Terima kasih Prof. Boleh terangkan *"Waktu yang terlebih akan disimpan dan tidak ada istilah pembaziran*. *Waktu yang tersimpan akan digunakan apabila ada keperluan"*. -*DR ZAITON SARAWAK*-
*-PENCERAHAN DARI PROF NW-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jawapan pada pertanyaan Dr Zaiton. Contoh waktu atau masa dalam ibadah sembahyang dan berpuasa. Panduan ukuran pada matahari. Waktu syuruk dan waktu imsak dan subuh. Perlu disesuaikan dari masa ke semasa kerana mengalami perubahan beberapa minit. Disitu jelas ada ketetapan masa sebagai ukuran. Masa pada tenaga dalam tubuh didalam sel.
Sel dan tenaga. Sel di dalam tenaga berubah kerana sifat-sifat kita juga berubah mengikut mood. Tenaga lebihan akan tersimpan di dalam lemak dan di dalam otot. Jika digunakan akan berkurangan. Tenaga yang sudah berkurangan perlu ditambah atau diganti. Tenaga boleh merosot tetapi tidak akan musnah terhapus. Terlebih zat boleh akan bertukar menjadi racun. Tetapi masa atau tenaga tidak boleh bertukar menjadi racun.
Itulah kelebihan masa atau tenaga. Pahala yang kita cari sebagai bekalan tambahan diakhirat. Malah didunia juga Allaah gantikan dengan keberkatan tambahan. Pertukaran tenaga pahala tidak boleh menjadi dosa. Namun yang dosa tetap dosa walaupun kita cuba nak ubah cara. la tetap dosa. Warna itu ada masanya. Masa itu mampu memberi keseimbangan zat. ltu jelas ada tanda masa iaitu aura yang boleh kita lihat dan nyata.
Moga kita semua warga CVT beroleh jalan yang lurus melalui terapi cahaya matahari dan sinar bulan di dalam rakaman frekuensi warna di dalam semua formula NW. Masa yang konsisten atau istiqomah tepat akan mencapai resonans atau akan mencapai ketetapannya. Bermakna kita sebagai makhluk diberi masa. Masa itu mampu kita ubah namun Allah lah juga yang menentukan ketetapan zatnya sesuai dengan ikhtiar masa kita. Sebab musabah sesuatu kejadian pasti ada kaitan dengan pengaruh masa.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment