Friday, December 6, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 6 Disember 2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Falsafah kemanusiaan yang digariskan ini adalah asas penting untuk membentuk kehidupan yang penuh dengan kasih dan rahmat tuhan. Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap prinsip :


*1. Redha dan Bersyukur*

Redha bermaksud menerima segala ketentuan dengan hati yang lapang, manakala bersyukur adalah menghargai setiap nikmat yang diberikan.

Kedua-dua sifat ini mempunyai kuasa untuk melenyapkan musibah, sama ada fizikal atau mental, dan mengelakkan "ujian bertimpa-timpa".

Seseorang yang redha dan bersyukur sering menemui ketenangan dalam ujian kerana memahami bahawa setiap kejadian adalah hikmah Tuhan.


*2. Ikhlas dalam Pekerjaan*

Ikhlas adalah sifat yang neutral dan suci. Ia menjadikan seseorang tidak mengharapkan balasan atau penghargaan daripada manusia.

Dalam konteks tubuh, ikhlas membantu tubuh mencapai keseimbangan. Ia memberi kesan positif kepada metabolisme dan memastikan zat makanan dicerna sepenuhnya menjadi tenaga, tanpa toksin yang membebankan hati.

Keikhlasan terserlah melalui kejernihan hati, yang memberi aura positif pada diri.


*3. Sabar*

Sabar adalah kunci untuk menghadapi cabaran dan tekanan hidup. Ia adalah langkah yang menguatkan jiwa dan mendidik hati untuk tidak tergesa-gesa. Sabar dapat membakar gangguan jin yang mengganggu aliran darah.  Penyakit angin ahmar dapat dikaitkan dengan kemiskinan oksigen dalam darah.

Sabar akan memperolehi jalan keluar yang banyak apabila kita di beri idea yang memudahkan perjalanan urusan.

Sifat sabar menjadikan seseorang lebih matang, berdaya tahan, dan mampu mengharungi segala rintangan dengan kebijaksanaan.


*4. Hening dan Ketenangan*

Hening keadaan spirit yang tenang. Yang biasa kita sebut rilex. Rahsia ini akan membuka ikatan belenggu iblis yang menjadi penyebab lesu kronik. Dalam hening seseorang dapat mendengar suara hati sebagai petunjuk jalan kebenaran yang dekat dengan TUHAN.

Ketenangan adalah sumber kekuatan dalaman. Ia membantu kita mengelakkan rasa bosan dan memastikan hidup sentiasa dipenuhi semangat dan tujuan. Rasa bosan adalah musuh produktiviti dan kreativiti. Jika tidak ditangani, ia boleh membawa kepada keletihan jiwa yang kronik.

Keletihan jiwa dan semangat boleh membawa kepada keadaan yang disebut "mati sebelum mati", iaitu kehilangan rasa hidup dan harapan walaupun masih bernyawa. Keadaan ini amat berbahaya kerana ia menarik seseorang ke lembah kegelapan, jauh dari cahaya semangat dan potensi diri.

Oleh itu, hidup perlu diisi dengan tujuan, semangat, dan keterujaan untuk terus maju. Elakkan keluh kesah, dan gantikan dengan aktiviti yang memberi makna, seperti berkongsi ilmu, meneroka potensi diri, dan membantu orang lain. Dengan cara ini, hening akan menjadi medium untuk memperbaharui kekuatan dan memberi kehidupan yang segar.


Empat prinsip ini *redha (NW20)*, *ikhlas (NW12)*, *sabar (NW10)*, dan *hening (NW1)*—jika dipraktikkan secara serentak, akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih bermakna, penuh rahmat, dan diberkati.


*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.*

No comments:

Post a Comment