بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Teori String dalam fizik kuantum menggambarkan bahawa segala zarah asas sebenarnya terdiri daripada getaran-getaran halus pada tali-tali yang amat kecil. Ibarat petikan tali gitar, frekuensi getaran tersebut menentukan jenis zarah dan sifat-sifatnya. Walaupun teori ini masih dalam peringkat penyelidikan dan perbahasan di kalangan ahli fizik, ia memberikan gambaran yang mendalam tentang bagaimana alam semesta dan segala makhluk hidup yang bernyawa berfungsi dalam bunyi getaran yang paling asas. Bayangkan jika telinga kita tidak mampu mendengar bunyi maka pasti kita tidak akan mampu untuk berdiri. Dunia seperti bergoyang dan kita akan terhoyong-hayang juga rasa nak tumbang dan jatuh.
Menariknya, CVT (Colour Vibration Therapy) telah lebih awal memanfaatkan prinsip getaran ini, tetapi melalui pendekatan yang lebih intuitif dan praktikal—iaitu dengan menggunakan getaran warna. Sejak 27 tahun lalu, terapi ini telah menunjukkan bagaimana frekuensi warna tertentu boleh membantu menyeimbangkan sel-sel tubuh, tidak hanya pada manusia tetapi juga pada haiwan peliharaan yang dijaga dengan penuh kasih. Kesan ini mencadangkan bahawa getaran warna adalah salah satu aplikasi teori getaran dalam konteks kesejahteraan, keseimbangan dan kesihatan. Walaupun pendekatan teori String dalam fizik lebih kepada mencari pemahaman matematik tentang asas realiti, CVT menggunakan prinsip serupa untuk memberikan manfaat nyata dan langsung kepada makhluk hidup.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment