Sunday, March 17, 2024

Ilmiah CVT 16.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penyusup dan menyusup. ltulah sang iblis yang menjadi ular penyesat. Namun sang iblis tidak mampu atau tidak boleh memaksa manusia atau diri kita dalam segala hal. lblis hanya mampu memujuk, merayu dan menggoda. Tetapi godaan iblis sudah cukup untuk kita jatuh dosa dan tersesat. Apabila kita kalah dan tergoda maka kita akan ditawan untuk menurut perintah dan kehendaknya. Pilihan bebas kita ditawan iblis. Manusia diberi pilihan dengan kehendak bebas namun tetap bersyarat mengikuti hukum. Tanpa syarat atau hukum maka

kehendak bebas yang istimewa itu tidak bermakna apa-apa. Kehendak bebas kita ada dalam jiwa dan fikiran kita yang itu tidak dimiliki oleh sang iblis. Kekuatan emosi dan fikiran amat kuat pada bulan ramadan yang penuh perlindungan dalam RAHMAT Allaah ini. 


Iblis yang dirantai tetap mampu menyelinap secara halus melalui gelombang sihir. Mengirim sakit dan malapetaka. Merawatlah dengan air. Sumber air bawah tanah yang tersembunyi dan naik ke gunung menjadi mata air dan bergabung dengan air dari langit. Gabungan kedua jenis air ini akan menjadi garam apabila terpelowap dan tersejat. Embun awal pagi pula lebih istimewa kerana dipenuhi cahaya warna juga adalah air yang bertukar menjadi garam secara halus sebab itu setiap jenis garam memiliki jenis warna yang berbeza-beza apabila dipisahkan zatnya secara spesifik. Oleh kerana air itu adalah garam yang berada dititik tengah segala unsur maka kesan getarannya mampu menghala ke semua arah di dalam tubuh. Bermakna air dan garam amat sensitif atau mudah bergetar malah merakam atau mendengar dan pastinya menurut perintah apabila diniatkan. Niatkan sebelum meminum air GARAM BOOSTER agar tetap bertahan dari godaan sang iblis yang lebih kuat dan mencabar dibulan ramadan ini. 


*Sudahkah kita menguasai air dan garam dalam bidang perubatan CVT ??*. Kuncilah niat dengan rakaman penuh semangat yang tinggi untuk menempuh dan melalui hari-hari mu agar tidak kendur. Selamat berpuasa .


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment