Monday, March 16, 2020

Berita baik dan berita buruk

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Berita baik dan berita buruk.* Nampaknya penularan Covid 19 di Wuhan sudah semakin menurun dan terkawal. Kebijakkan pemerintah Cina yang mengawal pergerakkan dan menutup banyak tempat. Hakikatnya apabila kita berada dalam ruang sihat dan menjaga kebersihan diri khasnya kebersihan tangan maka kita akan lebih selamat. Virus boleh sahaja berada di mana-mana namun tetap tidak boleh bertahan lama. Dalam masa yang sama pembersihan secara menyeluruh semua ruang dapat membunuh virus ini. Virus ini tidak ada kaki atau kepak boleh terbang ke sana sini. Kitalah yang membawanya ke sana sini melalui keadaan diri kita yang tidak menjaga kebersihan. Kitalah yang menularkannya kerana tidak jelas apakah diri sudah mendapat jangkitan. Gejala batuk yang berpanjangan tidak di peduli. Selesema dan demam selepas batuk yang lama juga tidak di sangka diri sudah di jangkiti. Dan kita masih ke mana-mana menyebarkannya. Banyak yang tumbang, rebah dan ketika itu baru di sedari dan biasanya sudah terlambat kerana virus sudah mereputkan paru-paru. Tawaran khas dari kerajaan pada orang ramai dengan penuh kesedaran untuk melakukan saringan secara sukarela sangat membantu kerana jangkitan awal jika di rawat sangat besar potensi sembuhnya.

Berita buruk di negara kita gejala wabak terbaru di kesan menular secara besar-besaran seperti mana yang kita semua sudah maklum. Bagaimana agaknya kerajaan nak mengenalpasti dan memanggil para jemaah tabligh yang di jangka lebih 15 ribu orang itu dapat secara sukarela datang menyerah diri untuk di lakukan saringan. Setiap negara sanggup menutup pintu masuk agar tidak ada satu pembawa pun yang dapat lepas tembus masuk. Tiba-tiba kita digemparkan dengan penularan dalam jumlah ribuan orang dalam satu keserentakkan ruang yang akan menjadi punca penularan virus ini. Begitulah ketatnya dan itulah cara yang amat berkesan. Kerana tidak ada gunanya kawalan pergerakkan dan menutup banyak premis perniagaan jika sumber dari luar terus masuk. Tidak ada gunanya menjaga kebersihan jika penularan terbaru dalam negara kita yang sumbernya dalam negara sudah di kenalpasti akan merebak secara amat dahsyat. Inilah sebenarnya yang di takuti. Lebih awal jumlah peserta tabligh yang mendapat saringan akan menyelamatkan banyak nyawa. Jadi negara kita sekarang sedang dalam situasi yang lebih berat berbanding negara-negara lain yang keadaan penularan tidak dalam jumlah yang amat besar ini. Bersyukur pada pemerintah Arab Saudi dalam langkah awal menutup pusat tumpuan ibadah umat Islam iaitu Makkah. Ini semua rahmat dari tuhan memberi kita petunjuk dan langkah persediaan.

Apapun kita masih belum terlambat. Ikut semua langkah yang di cadangkan oleh kerajaan. *Kita ada NW/SW 1 untuk sistem imun.* Kerana sistem imun yang kuat akan merawat diri hingga sembuh. Buktinya orang yang sihat seperti kanak-kanak banyak terhindar dari jangkitan kerana faktor sistem imun yang kuat dan kebal. *Kita ada NW/SW 7 dan NW/SW 5 untuk kawal demam dan menguatkan antibodi.* *Sistem imun NW/SW 1 Lelaki dan NW/SW 2 Wanita dan antibodi NW 5 untuk teruskan rasa ceria.* Jangan rasa sedih atau bimbang kerana itu akan melemahkan sistem imun dan antibodi semulajadi dalam diri kita. Dalam CVT kita sudah ada semua itu. Konsep CVT semua benda itu ada tenaganya. Virus juga sebuah bentuk tenaga. Penawar dalam bentuk tenaga sangat mampu mengubah sifat dan karakter tenaga pada virus itu agar mesra alam dan dipasifkan semula kerana bersifat asing dengan kejadian fitrah kita sebagai manusia. *Andai virus sudah menyerang dan sampai pada paru-paru maka NW/SW 10 dan NW/SW 11 dalam frekuensi hijau akan menyelamatkan keadaan yang sukar bernafas.* Suasana hijau akan menambah aktif oksigen dan ini akan mengawal virus ini agar tidak terus merosakkan tisu pada paru-paru. Semua warga CVT jangan panik. Rasulullaah Shallallaahu ‘alaihiwasallam berpesan kepada kita mencari jenis ubat bermakna kita wajib berusaha merawat diri. Setelah itu baru kita berserah dan sabar. Andai kata kita mati maka kematian kita dalam rahmat Allaah jua. Semua ini ada jalan penyelesaiannya. *Kita ada formula yang sangat ilmiah dan KONSEP RAWATAN AIS.* Ingat ya apabila ada tanda batuk sahaja maka jangan buang masa dengan menguatkan sistem imun dahulu. Itulah tanda-tanda yang Allaah sudah beri pada kita dan itu sangat adil agar kita dapat merawat diri lebih awal dan itu pun jika kita prihatin pada kesihatan keluarga kita yang lain.

*Oleh itu kita cadangkan semua belian melalui cara pos.* *Lebih pantas dan menjimatkan masa.* *Namun kita CVT bernasib baik kerana bahagian farmasi beroperasi seperti biasa selaras yang di benarkan oleh kerajaan.* *Peringatan!!!!.* *Rawatan TERAPI AIS CVTHQ sementara 14 hari ini tidak di benarkan.* *Rawatan diri sendiri di rumah lebih awal namun saringan perlu di lakukan awal apabila ada gejala batuk dan tidak perlu menunggu lama.*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment