranan insulin. Andai pankreas tidak berfungsi baik maka gas dan asid yang akan di keluarkan. Oleh itu NW 15 yang juga dalam medium pembawa juga adalah gula akan memicu tenaga pada pankreas. Tanda pankreas sihat adalah deria lidah kita sangat sensitif pada rasa manis. Hanya satu sudut teh sahaja deria rasa manis pada lidah sudah cukup terasa. Pada yang pankreas lemah 3 sudu teh gula pun lidah masih tidak rasa manis. *Kesimpulan ilmiah gula akan memberi kefahaman yang lebih jelas di dalam kelas lanjutan 02.09.2023 SABTU nanti*. Moga semua warga CVT di beri masa dan limpahan rezeki untuk dapat turut bersama.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Friday, August 11, 2023

Punca utama yang paling mengancam tiroid

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Punca utama yang paling mengancam tiroid adalah rasa manis pada gula dihujung lidah. Pengimbangnya adalah garam yang memiliki zat mineral dan vitamin seperti kalasium pada sebelah kanan dan iodin sebelah kiri lidah. Gula dan garam sangat membantu kerja metabolisma atau pembakaran zat makanan seperti lemak dan protein agar menjadi tenaga. Kedua-dua zat masin dan manis ini berlaku dipermulaan makan. Semoga kita tidak lagi mengamalkan gula pasir putih yang sebenarnya sudah kehilangan banyak zat. Yang tinggal hanya sisa-sisa rasa manis yang merosakkan zat-zat lain. Tidak mungkin mana-mana restoran akan menyediakan gula terbaik untuk kesihatan pelanggannya. 


Deria rasa manis menjadi perisai utama di hujung lidah yang juga menjalankan fungsi pertama dan utama iaitu metabolisma pembakar kalori menghasilkan tenaga untuk kadar gula tidak terlalu tinggi atau rendah. Manakala rasa pahit dibahagian anak tekak di penghujung lidah yang berfungsi untuk malam hari dengan rasa pahit sebelum tidur. Namun tidak pernah sekali pun zat pahit diambil untuk terapi bagi mencapai tahap tidur paling berkualiti pada sesiapapun sebab tidak terfikir akan keperluan itu. Rasa manis yang pekat akan bertukar menjadi pahit seperti mana rasa madu yang berkualiti tinggi. Rasa madu yang manis dan pahit sesuai dijadikan ubat tidur semulajadi. Hanya madu tiruan yang dibancuh semula dengan gula dan menjadi manis. Berhati-hatilah ketika membeli madu. Ubat tidur biasa mungkin memudahkan kita untuk tidur namun akan menambah lesu pula ketika nak bangun dari tidur di awal pagi. Manakala garam menjadi pembancuh kimia untuk mencantumkan zat-zat berpasangan seperti mana garam secara semulajadi bersifat berpasangan. Ingat yang gula sampah amat panas dan bersifat merah dan ini memanaskan tekak dengan tanda rasa haus. 


Dengan merumuskan semua gejala dan fakta ilmiah NW 9 dan energi tiroid akan memberi kefahaman untuk kita menilai tahap kesihatan dan mencari penyelesaian secara ilmiah juga. Nasihat saya kesemua ilmu ini akan terlaksana jika kita patuh dan sayang diri dan menjalani cara hidup dengan penuh disiplin. Hasrat saya tetap mahu menjadikan CVT sebagai platform pendidikan kesihatan yang berilmiah secara menyeluruh dan yang pertama di dunia. Saya juga amat TERHARU melihat para pengamal dan seluruh warga CVT yang berterusan belajar dan tidak pernah jemu menuju demi mencari kebenaran di dalam ilmu cahaya ini.


*Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, August 2, 2023

Karbohaidrat untuk sumber energi

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hakikatnya untuk menjaga kesihatan kita memerlukan karbohaidrat untuk sumber energi. Tidakkah kita nampak bahawa setiap orang yang sakit terlantar itu amat lemah sehingga hilang  suara dan nak buka mata sahaja tidak mampu. Itulah tanda tenaga atau energi perlu dipulihkan terlebih dahulu. Kalori dalam sumber makanan diperlukan. Kita akan senang hati apabila pesakit sudah mula mahu makan. Yang sihat pastilah berselera semula. Yang ada rasa lapar itu pastilah satu nikmat pemulih selera ketika berpuasa. Energi hasil dari karbohaidrat dan lemak yang paling banyak. Bermakna kita kembali kepada asas gula dalam menghasilkan tenaga di dalam tubuh. Zat pembangun seperti protein dan zat pengatur seperti vitamin dan mineral adalah keperluan no dua. Namun semua ini akan bekerja serentak mengikut riaksi kimia secara teratur. Terlebih mineral mudah menimbulkan komplikasi penyakit apatah lagi jika kekurangannya akan menjadi punca kepada berbagai jenis penyakit. Zat penyembuh akhirnya kembali kepada vitamin. Vitamin akan mengubah karbohaidrat lemak dan protein menjadi tenaga bersama air dan mineral. *PERSENYAWAAN SEL BERGANTUNG PADA VITAMIN*.  Yang sakit akhirnya adalah sebuah sel. *Sel dan tenaga*. Namun di dalam sel tiada gula. Gula berada di luar sel berlambak di dalam darah. Sebuah sel harus memiliki TENAGA untuk kembali bekerja menjalankan fungsinya. Tanpa tenaga vitamin sebagai penyembuh tiada gunanya. Jika kita makan makanan yang menjadi sumber tenaga namun tiada vitamin, mineral dan air maka tenaga tidak dapat di hasilkan juga. Oleh itu bila kita sudah terkena satu penyakit akibat kekurangan vitamin maka ubat penyembuh asas adalah tenaga yang ada dalam zat sampah yang tersisa yang ada di dalam kita sendiri.


Umpamanya kanser bukan lah satu penyakit dasar ia hanyalah kerana tubuh kekurangan vitamin. Sama juga dengan penyakit mulut dan gusi yang meragut banyak nyawa suatu ketika dahulu pada para pelaut yang juga sebenarnya kekurangan vitamin C. Vitamin C sebagai pengubah dan penyusun zat. Namun jika tidak ada zat makanan sebagai tenaga pengubah maka vitamin semulajadi dalam buah-buahan dan sayuran tidak akan bermakna apa-apa. Asasnya pastikan pesakit ada selera makan dahulu dan vitamin akan menyusul dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk memberi selera makan pada perut maka pastikan kita makan buah-buahan sebagai pembuka selera khasnya makan petang. Makan pagi di awal zat mineral yang sudah memadai dengan garam booster dan air sejuk. Namun buah-buahan jenis apa yang serasi dengan tubuh kita agar selera makan dikembalikan. Maka diagnosis AK amat membantu kerana itu adalah cara kita bertawakal pada Allaah. Yang tidak suka makan buah dan sayuran maka *Liquid Chlorophyll* adalah pilihan untuk vitamin dan mineral yang menjadi asas keperluan kesihatan darah.


CHLOROPHYLL ada vitamin dan mineral yang bersama dengan asas darah. Hakikatnya NW adalah sumber tenaga dalam frekuensi sel-sel tubuh. Namun zat-zat makanan perlu ada untuk di ubah bersama NW menjadi tenaga berganda. Apa pun menetapkan zat pada tubuh tanpa diagnosis dalam mencari kesesuaian dan keserasian mengikut elemen diri adalah satu kerugian. Yang maha menetapkan hanyalah Allaah. Kita perlu mendiagnos dalam mencari kebenaran ilmu zat yang sebenarnya kembali berserah dan bertawakal pada Allaah. Jangan hairan ada yang di diagnos alah pada buah kurma dan alah juga pada garam. Ada keistimewaan pada kes begini yang Allaah jua yang tahu.


Jelas sekali ilmu penyakit yang berkaitan zat pemakanan adalah misteri rahsia yang belum terungkai. Moga kita dapat luangkan masa untuk hadir dalam kelas lanjutan yang akan datang. *Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, August 1, 2023

Karbohaidrat itu adalah gula

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semua kematian mengejut sebenarnya berkaitan kekurangan gula. Karbohaidrat itu adalah gula. Bersarapan pagi itu adalah menambah gula dalam darah. Yang memerlukan gula adalah sel. Bila sebut gula sahaja ia berada dalam ALIRAN DARAH. Otak boleh berhenti bekerja tanpa gula. Otak berhenti maka kekuatan otot jantung juga turut lemah. Sel-sel otak lebih berkali ganda memerlukan gula dari sel-sel tubuh yang lain. Apabila kita stress sebenarnya otak telah membaham banyak gula dan kita akan keletihan. Kes kematian mengejut semua berkaitan kekurangan gula. Tanpa bersarapan awal pagi dan terus memulakan kerja berat adalah sangat bahaya pada kesihatan jantung.  Gula dan garam adalah keperluan asas manusia. Jika garam awal pagi sebagai pengaktif enzim maka gula pada sebelah petang akan membuat kerja metabolisma lemak dan protein jika gula di awalkan. Jika tidak lemak yang tersimpan di hati akan bergerak bersama gula (fruktosa) dalam aliran darah dan terhimpun atau terperangkap ke alteri jantung. Jika kita minum air suam lemak-lemak dihati akan terbongkar dan menuju ke jantung. Jadi yang ditemui di jantung itu adalah lemak yang bertimbun. Tetapi yang dipersalahkan adalah fruktosa. Tergamak kita menyalahkan fruktosa. Fruktosa banyak dalam buah-buahan seperti kurma termasuk madu. Teknikal yang salah memakan buah-buahan selepas makan malam atau selepas berbuka puasa. Akibatnya fruktosa bekerja secara salah dan membongkar lemak serta menambah penyempitan pembuluh darah. Seumpama darah yang berlemak dan beriringan dengan gula. Jadi gula yang menjadi kambing hitam.


Sebenarnya apabila berbuka dengan manisan seperti fruktosa akan menyerap gas dengan banyaknya dalam perut yang kosong ketika berpuasa sepanjang hari.  Jadi gula adalah penyerap gas dan membakar lemak menjadi tenaga. Musuh utama pada penyakit tekanan darah tinggi adalah darah yang banyak GAS. Aliran darah menjadi lembab dan berlakulah tekanan darah dan membebankan jantung yang terpaksa mengepam darah yang itu bukan tugasan jantung. Gastrik ketika berpuasa pasti terjadi. Sebab itu garam akan membuat enzim bekerja dan rasa lapar dapat dikurangkan dan mengelak terjadinya ulser pada dinding perut. Garam juga akan menyerap gas. Gula atau manisan seperti glukosa dan fruktosa akan membakar lemak menjadi tenaga agar tubuh tetap kuat. Namun gula pasir adalah gula racun yang ada dimana-mana dalam menu makanan kita. Dan jangan pula kita merasa selamat dengan gula alamiah dalam buah-buahan yang juga tidak selamat jika diambil berlebihan dan waktu yang salah bersama dengan buah-buahan yang masam seperti mangga. Bermakna gula tidak boleh sesekali mengakhiri makanan yang berat.


Ini adalah fakta sebenar kenapa CVT menggunakan medium gula yang bertenaga di dalam formula set lengkap NW. *Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.