Sunday, December 29, 2019

Ilmiah CVTSB 30 Disember 2019

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Warna dan unsur. Keistimewaan bunga ros atau mawar memiliki hampir 15 ribu spesis dengan diwarnai pada semua warna termasuk hitam. Warna menyumbang kepada banyaknya karakter dan tentunya akan banyak fungsi dan khasiatnya. Vitamin C tertinggi dan terbaik adalah pada bunga mawar dan ianya terletak pada kelopaknya yang pahit dan payau. Madu memiliki semua warna yang bercahaya. Ternyata sayuran seperti lobak juga memiliki zat warna betakaroten pada semua warna jingga, kuning, merah, putih dan ungu. Lobak jingga pada asalnya ditanam sebagai ubat melawan penyakit kegilaan seperti meroyan kepada wanita selepas bersalin dan melawan syaitan. Terlebih makan lobak akan mengubah warna telapak tangan dan kulit menjadi jingga kekuningan.

Vitamin A baik untuk ibu mengandung bagi pertumbuhan janin. Vitamin A untuk sistem immun dalam memberi kekuatan pada sistem kekebalan sel darah putih. *Vitamin A juga sangat kaya pada maternity oil* bagi menjaga kesihatan janin ketika ibu mengandung. Dan sebenarnya tiada vitamin A yang dapat di hasilkan dari dalam tubuh melainkan ada dalam pemakanan. Bunga ada banyak vitamin A dan boleh dijadikan bahan makanan dan boleh dijadikan dalam bentuk kapsul bunga. Bunga sangat kuat menyerap cahaya dan menjadi sumber baik untuk kesihatan mata. Cahaya yang masuk ke dalam mata dengan melihat bunga merah jambu dan violet akan mengubah signal elektrik ke otak dan merawat penyakit rabun senja. *Waktu senja atau maghrib sebaiknya guna SEJUTA WAJAH dengan sapuan di wajah untuk memberi perlindungan pada ilusi mata agar terlindung dari pandangan dimensi iblis dan syaitan.*

Resonansi bunga di dunia dalam persamaan Resonansi syurga. Sebab itu yang mencapai tahap resonansi dunia dapat mengabdikan dunia bagaikan di syurga. Jika tidak dunia adalah penyeksaan yang berterusan dan tiada berkesudahan. 5 itu ada sifat bunyi yang bergetar atau resonansi. Bunga biru paling bergetar merawat dan menghidupkan tenaga sel-sel dalam tubuh. Bauan harum pada bunga itu mempengaruhi pancaindera pernafasan. Mengawal perasaan emosi dan spiritual. Di syurga tidak perlu lagi nak banyak guna akal memikirkan sesuatu rahsia. Semua hanya perlu Indah dan bahagia. Begitulah pengaruh cahaya matahari dan sinar bulan pada warna bunga dan segala penciptanya. Syurga banyak bunga. Berkembang berbunga terus. Nanti kita kongsikan ilmu bunga lagi.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.