Sunday, March 24, 2024

Ilmiah cvt malaysia 24.03.2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Organ kulit di luar tubuh adalah paling luas dan hati adalah organ terbesar di bahagian dalam. Lihat kesihatan kulit dan itulah tanda kesihatan hati. Kulit adalah organ paling sensasi pada berbagai sistem kederiaan. Ketika berpuasa organ kulit inilah paling cekap bekerja mengawal berbagai situasi. Bahasa mudahnya bahawa kulit tidak boleh ikut berpuasa. Jika kulit kita kotor dan tidak bersih maka akan mengganggu fikiran. Akal fikiran dan kecerdasan akan sifat-sifat psikologi yang lain. Sihat kulit maka sihatlah sistem organ yang lain. Sihat seketul daging di dalam tubuh iaitu hati maka sihatlah segala hal yang lain.


Ketika berpuasa kita masih digalakkan mandi kerana itu akan menjaga keseimbangan cecair di dalam tubuh. Bukan sekadar mengawal suhu. Mengambil air sembahyang juga cara menjaga kesihatan kulit. Kulit perlu kelembapan.

Elakkan kulit kering dan kusam. Sebenarnya sensasi sistem kederiaan yang mengawal sistem saraf amat kompleks adalah dikulit. lnteraksi kulit dengan memberi info pada otak lebih banyak berbanding organ lain. Lebih luas sapuan SW yang bergetar pada kulit maka akan lebih cekap dan tepat otak memberi isyarat pada sel-sel tertentu bekerja. Sapuan pada sensasi kulit diwajah pada waktu malam amat luar

biasa. Namun diwaktu siang cahaya matahari akan berinteraksi pada kulit untuk merangsang tubuh untuk menghasilkan vitamin D. Vitamin D perlu ransangan kulit dan cahaya matahari. Tulang, otot dan saraf amat berkaitan dengan vitamin D. Sistem ketahanan dari serangan anasir luar.

Termasuk sinar radiasi yang bahaya. Bukan sekadar anti mikroorganisma bahaya seperti serangan virus dan sebagainya.

Lebih luas sapuan SW pada kulit lebih cepat kadar rawatan ke arah penyembuhan. Jika boleh rasa nak sapu SW dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut. ltulah kelebihan berpuasa dan rahsia rangsangan sensasi organ kulit. *Ambillah kesempatan di bulan ramadan ini*. Sinar cahaya matahari dan cahaya bulannya berbeza dari bulan-bulan yang lain. Apatah lagi jika kita mendapat RAHMAT cahaya berganda ketika sepuluh  malam terakhir lailatuqadar. Sinar yang penuh RAHMAT kerana masa dipenuhi dan di isi dengan puji-pujian kepada tuhan sang pencipta.


*Bersambung….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment