Sunday, December 31, 2023

Selamat tahun baru 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*2024 Simbolik 4.* Kukuh dan stabil atau runtuh bangkrap secara kebendaan. Ada segelintir kepercayaan takut pada no 4. Kononnya dari segi sebutan mirip pada kematian. Simbol kematian menuju spiritual adalah no 8 yang mewakili jantung. N0 4 lebih kepada kemusnahan harta benda di dunia sahaja. Bukan melibatkan nyawa atau kerohanian. Bermakna semua itu bergantung pada usaha dan ikhtiar tulang empat kerat setiap individu. Korban harta yang sebenarnya satu penyucian. Bersyukur dan redha. Kemalasan akan mengundang yang negatif. Sungguh kemalasan itu mengundang satu malapetaka keduniaan. Oleh itu kita harus bersiap sedia untuk mencapai kemenangan menghadapi ujian ujian yang melelahkan di dunia ini. Rancang dengan plan-plan yang tersusun kukuh lagi indah. Ini lah tahun yang kita tunggu dan bukan ditakuti. 


No 4 adalah bentuk kesempurnaan penciptaan janin menjadi manusia. No 4 adalah simbolik kandungan yang kukuh atau gugur. Keguguran tanda 46 kromosom tidak seimbang. 23 x dn 23 y yang jumlahnya menjadi 46 kromosom. Semua ada ditahun ini. Selepas tahun 2023 yang kita semai dengan kasih sayang maka di tahun 2024 kita akan tuai satu kemenangan dalam bentuk kebendaan pula. 2024 lebih banyak kurniaan bayi umpamanya. Itulah rezeki yang besar. Jangan percaya pada khabar angin mengenai ribut solar. Buang ketakutan itu. Semua itu tidak cukup berasas malah menjauhi fakta. *Moga tahun 2024 pada simbolik 4 dan 6 menjadi lebih sitematik seperti mana atom kromosom yang sempurna pada kejadian manusia. *6 itu hasil 2 + 4 = 6*.  Kromosom 46 yang sempurna. Elakkan kecacatan. Tahun 2024 ada angka 2 yang membawa erti strategi perancangan yang berganda-ganda.


*Saya doakan moga tahun 2024 ini kita semua warga CVT  terus berada di dalam rahmat Allaah dalam memperolehi keberkatanNYA*. AMEEN 3X.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment