Saturday, November 4, 2023

Bahaya berlebihan lada hitam dan cili pedas

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Lada hitam dan cili pedas. Biasanya ketika berpantang pasti menu ini akan menjadi makanan harian dan yang pasti akan berlebihan. Haiwan pun tak makan yang pedas ini. Sebab itu deria rasa pedas tidak dikenalpasti pada bahagian lidah seperti mana-mana deria rasa yang lain. Perut tidak tahan walaupun ia semulajadi. Kimia sebatian yang tidak sesuai pada haiwan. Gangguan metabolisma. Usus dan perut tak tahan. Bahan yang merencat zat-zat lain. Termasuk ubat-ubat kimia pun tidak dapat bekerja dalam darah dan disingkirkan lebih cepat sebelum sempat ubat itu bekerja. Ubat penahan sakit menjadi tidak berkesan. Merencat aktiviti enzim. Lada hitam dan piperin sejenis alkaloid. Badan menjadi panas berpeluh seperti demam sepanjang berpantang. Rasa ngeri dan sakit semua berkaitan dengan hal yang pedas. Kesan interaksi ubat merencat protein. Macam tidak cukup zat akhirnya. 


*Nampak macam saya ke arah nak menentang amalan nenek moyang.* Sebenarnya hanya nak membetulkan salah faham agar ibu berpantang penuh dengan gejala-gejala yang tidak disangka berkaitan zat makanan yang bersifat panas berlebihan. Namun makanan yang bersifat sejuk juga perlu seimbang dan tidak boleh berlebihan. Seperti sayur kangkung yang sejuk vs segala jenis cili dan rempah ratus yang panas. Ada banyak lagi yang perlu diketahui dengan huraian berfakta dalam *kelas professional kehamilan dan waktu berpantang*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment