Tuesday, February 1, 2022

Collagen barli

 





*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Keistimewaan bijirin barli. Khas untuk yang nak turunkan berat badan dan pesakit buah pinggang. Keistimewaan serat yang halus dan lembut dan sangat LARUT air. Di dalam barli juga ada kandungan serat yang tinggi yang tidak larut air mampu menjaga dan merawat dinding usus yang sudah rosak. Serat yang lembut pula mampu melembutkan lemak yang mengeras. Bijirin yang tiada kandungan lemak. Bermakna dapat menurunkan kadar lemak dan kolesterol. Serat yang mencuci gumpalan lemak diusus, jantung dan buah pinggang.  Pesakit buah pinggang yang kronik ditahap yang sudah kecut dan mengeras adalah sepatutnya mengamalkan bijiran barli apatah lagi dalam bentuk serbuk. Masih ada harapan pada pesakit buah pinggang dan kanser usus. Semua jenis kanser dikaitkan dengan lebihan lemak. Bermakna serat yang halus dan larut air dalam barli dapat menarik keluar lemak. Serat halus meningkatkan kolagen dibawah kulit. Kulit lebih licin dan lembut kerana serat barli. Barli itu sendiri ada kolagen. Bermakna barli dapat membuang lemak dan menurunkan berat badan juga mencantikkan kulit. Untuk melihat kesan kolagen barli yang lebih baik dari semua jenis pelembab muka adalah sapukan ke muka sebelum tidur. Berkesan untuk menghilangkan kesan parut dari luka pada kulit. Alasannya bukan hanya kerana sifat seratnya yang halus dan lembut tetapi kandungan kalsium dan Vitamin C yang luar biasa tinggi. Vitamin tidak semestinya masam dan barli ada 5 kali lebih vitamin C berbanding buah oren. Yang paling utama adalah kandungan KALSIUM sepuluh kali lebih tinggi dari susu lembu. Bermakna orang yang berusia sepatutnya mengamalkan barli setiap hari untuk kekuatan tulang. Jika sarapan awal pagi dengan barli akan menambah karbohaidrat kerana barli ada kandungan kalori yang sangat tinggi. Kalori tinggi untuk tenaga tetapi gula yang tinggi diserap. Penyerap gula dalam darah dan baik untuk pesakit yang mengalami tahap gula yang tinggi. 


Karbohaidrat dan kalori tinggi sangat ditakuti oleh pengidap kencing manis. Tetapi tidak pada yang mengamalkan barli. Istimewanya kerana serat halus yang larut air. Barli perlu direbus hingga cukup kembang. Tetapi barli dalam kandungan serbuk lebih halus dan tidak perlu dipanaskan terlalu lama. Istimewanya bijirin barli yang direbus berkali-kali dalam tempoh lama tetap dapat mengawal dari kehilangan kandungan mineral vitamin dan protein. Bermakna penyediaan dalam bentuk serbuk adalah lebih terjamin sepenuhnya. CVT menyediakan kolagen barli dalam bentuk serbuk yang lebih mudah disediakan sebagai minuman harian yang asas. Kita pasti tidak dapat mengelak dari memakan makanan berlemak yang bahaya untuk kesihatan. Maka serat barli akan menyingkirkannya. Tanda paling jelas serat barli mampu menyingkirkan lemak dan kolesterol adalah susu ibu tidak cukup untuk keperluan bayi ketika dalam pantang. Bermakna ketika dalam pantang ibu yang menyusukan bayi tidak sesuai untuk mengamalkan barli. Satu peringatan penting iaitu oleh kerana serat barli ini amat halus maka ia dapat melembutkan tisu dan ini amat dilarang pada peringkat AWAL ibu yang mengandung kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran janin. Begitulah kebaikan dan ada juga keburukkannya. Pada kaum lelaki juga akan mengurangkan jumlah sperma dan menurunkan kadar kesuburan. Bermakna pada yang hendak menurunkan berat badan untuk membuang lemak dan menurunkan kadar kolesterol amatlah berkesan. Pada kaum wanita yang hendak menjaga kecantikan kulit juga amat sesuai. Kepada yang mengalami kanser pada usus sangat dianjurkan meminum air barli setiap hari. Minuman yang sangat baik diamalkan sebelum tidur. Tidak akan mengganggu perut ketika tidur. Lebih mudah membuang air besar pada yang menghidapi sembelit. Kandungan vitamin dan mineral dapat meneutralkan radikal bebas untuk mengubati berbagai jenis penyakit kanser. Jika barli yang disalahgunakan untuk membuat minuman keras seperti bir tetapi hakikat penciptaannya adalah lebih banyak ke arah kegunaan untuk bahan penjagaan kesihatan. 


*Satu lagi produk inovasi berkualiti dari CVT iaitu Kolagen barli*. Minuman penyejuk badan dan pelawas kencing. Bijiran yang dapat menjalankan banyak kerja dan keperluan pada sistem tubuh secara praktikal. Tidak mudah busuk atau rosak. Jauh dari dakwaan kebaikan buah pisang. Zat minuman tidak akan banyak terkurang walaupun dalam sediaan air panas. Juga sesuai dalam minuman yang dingin. Tanpa bahan awet dan tahan lama. 



Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

*02.02.2022 (RABU)*