Tuesday, November 28, 2023

Hempedu NW14

 *-SIRI RAWATAN KEMAHIRAN FORMULA NW-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Gejala penyakit dengan formula NW tanpa diagnosis.*


*HEMPEDU ( NW14 )*

Kes hempedu yang sudah dibuang. Dengan pengambilan NW 14 fungsi hempedu tetap sama dan seperti hempedu masih ada berfungsi. Begitulah gelombang dalam frekuensi sel-sel hempedu akan memainkan peranan. Keajaiban kaedah gelombang dalam konsep NW CVT.


*TIDAK PERLU BIMBANG LAGI!!!*

Alahan makanan berlemak dan tinggi kolestrol. 

Masalah kulit dan cepat gatal selepas tersalah makan makanan Alahan.

Sakit dan pedih ulu hati selepas makan makanan yang banyak asid dan banyak gas.

Kerap sendawa.

Makan sedikit tapi rasa sudah kenyang seperti perut dan penuh isi.


*Gabungan formula kesan berganda NW14 adalah NW12.* *Kesan berlipat ganda NW14 adalah NW12, NW13 dan NW15.* Semua berkaitan frekuensi warna kuning. Semua berkaitan sistem pencernaan kerana makanan berlemak. Tetapi hanya dengan NW14 sudah cukup luar biasa formula berfungsi secara tepat dan berkesan untuk gejala diatas.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.





Saturday, November 4, 2023

Bahaya berlebihan lada hitam dan cili pedas

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Lada hitam dan cili pedas. Biasanya ketika berpantang pasti menu ini akan menjadi makanan harian dan yang pasti akan berlebihan. Haiwan pun tak makan yang pedas ini. Sebab itu deria rasa pedas tidak dikenalpasti pada bahagian lidah seperti mana-mana deria rasa yang lain. Perut tidak tahan walaupun ia semulajadi. Kimia sebatian yang tidak sesuai pada haiwan. Gangguan metabolisma. Usus dan perut tak tahan. Bahan yang merencat zat-zat lain. Termasuk ubat-ubat kimia pun tidak dapat bekerja dalam darah dan disingkirkan lebih cepat sebelum sempat ubat itu bekerja. Ubat penahan sakit menjadi tidak berkesan. Merencat aktiviti enzim. Lada hitam dan piperin sejenis alkaloid. Badan menjadi panas berpeluh seperti demam sepanjang berpantang. Rasa ngeri dan sakit semua berkaitan dengan hal yang pedas. Kesan interaksi ubat merencat protein. Macam tidak cukup zat akhirnya. 


*Nampak macam saya ke arah nak menentang amalan nenek moyang.* Sebenarnya hanya nak membetulkan salah faham agar ibu berpantang penuh dengan gejala-gejala yang tidak disangka berkaitan zat makanan yang bersifat panas berlebihan. Namun makanan yang bersifat sejuk juga perlu seimbang dan tidak boleh berlebihan. Seperti sayur kangkung yang sejuk vs segala jenis cili dan rempah ratus yang panas. Ada banyak lagi yang perlu diketahui dengan huraian berfakta dalam *kelas professional kehamilan dan waktu berpantang*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, November 1, 2023

Waktu yang terlebih akan disimpan dan tidak ada istilah pembaziran

Terima kasih Prof. Boleh terangkan *"Waktu yang terlebih akan disimpan dan tidak ada istilah pembaziran*. *Waktu yang tersimpan akan digunakan apabila ada keperluan"*. -*DR ZAITON SARAWAK*-


*-PENCERAHAN DARI PROF NW-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jawapan pada pertanyaan Dr Zaiton. Contoh waktu atau masa dalam ibadah sembahyang dan berpuasa. Panduan ukuran pada matahari. Waktu syuruk dan waktu imsak dan subuh. Perlu disesuaikan dari masa ke semasa kerana mengalami perubahan beberapa minit. Disitu jelas ada ketetapan masa sebagai ukuran. Masa pada tenaga dalam tubuh didalam sel.


Sel dan tenaga. Sel di dalam tenaga berubah kerana sifat-sifat kita juga berubah mengikut mood. Tenaga lebihan akan tersimpan di dalam lemak dan di dalam otot. Jika digunakan akan berkurangan. Tenaga yang sudah berkurangan perlu ditambah atau diganti. Tenaga boleh merosot tetapi tidak akan musnah terhapus. Terlebih zat boleh akan bertukar menjadi racun. Tetapi masa atau tenaga tidak boleh bertukar menjadi racun. 


Itulah kelebihan masa atau tenaga. Pahala yang kita cari sebagai bekalan tambahan diakhirat. Malah didunia juga Allaah gantikan dengan keberkatan tambahan. Pertukaran tenaga pahala tidak boleh menjadi dosa. Namun yang dosa tetap dosa walaupun kita cuba nak ubah cara. la tetap dosa. Warna itu ada masanya. Masa itu mampu memberi keseimbangan zat. ltu jelas ada tanda masa iaitu aura yang boleh kita lihat dan nyata. 


Moga kita semua warga CVT beroleh jalan yang lurus melalui terapi cahaya matahari dan sinar bulan di dalam rakaman frekuensi warna di dalam semua formula NW. Masa yang konsisten atau istiqomah tepat akan mencapai resonans atau akan mencapai ketetapannya. Bermakna kita sebagai makhluk diberi masa. Masa itu mampu kita ubah namun Allah lah juga yang menentukan ketetapan zatnya sesuai dengan ikhtiar masa kita. Sebab musabah sesuatu kejadian pasti ada kaitan dengan pengaruh masa.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.