Tuesday, January 27, 2026

Ilmu zat dan penyembuhan

Ilmu zat bukan milik eksklusif pakar pemakanan, pakar nutrisi atau pakar Kesihatan*. Mereka berfungsi dalam kerangka profesion, garis panduan dan protokol tertentu. Namun *penyembuhan sel dan pemulihan kesihatan hakiki berada pada disiplin ilmu yang lebih asas dan menyeluruh*, iaitu kefahaman tentang *sel, tenaga, dan zat secara serentak.*


Dalam kerangka CVT, prinsipnya jelas:

1. *Penyakit bermula di peringkat sel,* bukan di peringkat simptom. Ubat, prosedur dan suplemen hanya mengurus kesan, bukan punca.

2. *Sel hanya boleh sembuh jika dua syarat dipenuhi serentak:*

o Tenaga mencukupi dan stabil

o Zat yang masuk tidak membebankan sel


3. *Tenaga untuk penyembuhan tidak datang dari ubat*, tetapi daripada:

o Disiplin hidup

o Irama waktu yang betul

o Cahaya, rehat dan kestabilan sistem saraf

o Makanan yang selari dengan keupayaan metabolisma sel


4. *Zat bukan sekadar “cukup nutrien”*, tetapi:

o Sesuai dengan waktu

o Tidak toksik kepada sel

o Tidak mencetuskan asid, oksidasi dan radikal bebas

o Tidak membebankan hati, buah pinggang dan sistem limfa


5. *Masalah utama manusia moden* bukan kekurangan zat, tetapi *kesalahan memilih, menggabung dan mengambil zat.*


Apabila zat:

Tidak selari dengan tenaga,

Diambil pada waktu salah,

Terlalu berlebihan,

Atau bercanggah dengan keupayaan sel, maka *sel menjadi letih,* sistem gagal berfungsi, dan tubuh dipaksa hidup dalam mod bertahan, bukan penyembuhan.


Inilah perbezaan besar antara:

*Ilmu pemakanan* (apa yang patut dimakan),

*Ilmu nutrisi* (apa kandungan zat),

*Ilmu CVT* (bagaimana sel menerima, menggunakan dan memulihkan diri melalui zat dan tenaga).


CVT tidak mengejar teori kompleks. Ia menuntut *disiplin.*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

No comments:

Post a Comment